:salam
Apa hukum membaca Al-quran dengan bertarannum? Adakah Rasulullah S.A.W. membaca Al-quran dengan bertarannum? Apakah dalil2 yang berkaitan dengan hukum membaca Al-quran secara tarannum ini.
Diharap pihak ahli panel al-ahkam dapat memberikan jawapannya.
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ - 2411 : MEMBACA al-QURANUL KARIM SECARA " TARANNUM "
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada baimx .
" Tarannum " itu ialah membaca al-Quranul Karim dengan beberapa gaya irama dan nada . Sama ada irama bayati , soba , hijaz , ras , zinjiran , sika asli , Misri , Turki , Jiharka dan berbagai lagi .
Kaitannya dengan Ilmu 'Arudh & Qafiyah yang dipelajari untuk memahami dan mereka-cipta syair tentunya tidak boleh dinafikan .
Masalah membaca al-Quranul Karim ini nampaknya masih menjadi salah-satu topik yang diperselisihi di kalangan umat Islam .
Ada yang menganggap ia termasuk di dalam pengertian " melagukan al-Quranul Karim secara bersistematik dan bertajwid " .
Ada pula yang menganggap bid'ah dan golongan ini hanya menyatakan bahawa yang dituntut ialah mempelajari Tajwid dan Ilmu Qiraat sahaja .
Buat masa ini , saya sendiri masih belum menemui perbahasan yang panjang-lebar untuk diutarakan kepada sidang pengunjung web al-Ahkam Online ini di sekitar permasalahan " Tarannum " ini .
Sekadar itu yang dapat saya berikan .
Dan sila rujuk semula beberapa soal-jawab di bawah ini untuk lebih memahami permasalahan Tajwid - Qiraat - Tarannum .
SJ-1806: SEJARAH PEMBACAAN QURAN BERLAGU
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7876
SJ - 1124 : BACAAN AL-QURAN SECARA SENGAU
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8309
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
3 / Safar / 1424 H
5 / April / 2003 M
SABTU – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum