assalamualaikum Wmt Wkt
Adakah wajib dibubarkan perkahwinan seorang lelaki dengan seorang khunsa yang membuat pembedahan tukar jantina?
adakah khunsa tidak berpeluang untuk berkahwin buat selama-lama mengikut Islam?
Wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
assalamualaikum Wmt Wkt
Adakah wajib dibubarkan perkahwinan seorang lelaki dengan seorang khunsa yang membuat pembedahan tukar jantina?
adakah khunsa tidak berpeluang untuk berkahwin buat selama-lama mengikut Islam?
Wassalam
:wassalam
Ini adalah isu ijtihadiah dan medis (perubatan).
Dari segi ijtihad, fuqaha' kontemporer tidak ada masalah bagi khunsa membuat pembedahan menukar jantina setelah disahkan genetik dan kecenderongan tabi'iynya.
Dari segi medis (perubatan), memang sudah ada teknologi dan rawatan hormon utk memulihkan sepenuhnya perpindahan jantina bagi khunsa.
soalan 1: Jika khunsa kahwin dengan seorang perempuan (apakah pernah berlaku di mana-mana?) dan jika separuh jalan (perkahwinan itu) si khunsa itu tidak mampu memenuhi tuntutan seksual isterinya kerana sifat dan tabi'iynya adalah perempuan. Maka isterinya termasuk orang yg ditipu oleh keluarga si khunsa, maka pihak isteri boleh memfailkan aduan kpd pendaftar nikah utk membubarkan perkahwinan (jika si khunsa enggan menceraikan isterinya dgn baik)
2. Khunsa boleh berkahwin jika status jantinanya di sahkan oleh perubatan dan dia boleh membuat pembedahan menukar jantina. Ini kerana nas2 yg ada (laknat) ditujukan kepada lelaki yg secara sengaja menyerupai dan berlagak perempuan atau sebaliknya. Jika genuine dari sudut genetik dan kecenderungan semulajadi (tabi'iy), maka pembedahan jantina diharuskan. Antara ahli fatwa yg berpendapat demikian ialah mantan Syaikhul alAzhar Ali Jad alHaq (alFatawa), Prof Ahmed Syurbasyi (Yas-aluunak), Prof Qardhawi (alFatawa). WA