SU-00041 mengenai aurat lelaki ketika bermain bola

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00041 mengenai aurat lelaki ketika bermain bola

assalamu'alaikum warahmatullah

panel ahkam, semoga dirahmati Allah.
saya ada kemusykilan tentang aurat pemain bola lelaki...saya pernah dengaq :crazy: tapi tak ingat...katanya pemain bola lelaki yg berseluar pendek boleh ditengok... :confused:
jadi saya harap jasa baik dari panel ahkam yg budiman dapat menjelaskannya...terutama sekali ianya membabitkan majoriti kawan-kawan yg religous (mutadayyin) tapi suka tengok bola... :chepa

t kasih
:wassalam

Re: mengenai aurat lelaki ketika bermain bola

:salam

Aurat lelaki menurut Jumhur ialah antara pusat dan lutut. Maliki berpendapat paha itu bukan aurat. Namun dalil-dalil hadis memihak kepada kuatnya pendapat jumhur. Dalam menjawab soalan ini, kami akan menjawab berdasarkan hukum membuka aurat ketika bersukan.

Mengikut pendapat alQardhawi, pendedahan aurat dalam sukan adalah suatu yg telah ditimpakan ke atas manusia kerana badan-badan sukan antarabangsa dikuasai oleh bukan Islam atau kemungkinan Yahudi. Umat Islam adalah golongan yg paling teruk akibatnya kerana kebanyakan peraturan sukan tidak memihak kepada agama (syari'at) dan susila kita. Maka umat Islam hendaklah terus melobi badan-badan sukan a/bangsa supaya umat Islam diberi hak- hak mereka dalam menentukan sesuatu yg melibatkan agama mereka salah satunya hak menutup aurat ketika bersukan). Maka dalam keadaan sekarang, umat Islam berada dalam dharurat dan bolehlah mereka berpakaian seperti yg ditetapkan oleh badan dunia itu. Oleh itu, melihatnya juga adalah dibenarkan.

Sheikh Ibn 'Uthaimin pula berpendapat bahawa bersukan dengan membuka aurat adalah haram dan melihatnya juga adalah dilarang.

Saya secara peribadi berpendapat membuka aurat adalah haram. Walau sekalipun ketika bersukan. Ini kerana pada masa kini, boleh sahaja kite memakai underpant panjang di bawah seluar pendek sehingga menutup aurat kita. Pemakaian sebegini setahu saya adalah tidak menyalahi peraturan bolasepak ataupun permaianan lain. Umat Islam seharusnya cuba sedaya upaya utk melaksanakan suruhan Allah, bukannya sentiasa menjadi kemudahan. Allahu'alam

:wassalam

Rujukan

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=2003

Fatawa Islamiyah, Volume 8, Versi English (m/s: 256), Darussalam.