Apa hukumnya kalau kita memakan kerang ataupun siput sedut yang sudah mati semasa kita membelinya? Ada yang mengatakan hukumnya adalah seperti memakan bangkai.
Berdasarkan tempat tinggal, dapat kita bahagian binatang itu kepada dua bahagian, iaitu: Binatang laut dan binatang darat.
Binatang laut: Iaitu binatang yang hidup di dalam perut air. Ia tidak boleh hidup melainkan di situ. Semua binatang laut ini adalah halal, tidak kira bagaimana keadaan ia diperolehi, samada ketika diambil ia masih hidup atau sudah menjadi bangkai. Samada berkeadaan timbul ataupun tenggelam. Sama sahaja hukumnya, samada ia itu adalah ikan atau ikan besar (ikan paus dan sebagainya). Halal juga apa yang dinamakan sebagai anjing laut atau babi laut atau seumpamanya. Hukum halal ini tidak memandang siapa yang menangkapnya, samada muslim atau non muslim.
Memang Allah telah memberi keluasan kepada hamba-hambaNya dengan menghalalkan semua apa yang terdapat di laut tanpa mengharamkan jenis-jenis tertentu. Tidak juga disyaratkan supaya binatang laut itu disembelih terlebih dahulu. Malah, Allah menyerahkan 100% kepada manusia bagaimana cara memperolehinya sebagai sumber keperluan mereka, dengan usaha semampu mungkin untuk menghindari dari perbuatan menyiksa.
Syariat Islam telah mengecualikan beberapa binatang dari bangkai yang diharamkan, iaitu ikan, ikan paus dan binatang-binatang laut lain yang seumpamanya. Ketika Nabi s.a.w. ditanya mengenai laut, baginda s.a.w. bersabda: “Airnya suci lagi menyucikan dan bangkai binatangnya adalah halal.” (HR Ahmad & Ashab al-Sunan)
Allah Taala berfirman:
(ÃÍá áßã ÕíÏ ÇáÈÍÑ æØÚÇãå) ÓæÑÉ ÇáãÇÆÏÉ:96
Ertinya: "Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya." (al-Maidah. 96)
Umar r.a. berkata: Buruannya (ÕíÏå) bermaksud binatang yang diburu dan makanannya (ØÚÇãå)bermaksud apa yang dicari.”
Ibnu Abbas r.a. pula mengatakan: “Makanannya (ØÚÇãå) bermaksud bangkainya.”
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menyebutkan, dari Jabir r.a., bahawa Nabi s.a.w. telah mengutuskan angkatan perang dari kalangan para sahabatnya. Mereka ini mendapat seekor ikan paus besar yang telah mati (menjadi bangkai). Mereka memakannya selama 20 hari. Kemudian mereka kembali ke Madinah dan menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w., lalu Baginda s.a.w. bersabda: “Makanlah rezeki yang telah Allah berikan kepada kamu. Berilah kepada kami jika kamu masih ada lagi.” Kemudian salah seorang dari mereka memberikannya kepada baginda s.a.w. dan dimakannya. (HR Bukhari)
Belalang samalah hukumnya seperti bangkai binatang laut. Rasulullah s.a.w. telah memberi rukhsah (keringanan) memakan bangkai belalang. Kerana belalang tidak mungkin dapat disembelih. Ibnu Abi Aufa r.a. telah berkata: “Kami berperang bersama Rasulullah s.a.w. sebanyak tujuh peperangan. Kami bersama baginda s.a.w. memakan belalang.” (HR al-Jamaah kecuali Ibnu Majah)
-------
Maka berdasarkan surah al-Maidah ayat 96 di atas, maka hidupan laut termasuklah ketam, kerang, ikan dan etc walaupun telah menjadi bangkai adalah halal. WA.
JKK pada dua orang penyumbang kita, khasnya Ust Gayat kita.
Tips dari saya sebaiknya seafood spt kerang (cockles) dan siput sedut kita beli yg masih hidup (alive) utk freshnessnya. Kerang ada di jual dalam dua kategori: kerang yg masih hidup dan isi kerang (pre-cooked/spara masak).
Selalunya kerang dan siput sedut yg dah mati pelanggan tidak suka membelinya kerana jika ia sudah mati selalunya dia berbau. Jika ia sudah mati sebelum sampai ke pasar, quality isinya tidak baik kerana sudah berbau. Ini uruf yg saya perhatikan di pasar basah (wet market)
Saudara/i...
jika demikian...bagaimana pula dgn ikan-ikan yg saudara/i makan? Adakah semua ikan yg dimakan tu...dibeli sewaktu ia masih hidup....?
Apa pun...kita tunggu penjelasan lanjut daripada pihak moderator al-Ahkam...
WA
:salam
Berikut petikan dari Buku Al-Haram wal HAram fil Islam yg telah diterjemahkan oleh al-Fadhil Sifu Zainys kita di
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Sembelihan Syar’I: Binatang-binatang Laut Semuanya Halal
Berdasarkan tempat tinggal, dapat kita bahagian binatang itu kepada dua bahagian, iaitu: Binatang laut dan binatang darat.
Binatang laut: Iaitu binatang yang hidup di dalam perut air. Ia tidak boleh hidup melainkan di situ. Semua binatang laut ini adalah halal, tidak kira bagaimana keadaan ia diperolehi, samada ketika diambil ia masih hidup atau sudah menjadi bangkai. Samada berkeadaan timbul ataupun tenggelam. Sama sahaja hukumnya, samada ia itu adalah ikan atau ikan besar (ikan paus dan sebagainya). Halal juga apa yang dinamakan sebagai anjing laut atau babi laut atau seumpamanya. Hukum halal ini tidak memandang siapa yang menangkapnya, samada muslim atau non muslim.
Memang Allah telah memberi keluasan kepada hamba-hambaNya dengan menghalalkan semua apa yang terdapat di laut tanpa mengharamkan jenis-jenis tertentu. Tidak juga disyaratkan supaya binatang laut itu disembelih terlebih dahulu. Malah, Allah menyerahkan 100% kepada manusia bagaimana cara memperolehinya sebagai sumber keperluan mereka, dengan usaha semampu mungkin untuk menghindari dari perbuatan menyiksa.
Firman Allah Taala:
(æåæ ÇáÐí ÓÎÑ ÇáÈÍÑ áÊÃßáæÇ ãäå áÍãÇ ØÑíÇ) ÓæÑÉ ÇáäÍá:ÇáÂíÉ 14
Ertinya: "Dialah Zat yang memudahkan laut supaya kamu makan daripadanya daging yang lembut." (an-Nahl: 14)
FirmanNya lagi:
(ÃÍá áßã ÕíÏ ÇáÈÍÑ æØÚÇãå ãÊÇÚÇ áßã æááÓíÇÑÉ) ÓæÑÉ ÇáãÇÆÏÉ:96
Ertinya: "Dihalalkan buat kamu binatang buruan laut dan makanannya sebagai perbekalan buat kamu dan untuk orang-orang yang belayar." (al-Maidah: 96)
Allah Taala menyatakannya secara umum dan tidak ada yang dikhususkan dan “Sedang Allah tidak akan lupa” (Maryam: 64)
(æãÇ ßÇä ÑÈß äÓíÇ)
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Ikan dan Belalang Tidak Termasuk Bangkai
Syariat Islam telah mengecualikan beberapa binatang dari bangkai yang diharamkan, iaitu ikan, ikan paus dan binatang-binatang laut lain yang seumpamanya. Ketika Nabi s.a.w. ditanya mengenai laut, baginda s.a.w. bersabda: “Airnya suci lagi menyucikan dan bangkai binatangnya adalah halal.” (HR Ahmad & Ashab al-Sunan)
Allah Taala berfirman:
(ÃÍá áßã ÕíÏ ÇáÈÍÑ æØÚÇãå) ÓæÑÉ ÇáãÇÆÏÉ:96
Ertinya: "Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya." (al-Maidah. 96)
Umar r.a. berkata: Buruannya (ÕíÏå) bermaksud binatang yang diburu dan makanannya (ØÚÇãå)bermaksud apa yang dicari.”
Ibnu Abbas r.a. pula mengatakan: “Makanannya (ØÚÇãå) bermaksud bangkainya.”
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menyebutkan, dari Jabir r.a., bahawa Nabi s.a.w. telah mengutuskan angkatan perang dari kalangan para sahabatnya. Mereka ini mendapat seekor ikan paus besar yang telah mati (menjadi bangkai). Mereka memakannya selama 20 hari. Kemudian mereka kembali ke Madinah dan menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w., lalu Baginda s.a.w. bersabda: “Makanlah rezeki yang telah Allah berikan kepada kamu. Berilah kepada kami jika kamu masih ada lagi.” Kemudian salah seorang dari mereka memberikannya kepada baginda s.a.w. dan dimakannya. (HR Bukhari)
Belalang samalah hukumnya seperti bangkai binatang laut. Rasulullah s.a.w. telah memberi rukhsah (keringanan) memakan bangkai belalang. Kerana belalang tidak mungkin dapat disembelih. Ibnu Abi Aufa r.a. telah berkata: “Kami berperang bersama Rasulullah s.a.w. sebanyak tujuh peperangan. Kami bersama baginda s.a.w. memakan belalang.” (HR al-Jamaah kecuali Ibnu Majah)
-------
Maka berdasarkan surah al-Maidah ayat 96 di atas, maka hidupan laut termasuklah ketam, kerang, ikan dan etc walaupun telah menjadi bangkai adalah halal. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
Tarjeehan: