SJ-2434: Air Wadi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2434: Air Wadi

Assalamu Alaikum

Setahu saya:

1. Air Mazi - Cecair jernih yang keluar ketika ghairah. Keluarnya tidak perlu kepada mandi wajib. Hanya cucian dan wuduk.

2. Air Mani - Cecair putih (pekat) yang keluar ketika kemuncak seks. Keluarnya perlu kepada mandi wajib.

Saya ingin tahu:

Bagaimana pula dengan Air Wadi? - Cecair putih (cair) yang keluar ketika pra kemuncak seks iaitu sebelum disertai pancutan dan rasa yang lazat. Yakni ketika klimaks dapat dikawal, hanya air ini yang akan keluar (bukan Air mani). Adakah keluarnya perlu kepada mandi wajib?

Setahu saya, ia juga seperti air mazi. Adakah benar?

Harap ustaz dapat jelaskan.

Sekian.

Re: SJ-2434: Air Wadi

:wassalam

Wady ialah cairan putih keruh yg agak likat yg keluar yg keluar dari penis (zakar) selalunya bersama kencing disebabkan keadaan fizikal badan yg tertekan atau keletihan yg bersangatan.
Kesepakatan ia akan najisnya dan tidak memerlukan Mandi. (alMajmu: 2/559; alMughny: 2/72; Nihayah: 5/169) WA