:salam
Berkenaan org yg meninggal dunia tapi masih belum mengerjakan haji.
Apakah hukum bagi anak utk membuat haji utk ibubapa atau mengupahnya bagi keadaan begini.
1) ada wasiat dari ibubapa
2) tiada wasiat dari ibubapa
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-2233: Org yg meninggal dunia tapi masih belum mengerjaka
Primary tabs
Tue, 04/02/2003 - 7:54pm
#1
SJ-2233: Org yg meninggal dunia tapi masih belum mengerjaka
Assalamu'alaikum
Sayyid Sabiq memetik sebuah Hadith berkenaan dengan keperluan menunaikan ibadat Haji bagi orang yang telah meninggal dunia:-
Dari sebuah hadith sahih Al-Bukhari, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa datang seorang wanita dari kaum Juhaina kepada Nabi saw dan berkata :"Ibu ku telah bernazar untuk melakukan haji dan tidak dapat melakukan sehinggalah beliau mati, apa perlu saya melakukan haji keatas beliau? Baginda berkata :"Ya, lakukan Haji keatasnya, Apakah anda tidak mahu membayar apa-apa hutang yang ibu anda telah tinggalkan? Bayarlah apa yang anda berhutang kepada Allah, Sesungguhnya Allah lebih berhak ditunaikan hutangnya".
Hadith ini mengariskan kewajiban melakukan Haji keatas orang yang telah mati, samada ia meninggalkan wasiat atau tidak, kerana ia juga merupakan sejenis hutang yang ditinggalkan oleh simati. Semua hutang yang ditinggalkan oleh si mati mestilah dijelaskan, begitu juga dengan kewajiban yang berbentuk kewangan seperti zakat.
Ibnu Abbas, Zaid bin Thabit, Abu Hurairah dan Imam Al-Shafie berpegang pada pendapat ini. Mereka menganggap hutang seseorang itu perlu dijelaskan dengan hartanya sebelum dibahagi-bahagikan kepada pewarisnya.
Jika hartanya tidak cukup untuk membayar kos Haji (oleh pengganti) dan penyelesaian hutang si mati, maka perbelanjaan Haji harus dibayar dahulu, sebagaimana yang Nabi saw berkata :"Sesungguhnya Allah lebih berhak ditunaikan hutangnya".
Menurut Lujnah Fatwa Arab Saudi - "Jika bapa kamu mampu menunaikan Haji dengan dirinya dan hartanya dan dia tidak melakukan Haji, maka Haji ada wajib keatasnya"
"Manakala jika bapanya tidak mampu menunaikan Haji sehinggalah kematiannya maka tidaklah wajib [haji] keatasnya, dan jika Haji dilakukan oleh anaknya dengan syarat haji dengan dirinya maka ia adalah baik (Hassan), melainkan tidak ada apa-apa keatasnya."
Manakala menurut Imam Malik pula: "Seorang yang melakukan Haji sebagai wakil si mati hanya jika si mati meninggalkan wasiat. Jika simati tidak meninggalkan wasiat maka Haji keatasnya tidak perlu dilakukan. Ini adalah kerana ibadat ini melibatkan ibadat jasmani dan fizikal dimana tidak ada orang yang boleh menggantikannya atau ditukar dengan orang lain. Jika simati melakukan wasiat mengenai perkara tersebut, maka Haji boleh dilakukan, melibatkan kos yang diambil dari 1/3 harta peninggalannya."
wallahu'alam
Rujukan :
1. Sayyid Sabiq. Fatwa Islam Online. http://islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=6489
2. Lujnah Fatwa. Fatwa Haji IOL. http://www.islamonline.net/hajj/arabic/display.asp?hquestionID=356
خيرالأمين