:salam
Bercakap pasal soal talfiq ini, saya ada beberapa persoalan. Adakah hukum talfiq ini wujud semasa zaman Rasulullah s.a.w. atau pun ketika zaman imam-imam mujatahid itu sendiri? Sekiranya tidak, siapakah yang menetukan hukum talfiq ini dan bila? Dan berdasarkan dalil yang mana?
Setahu saya, hukum talfiq ini wujud selepas adanya mazhab-mazhab yang dituruti. Apakah ini benar? Sekiranya benar, berdosakah kita di sisi Allah swt dan RasulNya mencampur adukkan pandangan atau ijtihad mazhab-mazhab tersebut? Kata lain tidak taksub kepada sesuatu mazhab saja.
Teringat saya kepada ayat 59 Surah An-Nisa' tentang suruhan Allah swt apabila kita umat Islam berselisih faham sesama sendiri tentang agama. Begitu juga Ayat 17 dan 18 Surah Az-Zumar yang mana Allah swt menyuruh kita mendengar kata-kata atau pandangan dan ambil mana yang paling baik dan kuat hujahnya kerana itulah untuk orang yang berakal. Saya kira ayat Az-Zumar ini boleh dijadikan dalil untuk tidak taksub kepada sesuatu mazhab tertentu saja.
Harap dapat penjelasan dari pihak panel.
:wassalam
:wassalam
Jawab:
Ada empat istilah asas Fiqh yg membingungkan: Ijtihad, Ittiba', Talfiq dan Taqlid. Kita jelaskan secara mudah:
a. Ijtihad: mencurahkan daya fikir secara maksima dalam mencapai ketentuan hukum syara'. Ia dicapai melalui dua atau tiga jalan: Takhrij (mengeluarkan hukum dari dalil dan nas), Tarjeeh (banding dan ambil pendapat yg terkuat) atau tahqeeq (menilai dalil dan maqosyid syara') Para mujtahid ini ujud disepanjang sejarah dan pada penghujung abad ke 4Hijrah, disyorkan pintu ijtihad ini ditutup memandangkan Khilafah Islam telah gazettekan madzhab2 tertentu utk diikuti dan pendapat2 fiqih semuanya sudah dibukukan. Jika ijtihad terus dibuka akan menimbulkan kekacauan. Pendapat ini dibenarkan beberapa abad hingga dibuka semula oleh gagasan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh (Prof Mahmud Syaltut, Muqaranatul madzhab fi Fiqhi)
b. Ittiba' : pengambilan hukum dgn mengetahui dalil dan alasan2nya dan ia diketahui dgn jalan yg ditunjuki oleh mujtahid.
Dua cara ini (ijtihad dan ittiba') adalah dua cara yg paling selamat. (Ibn Taymiyah, Majmu' Fatawa:20/212)
c. Taklid = Menerima pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilnya. Taklid ini tidaklah ditegah cuma ia tanda dangkalnya ilmu seseorang. Seperti mana kata Imam Ibn Taymiyah (ibid/212) tanda dangkalnya ilmu seseorang ialah bila agamanya di landasi dgn taklid kpd orang lain.
d. Talfiq: gabungan pendapat2 dari pelbagai madzhab atau mujtahid. Jika taklid selalunya hanya kepada seorang mujtahid atau madzhab, Talfiq pula bila seseorang mendapatkan pendapat dari banyak sumber.
Rumusan: Ke empat-empat cara ini berlaku di sepanjang masa.
Taklid ada disebut dalam alQur'an: "kerana itu bertanyalah kpd orang2 yg mengetahui jika kamu tidak tahu" terjemah ayat anNahlu: 45.
Oleh itu orang yg ada kemampuan belajar dan memiliki ilmu agama: wajib menjawab bila ada yg bertanya. Wajib juga ittiba' utk lebih keyakinan beragama; bagi yg tidak ada ilmu, wajib pula bertanya dan tidak ada kesalahan mencari banyak orang berilmu utk ditanya. Ijtihad-Ittiba'-Taklid-Talfiq berlaku disepanjang masa bermula dari zaman nabawi-Khulafa' arrasyidin-zaman madzhab dan zaman sekarang. Yang dicela ialah malas belajar dan fanatik madzhab dan Imam sahaja (Prof Ahmed Syurbasyi, Yas-aluunak; Muhaddith alBania, Fatawa Medina alMunawarrah) WA