SJ - 3065 : Hukum Puasa Hari Syak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3065 : Hukum Puasa Hari Syak

:salam
nak tanya pasal hukum puasa pada hari syak... contohnya hari 29 Syaaban ... sah atau tidak kalau seseorang puasa nazar pada hari tersebut... kalau tidak sah, adakan dia perlu ulang balik puasa nazar tersebut?
:wassalam

Re: SJ - 3065 : Hukum Puasa Hari Syak

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan a_me dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Hari syak menurut mazhab Syafie, Qaul masyhur Maliki dan Hanbali ialah pada 30 Sya'ban, dan Mazhab Hanafi mengatakan bahawa hari syak ialah hari terakhir dibulan Sya'ban. Hukum berpuasa menurut mazhab-mazhab ini berkisar dari Markruh sehinggalah ke Haram berpuasa. Ini terdapat didalam sebuah hadith dari Abu Hurairah ra :

[="#ff00000" size="3"]áÇ ÊÞÏãæÇ ÑãÖÇä ÈÕæã íæã æáÇ íæãíä¡ ÅáÇ ÑÌá ßÇä íÕæã ÕæãÇ¡ ÝíÕæãå.
"Jangan kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa satu atau dua hari, melainkan seseorang yang biasa berpuasa, maka berpuasalah dia (teruskan berpuasa)" - [Hadith diriwayatkan oleh enam-enam Imam].

Hukum berpuasa pada hari syak menurut empat mazhab adalah :

(a) Hanafi - Makruh Tahrim (hampir haram)
(b) Maliki - Makruh
(c) Hanbali - Makruh
{d) Syafie - Haram

Hukum haram berpuasa bagi mazhab Syafie berdasarkan kepada hadith dari Ammar bin Yasir ra:

[="#ff00000" size="3"]ãä ÕÇã íæã ÇáÔß¡ ÝÞÏ ÚÕì ÃÈÇ ÇáÞÇÓã
"Barangsiapa yang berpuasa dihari syak, maka telah menderhaka kepada Abu Al-Qaasim (Muhammad saw)" - [Hadith diriwayatkan oleh sunan yang empat, Sahih Tirmudzi dan lain-lain].

Walaubagaimanapun, Mazhab Syafie (Fiqh Al-Islami 2/581) boleh (harus) berpuasa jika disebabkan oleh [="#0000ff" size="3"](æäÍæå ããÇ áå ÓÈÈ íÞÊÖí ÇáÕæã) sebab yang memerlukan berpuasa, seperti puasa NAZAR, puasa KIFARAT dan puasa QADA'. Ia dikatakan untuk melepaskan tanggungan seseorang itu dengan kadar yang segera.-[Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu 2/581].

Menurut Sheikh Abdul Rahman Al-Jaziry pengarang buku terkenal AlFiqh 'Ala Mazaahib Al-Arba'ah, katanya :-

[="#0000ff" size="3"]æíÓÊËäì ãä ÍÑãÉ Õæãå ãÇ ÅÐÇ ÕÇãå áÓÈÈ íÞÊÖí ÇáÕæã¡ ßÇáäÒÑ æÇáÞÖÇÁ¡ Ãæ ÇáÇÚÊíÇÏ¡ ßãÇ ÅÐÇ ÇÚÊÇÏÃä íÕæã ßá ÎãíÓ¡ ÝÕÇÏÝ íæã ÇáÔß
"Tidak termasuk didalam haram berpuasa jika puasanya disebabkan keperluan untuk berpuasa, seperti Nazar, Qada', atau kebiasaan, sebagaimana orang yang biasa berpuasa pada setiap hari Khamis, kemudian ia berkebetulan berlaku dihari Syak" -[Al-Fiqh 'Ala Mazaahib Al-Arba'ah 1/445]

Kesimpulannya, jika puasa tersebut adalah puasa nazar, maka puasanya sah dan tidak perlu diganti menurut mazhab Syafie. Larangan berpuasa ini adalah terhadap puasa-puasa sunat. wallahu'alam

-wasssalam-
--------------
Rujukan :

1. Dr Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa adillatuhu - II Cetakan ke 3. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 580-582.

2. Abdul Rahman Al-Jaziry. AlFiqh 'Ala Mazaahib Al-Arba'ah - I. Kaherah : Dar Al-Manar, 1999. ms 445.

خيرالأمين