SJ - 3104: Hadiri majlis kenduri/doa selamat

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3104: Hadiri majlis kenduri/doa selamat

:salam
Wajarkah ana untuk tidak menghadiri majlis kenduri/doa selamat, jika si pemanggil itu tidak pernah datang atau berjama'ah atau bergotong royong @ sebarang aktiviti yg dianjurkan oleh j/kuasa masjid/surau utk faedah dan kebajikan anak kariah itu sendiri.
Walaupun kadang2 demi kebaikan anak kariah tersebut ana, terpaksa juga datang, namun kadangkala terdengar juga tohmahan yg antara lain menyendir j/kuasa masjid/surau seperti 'Ala...kau panggil saje geng masjid... pasti deorg dtg, deorg tue...(J/kuasa masjid/surau) kalau dengar saje ada makan,,, mereka pasti datang.' Mohon penjelasan. (Maaf sekiranya permasalahan ini telah di tanya).

harakat79 (not verified)
Re: Hadiri majlis kenduri/doa selamat

assalamualaikum,

saya pernah mendengar pandangan daripada ustaz samsuri dalam kaset beliau dalam masalah ini. Pandangan yang dikemukakan oleh saudara untuk tidak menghadiri jemputan orang yang tidak pernah ke masjid adalah wajar bagi tujuan tarbiyyah. Begitulah yang saya dengar dalam kaset beliau. tambahan pula untuk orang-orang yang mengeluarkan kata-kata tohmahan seperti yang saudara sebut tadi.

wassalam

Re: SJ - 3104: Hadiri majlis kenduri/doa selamat

:wassalam
Jawab:

Kalau kita nak jawab ada beberapa isu di sini:
a. Hukum kenduri arwah/do'a selamat dan Tahlilan arwah
b. Hukum menghadiri majlis tradisi spt kenduri dan tahlil arwah
c. Bagaimana AJK mesjid ingin merapatkan hubungan dgn ahli qaryah.
d. Mengikis imej AJK mesjid yg sudah dilabel geng mesjid kaki makan kenduri
e. Apakah sikap AJK mesjid terhadap ahli qaryah yg tidak memakmurkan mesjid..apakah mereka perlu dihukum?

Jawapan kami: alAhkam tidak dapat memberi suatu jawapan yg solid (rajih) tanpa mengetahui senario atau waqe'iy lokasi, apakah ia urban (bandar) atau kampung, kedudukan politik di kawasan itu, apakah mesjid dan AJK nya diterajui oleh orang2 yg benar2 mewakili hasrat qaryah, dsbnya. Apakah sdr al_huda mewakili 'geng mesjid' atau AJK mesjid? Realitinya seluruh negara, institusi mesjid adalah lemah sekali dan bila mendapat campur-tangan yg serius dari pihak2 tertentu, maka fungsi dan peranan mesjid itu semakin tidak berperanan dalam kehidupan masyarakat dan ia tertonjol hanya pada aktiviti2 tradisional spt tahlil arwah shj. Sudah beratus tahun hal ini berlaku dan tiadalah jawapan jangkapendek dalam kesuraman yg menimpa institusi mesjid di negara ini, peranan dan imejnya. Kembalilah semula kepada kami dan rincikan apa yg sebenarnya anda mahu Ahkam dapat menjelaskan terutama kami boleh membantu dari sudut Hukum2 fiqih tapi tidak banyak dari sudut tajdid dan mengislah institusi mesjid kerana ia ada kaitan dgn Siasah dan kenegaraan. Minta ma'af kerana kami mengambil masa utk respond dgn SJ ini. WA