assalamualaikum
1. Bolehkan sepupu berkahwin sepupu? ayah perempuan adalah abang kepada ayah si lelaki. ayah dan bapa saudara adik beradik
2. adakah fenomena dimana jodoh seseorang itu telah meninggal? contohnya meninggal dunia ketika kecil. dia tidak kahwin selama-lamanya. bukankah setiap orang mempunyai jodohnya yang tersendiri.
terima kasih
wa'alaikumussalam. Ramadhan Mubarak!
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri Fatimah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyallah.
1. Tidak ada masalah/larangan untuk sepupu berkahwin sepupu. Islam tidak melarang berkahwin sesama saudara melainkan Al-Maharim (mereka yang dilarang berkahwin dengannya) sepertimana yang dijelaskan didalam firman Allah swt:-
Diantara contoh terbaik ialah Nabi saw mengkahwinkan anaknya Fatima kepada Ali dan dia adalah anak kepada Pakcik Bapanya, begitu juga Nabi saw sendiri berkahwin dengan Zainab bt Jahsh dan dia adalah anak ibu saudaranya (sepupu).
2. Jika kita berpeganng kepada aliran Ahli Sunnah wa Al-Jamaah, kita yakin bahawa segala ketentuan itu dari Allah swt (termasuk jodoh), dan kita telah diberi oleh Allah ikhtiar (usaha) didalam melakukan sesuatu, dan akhirnya berserah kepada Allah. Bagaimana mungkin seseorang itu boleh tahu yang jodohnya telah mati? Qada dan Qadar Allah swt merupakan rahsia Allah swt! Jika seseorang berkata seseorang itu boleh mendakwa bahawa jodohnya sudah mati, ini bermakna dia sudah tahu rahsia Allah swt! Itulah hikmah Allah swt salah satu merahsiakan ketentuannya kepada manusia semoga manusia itu berusaha melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
Bernikah ini adalah sunnah Nabi saw. Terjadi peristiwa 3 orang lelaki bertanyakan mengenai ibadat Nabi saw. Apabila mereka diberitahu, mereka merasakan seolah-olah ia tidak banyak. Salah seorang dari mereka berkata : "Aku menjauhkan diri dari wanita dan aku tidak akan berkahwin" [="#800000" size="3"]{æÃäÇ ÃÚÊÒá ÇáäÓÇÁ ÝáÇ ÃÊÒæÌ ÃÈÏÇð}. Nabi saw berkata kepada lelaki tersebut dan para sahabat bahawa beliau berpuasa dan berbuka, beliau bersolat diwaktu malam dan tidur, dan beliau berkahwin. Kemudian baginda berkata :
Seseorang itu mestilah berusaha untuk mencari jodoh, dan menjadi satu kesalahan mengatakan bahawa ia tidak akan berkahwin selama-lamanya. Didalam dunia yang serba moden ini, banyak badan-badan atau organisasi (yang halal) Islam yang boleh menolong para ahli kumpulannya atau ahli usrahnya untuk merekomenkan calun masing-masing. Kita tidak boleh berhenti berusaha bagi menegakkan sunnah Nabi saw. Akan tetapi, kalau tidak ketemu pasangan sehingga akhir hayatnya, Allah swt akan memberikannya pasangan di hari akhirat kelak kerana Suami dan isteri akan masuk ke syurga bersama-sama. Firman Allah swt :-
Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Ibn Utsaimin (Majmu’ Fataawaa Ibn Utsaimin, 2/53) bahawa tidak ada orang bujang didalam syurga :
Umar ibn Al-Khattab ra. pernah berkata kepada seorang lelaki yang tidak mahu berkahwin, katanya :
Didalam apa-apa hal sekali pun, Islam menyeru agar umatnya berkahwin dan menganggap perkahwinan adalah salah satu sunnah Nabi saw, adalah dilarang menjauhi perkahwinan walaupun dengan NIAT ingin beribadat kepada Allah, kerana :
wallahu'alam, wassalam
===============
Rujukan :
1. Sheikh Al-Utsaimin. Majmu' Fataawa - 2. Riyad : Muaasasah Mohammaed Salih Utsaimin, 2000.
خيرالأمين