SJ-2384 : Adab-adab berdoa dan waktu-waktunya

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2384 : Adab-adab berdoa dan waktu-waktunya

A'kum wrt,

Apakah adab-adab yang baik diikuti apabila kita berdoa, dan bilakah masa yang terbaik untuk berdoa, jika ada.

Jazakallah khair

Wassalam
kod

Re: SJ-2384 : Adab-adab berdoa dan waktu-waktunya

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Disini saya ringkaskan fatwa Shiekh Mohammad Saleh Al-Munajjid dan beberapa ulama'-ulama' yang lain (Al-Sha'rawi dan Sayyid Sabiq) berkenaan dengan adab-adab berdo'a.

Berkata Imam Ibn al-Qayyim didalam al-Daa’ wa’l-Dawaa’, ms. 35:

[="#ff00000" size="3"]æÇáÃÏÚíÉ æÇáÊÚæÐÇÊ ÈãäÒáÉ ÇáÓáÇÍ ¡ æÇáÓáÇÍ ÈÖÇÑÈå ¡ áÇ ÈÍÏå ÝÞØ ¡ ÝãÊì ßÇä ÇáÓáÇÍ ÓáÇÍÇ ÊÇãÇ áÇ ÂÝÉ Èå ¡ æÇáÓÇÚÏ ÓÇÚÏ Þæí ¡ æÇáãÇäÚ ãÝÞæÏ ¡ ÍÕáÊ Èå ÇáäßÇíÉ Ýí ÇáÚÏæ . æãÊì ÊÎáÝ æÇÍÏ ãä åÐå ÇáËáÇËÉ ÊÎáÝ ÇáÊÃËíÑ
"Do'a bagaikan senjata, dan senjata hanyalah baik pada orang yang menggunakan; bukan hanya betapa tajam ianya. Jika senjata tersebut baik dan bebas dari kecacatan, dan dibekal kepada orang yang kuat, tiada yang dapat menahannya, maka ia boleh menghampakan musuh. Tetapi jika salah satu dari 3 perkara ini kurang, maka kesannya akan menjadi kurang".

Dari ini adalah jelas bahawa terdapatnya adab dan peraturan yang harus di laksanakan, baik didalam do'a atau orang yang melakukan do'a. Ada juga terdapat perkara-perkara yang menghalang dari do'a diterima atau di makbulkan-- Perkara-perkara ini yang harus dibuang dari seseorang yang ingin melakukan do'a. Apabila kesemua syarat-syarat ini dipenuhi, maka insyaallah akan dikabulkan do'anya.

1. Ikhlas didalam melakukan do'a. Ini adalah syarat utama. Allah telah memerintahkan kita supaya ikhlas didalam melakukan do'a. Firman Allah swt :

[="#ff00000" size="3"]æÇÏÚæå ãÎáÕíä áå ÇáÏíä
"Mohonlah kepada Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya", [Ghaafir 40:14].

Ikhlas didalam berdo'a ialah mempunyai keimanan yang kukuh kepada dia yang kita minta darinya; iaitu Allah -- hanya dia sahaja yang dapat menunaikan permintaan kita, dan juga bermakna mengelak dari melakukan apa-apa sifat membesarkan diri didalam do'a.

2. Taubat dan kembali kepada Allah. Dosa adalah sebab utama kenapa do'a tidak terjawab, maka sesiapa yang melakukan do'a harus segera bertaubat dan memohan keampunannya sebelum melakukan doa'. Firman Allah swt :

[="#ff00000" size="3"]ÝÞáÊ ÇÓÊÛÝÑæÇ ÑÈßã Åäå ßÇä ÛÝÇÑÇ íÑÓá ÇáÓãÇÁ Úáíßã ãÏÑÇÑÇ æíãÏÏßã ÈÃãæÇá æÈäíä æíÌÚá áßã ÌäÇÊ æíÌÚá áßã ÃäåÇÑÇ
"Maka aku berkata kepada nereka : Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun. Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kamu kebun-kebun dan mengadakan (didalamnya) sungai-sungai" [Nuh 71:10-12]

3. Merendah diri dan berharapkan ganjaran Allah dan takutlah kepad azabnya. ini merupakan roh, pati dan tujuan berdo'a. Firman Allah swt:

[="#ff00000" size="3"]ÇÏÚæÇ ÑÈßã ÊÖÑÚÇ æÎíÝÉ Åäå áÇ íÍÈ ÇáãÚÊÏíä
"Berdo'alah kepada Allah dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak suka mereka yang melampau batas" [al-A’raaf 7:55].

4. Bersegera mengulangi do'a, tanpa merasa jemu dan berputus asa; dicapai dengan mengulangi do'a, dua atau tiga kali. Menghadkan mengulangi 3 kali adalah yang disukai(afdal), menurut sunnah nabi saw. Dari Ibnu Mas'ood (r.a), meriwayatkan Nabi saw suka mengulangi sesuatu do'a dan memohon ampun 3 kali. [="#800000" size="3"]{Ñæì ÇÈä ãÓÚæÏ ÑÖí Çááå Úäå Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ßÇä íÚÌÈå Ãä íÏÚæ ËáÇËÇ æíÓÊÛÝÑ ËáÇËÇ . ÑæÇå ÃÈæ ÏÇæÏ æ ÇáäÓÇÆí .} Ini di riwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Nassa'i.

5. Melakukan do'a di masa senang dan sibuk. Nabi saw bersabda ;"Ingat Allah semasa kamu senang dan dia akan mengingati kamu semasa kamu susah" [="#800000" size="3"]{ÊÚÑÝ Åáì Çááå Ýí ÇáÑÎÇÁ íÚÑÝß Ýí ÇáÔÏÉ}- riwayat Ahmad.

6. Mohon agar dekat kepada Allah dengan berdo'a menggunakan asma' al-husna atau nama-nama Allah pada permulaan do'a atau diakhirnya. Firmah Allah swt :

[="#ff00000" size="3"]æ ááå ÇáÃÓãÇÁ ÇáÍÓäì ÝÇÏÚæå ÈåÇ
"Hanya milik Allah asma' al-husna, maka mohonlah kepadanya dengan menyebut asma' al-husna itu" [al-A’raaf 7:180].

7. Memilih perkataan yang jelas dan pada dan do'a yang terbaik. Sebaik-baik do'a ialah do'a dari Nabi saw, tetapi dibenarkan berdo'a dengan perkataan sendiri bagi kehendak yang tertentu.

Terdapat beberapa adab tambah didalam melakukan do'a, walaupun ia bukanlah wajib :

- Mengadap Qiblat
- didalam keadaan yang suci (berwudhu')
- memulakan do'a dengan memuji Allah dan Nabi saw.
- Mengangkat tangan semasa berdo'a.

Salah satu perkara yang boleh membantu dikabulkan do'a ialah :

- Waktu yang baik : sebelum masuk subuh, 1/3 akhir malam, waktu-waktu akhir Jumaat, semasa hujan turun, diantara azan dan iqaamah.

- Tempat yang baik : masjid secara umum, dan Masjid al-Haram khususnya.

- Situasi berdo'a : orang yang dizalimi atau ditekan, semasa seseorang bermusafir, semasa seseorang sedang berpuasa, apabila seseorang didalam keadaan yang amat memerlukan, apabila seseorang itu melakukan do'a kepada saudaranya tanpa kehadirannya.

Sayyid Sabiq didalam Fiqh Al-sunnah menyatakan beberapa syarat, diantaranya :

1. Sumber yang halal :- makanan, pakaian dan harta yang halal bagi sipembaca do'a
2. Mengadap Qiblat
3. Mencari hari yang baik dan berfadilat : - Hari Arafah, Bulan Ramadan, Hari Jumaat, waktu terakhir 1/3 malam, waktu sahur, semasa sujud, semasa hujan turun, diantara azan dan iqaamah, semasa pertemuan askar-askar, semasa takut dan semasa merendah diri khusyuk.
4. Tangan diangkat diparas bahu.
5. Memuji Allah swt dan Rasulullah saw.
6. Menghadirkan hari dan membaca do'a dengan merendahkan suara.
7. Berdo'a tanpa melibatkan dosa dan tidak memutuskan rahmat Allah swt (kecewa)
8. Tidak meminta agar dipercepat-cepatkan dikabulkan do'a.
9. Berdo'a dengan tekad yang Allah akan menjawabnya.
10. Berdo'a dengan perkataan yang pendik dan padat.
11. Mengulangi do'a sebanyak 3 kali.
12. Berdo'a pada hari Jumaat.

Sebagai tambahan didalam buku "Al-Fatwa, ms. 487" Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sharawi ada mengatakan bahawa masa-masa yang afdal termasuklah :- dimalam Lailatul Qadar, do'a bapa kepada anak, do'a orang Islam kepada saudaranya yg tidak hadir, do'a ketika sakit, doa ketika bermusafir dan terbaik ialah do'a mempertingkat Iman dan Ihsan kepada Tuhannya.

wallahu'alam

wassalam.

=======

Rujukan :

1. Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid. Kenapa do'a tidak dijawab. url : http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=5113&dgn=3

2. Mufti IslamOnline. Syarat dijawab do'a. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=7142

3. Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sharawi. Al-Fatawa. Beirut : Dar Al-fatah al-A'alm Al-'Arabi, 2000.

4. Sayyid Sabiq. Fiqh Al-sunnah. Kansas City : Syarikah Manar Al-Dauliyyah, 1995.

خيرالأمين