Umum mengetahui mengumpat adalah dilarang oleh Islam. Tapi bagaimana dengan umpatan seorang Muslim kepada bukan Muslim? Apakah dibolehkan atau sebaliknya? Minta penerangan
ahli panel. Jazakallah.
Firman Allah Taala:
"Tidaklah seseorang mengucapkan suatu perkataan, melainkan di sisinya terdapat malaikat Raqib dan Atid." (Surah Qaf, ayat 18)
Firman Allah Taala:
"Janganlah saling mencari-cari aib (ghibah) sesama kamu..." (Surah al-Hujaraat, ayat:12)
Firman Allah Taala:
"Celakalah untuk setiap pengumpat dan pencela."
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Tahanlah lidahmu terhadap perkataan buruk..... al-hadis (Riwayat al-Tarmizi, `an Uqbah bin Nafi')
Sabdanya lagi:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari ahkirat, hendaklah dia berkata perkataan yang baik tau dia diam sahaja." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Soalan yang saudara kemukakan adalah di sekitar permasalahan ghibah dan namimah.
Apakah ghibah?
Iaitu mengucapkan perkataan (atau dengan gerak badan, mata, tulisan dsbnya) sesuatu yang tidak disukai pada diri orang lain. Tidak kira samada yang tidak disenangi itu ada pada tubuh badannya, gerak lakunya, agamanya dan sebagainya.
Menurut al-Ghazali, definasi ini adalah yang telah diijma'kan oleh kaum muslimin (tiada seorangpun membangkang). Maksudnya, mereka bersepakat mengatakan bahawa inilah dia definasi ghibah. Ghibah, dalam bahasa Melayu kita disebut mengumpat. Iaitu menceritakan keburukkan orang lain di belakangnya.
Di antara “ Gejala Kegelinciran Lisan “ menurut Etika / Akhlak yang disentuh oleh ajaran Islam melalui ajaran Tasawwuf ialah ; ( 1 ) – Menipu , ( 2 ) – Mengengkari Janji , ( 3 ) – Mengumpat , ( 4 ) – Memuji diri sendiri , ( 5 ) – Berdebat , ( 6 ) – Memaki-hamun dan mencela , ( 7 ) – Mendoakan kecelakaan , ( 8 ) – Berlebih-lebihan bergurau , mempersenda-sendakan dan memperolok-olokkan , ( 9 ) – Memalukan seseorang , ( 10 ) – Mencari-cari rahsia dan ( 11 ) – Gossip liar . Semuanya itu HARAM dilakukan oleh seseorang muslim KECUALI di dalam keadaan dan batas-ketentuan yang dinyatakan olah agama Islam itu sendiri .
Mengumpat, memalukan dan mengaibkan seseorang itu , sama ada ianya orang bukan Islam , ataupun seorang Islam , adalah satu perkara yang haram di dalam Islam .
Zakariya al-Ansari pernah menjawab pertanyaan ini dengan mengatakan haram hukumnya kecuali orang kafir yang memerangi orang Islam(kafir Harbi). Begitu juga jawapan Al-Ghazali ketika menjawab pertanyaan yang sama. Lihat jawapan Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid .
Baginda Rasulullah s.a.w telah mengajar kita agar menjaga lidah daripada jenayah seperti itu dengan sabdanya s.a.w :
Ertinya : “ Seseorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain , tidak boleh dia menzaliminya dan tidak boleh dia mengecewakannya . Barangsiapa yang menunaikan keperluan seorang muslim , maka Allah akan menunaikan hajatnya . Dan barangsiapa yang menghilangkan kesusahan seseorang muslim , maka Allah akan menghilangkan kesukarannya daripada berbagai kesukaran di hari kiamat kelak . Dan barangsiapa yang menjaga kehormatan seseorang muslim , Allah akan menjaga kehormatannya di hari kiamat kelak “ . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari ( rh ) di dalam sahihnya , Kitab Al-Madzolim Wal Ghadab .
Asal-usul hukum mengumpat itu adalah HARAM kecuali di dalam beberapa keadaan yang dibenarkan syariat – sebagai mana dinyatakan oleh Al-Imam Al-Ghazali ( rh ) di dalam “ Ihya’ Ulumiddin “ dan Al-Imam An-Nawawi ( rh ) di dalam “ Riyadhus Solihin “ - iaitu :
Pertama: Mahu mengadu kepada qadhi, polis, imam, ketua kampung dsbnya kerana teraniaya. Ketika mengadu tidak boleh tidak kita terpaksa membuka kezaliman yang telah dilakukan terhadap kita. Dengan membuka keburukan orang berkenaan, barulah pengadilan dapat dilaksanakan.
Kedua: Mahu mencegah kemunkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti saudara melihat sebahagian anak-anak muda di kawasan saudara membawa perempuan ajnabi balik ke rumahnya (berkhalwat). Saudara hendaklah mencari seseorang yang boleh diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Saudara dibenarkan menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.
Ketiga: Meminta fatwa dari alim-ulamak. Contohnya dalam masalah rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada ulamak/mufti meminta fatwa. "Suami saya tidak memberi saya nafkah selama sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya lakukan?"
Keempat: Memberi peringatan (agar berhati-hati) dan nasihat kepada kaum muslimin tentang kejahatan seseorang. Bahkan jika dapat memberi mudarat kepada seseorang, wajib kita jelaskan keburukkannya. Contoh, apabila seseorang datang kepada saudara meminta nasihat tentang perkahwinan anak perempuannya. Apakah wajar dikahwinkan dengan si fulan? Sedangkan saudara tahu bahawa si fulan itu adalah seorang yang buruk akhlaknya dan bejat agamanya. Jika memadai dengan kata 'JANGAN', hendaklah saudara mengatakan begitu sahaja. Jika dirasakan tidak cukup, wajiblah saudara membuka aibnya.
Kelima: Mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikkan, bid'ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.
Dalil:
Firman Allah Taala:
"Allah tidak suka kepada perkataan yang tidak baik diperdengarkan, kecuali dari orang-orang yang teraniaya..." (al-Nisaa', ayat 148)
Hadis:
"Aisyah r.a. berkata: Seseorang datang minta izin kepada nabi s.a.w. (masuk ke rumah). Lalu nabi s.a.w. bersabda: Izinkanlah. Dia adalah sejahat-jahat orang di kalangan kaumnya." (riwayat Bukhari & Muslim)
Hadis:
"Aisyah r.a. berkata: Hindun binti Uthbah (isteri Abu Sufian) berkata kepada nabi s.a.w.: Sesungguhnya Abu Sufian seorang yang kedekut dan tidak memberi cukup belanja kepada ku dan anak-anakku, kecuali kalau saya ambil di luar pengetahuannya. Nabi s.a.w. menjawab: Ambillah secukupmu dan ank-anakmu dengan sederhana." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Hadis:
"Fatimah binti Qais berkata: Saya datang kepada Nabi s.a.w. bertanya tentang dua orang yang meminang saya, iaitu Abu Jahm dan Muawiyah. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Adapun Muawiyah, dia adalah seorang yang miskin, manakala Abu Jahm, dia adalah seorang yang suka memukul isteri." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. ada menceritakan keburukkan orang lain untuk mencapai maksud yang dibenarkan oleh syarak. Dan tiada pilihan lain melainkan memberitahu aib orang berkenaan.
Wallahu'alam..
Maka di dalam keenam-enam situasi yang diberikan , MENGUMPAT DAN MEMALUKAN seseorang itu dibenarkan , dengan syarat niat utama hendaklah kerana Allah Ta’ala dan menjaga batasan-batasannya , agar yang diharuskan itu tidak pula bertukar menjadi haram !.
Maka selagi memalukan ataupun mengumpat seseorang di dalam batas-batasan yang dibenarkan syariat , maka selagi itulah ianya boleh dilakukan. Akan tetapi jika tidak , maka hukumnya kepada kepada asal iaitu HARAM .
Seseorang muslim itu juga mestilah ingat akan amaran-amaran daripada Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah s.a.w mengenai bahayanya gelaja kegelinciran lisan ini . Firman Allah Ta’ala di dalam ayat ke-6 , Surah Al-Hujurat :
Ertinya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! , Jika datang kepada kamu seorang yang fasiq dengan membawa satu berita , maka hendaklah kamu menyelidikinya terlebih dahulu , ( agar tidak ) kamu menganiyai sesuatu kaum disebabkan kejahilan kamu , lalu jadilah kamu nanti orang-orang yang menyesal di atas apa yang telah kamu kerjakan “ .
Ertinya : “ Cukuplah seseorang itu sudah boleh dianggap telah melakukan satu penipuan , apabila dia menceritakan apa sahaja yang didengarnya ( tanpa meneliti apakah benar ataupun tidak cerita itu ) “ . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim ( rh ) dan Imam Abu Daud ( rh ) .
Mudah-mudahan Allah Ta’ala sentiasa menyelamatkan kita semua daripada sebarang akibat buruk yang berlaku disebabkan oleh gejala kegelinciran lisan . Amin Ya Rabbal ‘Alamin ! .
:salam
Firman Allah Taala:
"Tidaklah seseorang mengucapkan suatu perkataan, melainkan di sisinya terdapat malaikat Raqib dan Atid." (Surah Qaf, ayat 18)
Firman Allah Taala:
"Janganlah saling mencari-cari aib (ghibah) sesama kamu..." (Surah al-Hujaraat, ayat:12)
Firman Allah Taala:
"Celakalah untuk setiap pengumpat dan pencela."
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Tahanlah lidahmu terhadap perkataan buruk..... al-hadis (Riwayat al-Tarmizi, `an Uqbah bin Nafi')
Sabdanya lagi:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari ahkirat, hendaklah dia berkata perkataan yang baik tau dia diam sahaja." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Soalan yang saudara kemukakan adalah di sekitar permasalahan ghibah dan namimah.
Apakah ghibah?
Iaitu mengucapkan perkataan (atau dengan gerak badan, mata, tulisan dsbnya) sesuatu yang tidak disukai pada diri orang lain. Tidak kira samada yang tidak disenangi itu ada pada tubuh badannya, gerak lakunya, agamanya dan sebagainya.
Menurut al-Ghazali, definasi ini adalah yang telah diijma'kan oleh kaum muslimin (tiada seorangpun membangkang). Maksudnya, mereka bersepakat mengatakan bahawa inilah dia definasi ghibah. Ghibah, dalam bahasa Melayu kita disebut mengumpat. Iaitu menceritakan keburukkan orang lain di belakangnya.
Di antara “ Gejala Kegelinciran Lisan “ menurut Etika / Akhlak yang disentuh oleh ajaran Islam melalui ajaran Tasawwuf ialah ; ( 1 ) – Menipu , ( 2 ) – Mengengkari Janji , ( 3 ) – Mengumpat , ( 4 ) – Memuji diri sendiri , ( 5 ) – Berdebat , ( 6 ) – Memaki-hamun dan mencela , ( 7 ) – Mendoakan kecelakaan , ( 8 ) – Berlebih-lebihan bergurau , mempersenda-sendakan dan memperolok-olokkan , ( 9 ) – Memalukan seseorang , ( 10 ) – Mencari-cari rahsia dan ( 11 ) – Gossip liar . Semuanya itu HARAM dilakukan oleh seseorang muslim KECUALI di dalam keadaan dan batas-ketentuan yang dinyatakan olah agama Islam itu sendiri .
Mengumpat, memalukan dan mengaibkan seseorang itu , sama ada ianya orang bukan Islam , ataupun seorang Islam , adalah satu perkara yang haram di dalam Islam .
Zakariya al-Ansari pernah menjawab pertanyaan ini dengan mengatakan haram hukumnya kecuali orang kafir yang memerangi orang Islam(kafir Harbi). Begitu juga jawapan Al-Ghazali ketika menjawab pertanyaan yang sama.
Lihat jawapan Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid .
Baginda Rasulullah s.a.w telah mengajar kita agar menjaga lidah daripada jenayah seperti itu dengan sabdanya s.a.w :
áúãõÓúáöãõ ÃóÎõæ ÇáúãõÓúáöãö áóÇ íóÙúáöãõåõ æóáóÇ íõÓúáöãõåõ æóãóäú ßóÇäó Ýöí ÍóÇÌóÉö ÃóÎöíåö ßóÇäó Çááøóåõ Ýöí ÍóÇÌóÊöåö æóãóäú ÝóÑøóÌó Úóäú ãõÓúáöãò ßõÑúÈóÉð ÝóÑøóÌó Çááøóåõ Úóäúåõ ßõÑúÈóÉð ãöäú ßõÑõÈóÇÊö íóæúãö ÇáúÞöíóÇãóÉö æóãóäú ÓóÊóÑó ãõÓúáöãðÇ ÓóÊóÑóåõ Çááøóåõ íóæúãó ÇáúÞöíóÇãóÉö
Ertinya : “ Seseorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain , tidak boleh dia menzaliminya dan tidak boleh dia mengecewakannya . Barangsiapa yang menunaikan keperluan seorang muslim , maka Allah akan menunaikan hajatnya . Dan barangsiapa yang menghilangkan kesusahan seseorang muslim , maka Allah akan menghilangkan kesukarannya daripada berbagai kesukaran di hari kiamat kelak . Dan barangsiapa yang menjaga kehormatan seseorang muslim , Allah akan menjaga kehormatannya di hari kiamat kelak “ . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari ( rh ) di dalam sahihnya , Kitab Al-Madzolim Wal Ghadab .
Asal-usul hukum mengumpat itu adalah HARAM kecuali di dalam beberapa keadaan yang dibenarkan syariat – sebagai mana dinyatakan oleh Al-Imam Al-Ghazali ( rh ) di dalam “ Ihya’ Ulumiddin “ dan Al-Imam An-Nawawi ( rh ) di dalam “ Riyadhus Solihin “ - iaitu :
Pertama: Mahu mengadu kepada qadhi, polis, imam, ketua kampung dsbnya kerana teraniaya. Ketika mengadu tidak boleh tidak kita terpaksa membuka kezaliman yang telah dilakukan terhadap kita. Dengan membuka keburukan orang berkenaan, barulah pengadilan dapat dilaksanakan.
Kedua: Mahu mencegah kemunkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti saudara melihat sebahagian anak-anak muda di kawasan saudara membawa perempuan ajnabi balik ke rumahnya (berkhalwat). Saudara hendaklah mencari seseorang yang boleh diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Saudara dibenarkan menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.
Ketiga: Meminta fatwa dari alim-ulamak. Contohnya dalam masalah rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada ulamak/mufti meminta fatwa. "Suami saya tidak memberi saya nafkah selama sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya lakukan?"
Keempat: Memberi peringatan (agar berhati-hati) dan nasihat kepada kaum muslimin tentang kejahatan seseorang. Bahkan jika dapat memberi mudarat kepada seseorang, wajib kita jelaskan keburukkannya. Contoh, apabila seseorang datang kepada saudara meminta nasihat tentang perkahwinan anak perempuannya. Apakah wajar dikahwinkan dengan si fulan? Sedangkan saudara tahu bahawa si fulan itu adalah seorang yang buruk akhlaknya dan bejat agamanya. Jika memadai dengan kata 'JANGAN', hendaklah saudara mengatakan begitu sahaja. Jika dirasakan tidak cukup, wajiblah saudara membuka aibnya.
Kelima: Mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikkan, bid'ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.
Dalil:
Firman Allah Taala:
"Allah tidak suka kepada perkataan yang tidak baik diperdengarkan, kecuali dari orang-orang yang teraniaya..." (al-Nisaa', ayat 148)
Hadis:
"Aisyah r.a. berkata: Seseorang datang minta izin kepada nabi s.a.w. (masuk ke rumah). Lalu nabi s.a.w. bersabda: Izinkanlah. Dia adalah sejahat-jahat orang di kalangan kaumnya." (riwayat Bukhari & Muslim)
Hadis:
"Aisyah r.a. berkata: Hindun binti Uthbah (isteri Abu Sufian) berkata kepada nabi s.a.w.: Sesungguhnya Abu Sufian seorang yang kedekut dan tidak memberi cukup belanja kepada ku dan anak-anakku, kecuali kalau saya ambil di luar pengetahuannya. Nabi s.a.w. menjawab: Ambillah secukupmu dan ank-anakmu dengan sederhana." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Hadis:
"Fatimah binti Qais berkata: Saya datang kepada Nabi s.a.w. bertanya tentang dua orang yang meminang saya, iaitu Abu Jahm dan Muawiyah. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Adapun Muawiyah, dia adalah seorang yang miskin, manakala Abu Jahm, dia adalah seorang yang suka memukul isteri." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. ada menceritakan keburukkan orang lain untuk mencapai maksud yang dibenarkan oleh syarak. Dan tiada pilihan lain melainkan memberitahu aib orang berkenaan.
Wallahu'alam..
Maka di dalam keenam-enam situasi yang diberikan , MENGUMPAT DAN MEMALUKAN seseorang itu dibenarkan , dengan syarat niat utama hendaklah kerana Allah Ta’ala dan menjaga batasan-batasannya , agar yang diharuskan itu tidak pula bertukar menjadi haram !.
Maka selagi memalukan ataupun mengumpat seseorang di dalam batas-batasan yang dibenarkan syariat , maka selagi itulah ianya boleh dilakukan. Akan tetapi jika tidak , maka hukumnya kepada kepada asal iaitu HARAM .
Seseorang muslim itu juga mestilah ingat akan amaran-amaran daripada Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah s.a.w mengenai bahayanya gelaja kegelinciran lisan ini . Firman Allah Ta’ala di dalam ayat ke-6 , Surah Al-Hujurat :
íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ Åöä ÌóÇÁßõãú ÝóÇÓöÞñ ÈöäóÈóÃò ÝóÊóÈóíøóäõæÇ Ãóä ÊõÕöíÈõæÇ ÞóæúãðÇ ÈöÌóåóÇáóÉò ÝóÊõÕúÈöÍõæÇ Úóáóì ãóÇ ÝóÚóáúÊõãú äóÇÏöãöíäó
Ertinya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! , Jika datang kepada kamu seorang yang fasiq dengan membawa satu berita , maka hendaklah kamu menyelidikinya terlebih dahulu , ( agar tidak ) kamu menganiyai sesuatu kaum disebabkan kejahilan kamu , lalu jadilah kamu nanti orang-orang yang menyesal di atas apa yang telah kamu kerjakan “ .
Baginda Rasulullah s.a.w juga telah menegaskan :
ßóÝóì ÈöÇáúãóÑúÁö ßóÐöÈðÇ Ãóäú íõÍóÏøöËó Èößõáøö ãóÇ ÓóãöÚó
Ertinya : “ Cukuplah seseorang itu sudah boleh dianggap telah melakukan satu penipuan , apabila dia menceritakan apa sahaja yang didengarnya ( tanpa meneliti apakah benar ataupun tidak cerita itu ) “ . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim ( rh ) dan Imam Abu Daud ( rh ) .
Mudah-mudahan Allah Ta’ala sentiasa menyelamatkan kita semua daripada sebarang akibat buruk yang berlaku disebabkan oleh gejala kegelinciran lisan . Amin Ya Rabbal ‘Alamin ! .
Rujukan:
SJ - 2075 : MEMALUKAN ORANG LAIN
Mengumpat: Haram Hukumnya Kecuali.....
Ask Imam.com
Lihat juga: Halal dan Haram Dalam Islam oleh Dr. Yusuf Qardawi
:wassalam
Jawapan disusun dan diedit daripada jawapan ahli panel Fiqh Al-Ahkam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.