Baru-baru ini, kekasih saya mengakui yang dia mempunyai masalah ED (erectile dysfunction).
Saya amat menyayanginya dan sanggup berusaha meng'idealisasi'kan impian kami. Tetapi mungkin saya tidak bersikap realistik.
Apakah pandangan yang terbaik dari sudut Islam?
Terima kasih.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 2957 : Si dia bermasalah
Primary tabs
Sun, 21/09/2003 - 9:07am
#1
SJ - 2957 : Si dia bermasalah
Wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdri Didy dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Erectile dysfunction (ED) didefinasikan sebagai seorang lelaki itu tidak berkeupayaan mencapai atau mempertahankan ereksi yang secukupnya terhadap kehendak seks atau kehendak isterinya. Dilaporkan kebanyakkan lelaki yang telah mencapai usia 40 akan menghadapi pengalaman ini.
Perkahwinan merupakan satu ikatan di diredhai dan dipersetujui oleh kedua belah pihak (bakal suami dan isteri). Salah satu anjuran perkahwinan ialah memperbanyakkan zuriat agar dapat mewujudkan ramai umat Islam dimuka bumi ini. Islam juga mengharamkan vasectomy bagi lelaki dan hysterectomy (membuang rahim) bagi kaum wanita tanpa sebab-sebab perubatan. Kerana memutuskan punca peranakan tanpa sebab-sebab kesihatan adalah haram didalam Islam.
Seseorang itu dikatakan hendaklah mencari pasangan yang subur, beragama, keturunan yang baik dan sebagainya. Ini kesemuanya adalah garis panduan agama kearah membentuk keluarga bahagia. Perkahwinan juga memerlukan keredhaan kepada kedua-dua belah pihak.
Hubungan kelamin yang baik merupakan salah satunya punca kebahagiaan rumah tangga. Dari Abdullah bin 'Amr in Al-'Aas, telah berkata, Nabi saw bersabda :-
Malah didalam satu soalan yang dikemukan oleh Sheikh Salih Al-Munajjid kepada Sheikh Ibn Utsaimin semasa beliau menjadi Mufti Saudi mengenai suami yang menghidap ED, kata beliau :-
Menurut Sheikh Ibnu Jibrin (Fatawa Islamiyyah 3/161):-
Jika seseorang itu tiada berupaya langsung untuk melakukan hubungan kelamin akan tetapi masih ingin berkahwin, maka Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid berkata :-
Dengan kata lain, jika bakal isterinya boleh terima dan juga kaum keluarganya meredhai keadaannya itu, maka bolehlah diteruskan perkahwinan.
Realistik atau tidak realistik adalah dari segi kacamata anda. Cuba lihat akan kenyataan ulama' yang kami nyatakan diatas, dan ukurlah dengan daya keinginan seks diri sendiri. Apakah sanggup kita memikul dugaan dan bersabar atas kekurangan yang ada. Pohonlah petunjuk dari Allah swt. Disamping itu, terdapat beberapa perubatan yang boleh dilakukan oleh mereka yang mengidap penyakit ED ini, iaitu secara Non-surgical Treatment (tanda pembedahan), seperti menggunakan pil Viagra dsb dan juga Surgical Treatment (Pembedahan). Kalau anda redha dan boleh menerima keadaan pasangan anda, maka jadilah manusia yang bersabar, moga Allah memberi ganjarannya kepada kamu. Lakukanlah Solat Istikhaarah agar mendapat petunjuk dari Allah swt. Wallahu'alam.
wassalam
----------------
Rujukan :-
1. Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid. [="#800000" size="3"]åá íÌæÒ ÇáÒæÇÌ áãä íÚÇäí ãä ÇáÖÚÝ ÇáÌäÓí
url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=10620&dgn=3&dgn=2
خيرالأمين