SU-00051 Khutbah Jumaat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00051 Khutbah Jumaat

Assalamualaikum

Disini ana ingin mengetahui apakah pandangan islam jika khatib sedang berkhutbah, pada masa yg sama tok siak pun berjalan untuk mengutip duit derma pada hari jumaat..
harap dapat dijelaskan
Wasalam :smirk:

Re: Khutbah Jumaat

:salam

Soalan seperti ini pernah dijawab oleh Sheikh THTL kita. BErikut adalah petikan jawapan beliau:

Tidak kita ketemukan sebarang nas berhubung derma semasa khutbah Juma'at, melainkan larangan bercakap-cakap atau larangan urusan jual-beli. Madzhab Hanbali menegah sebarang aktiviti termasuk derma berdasarkan larangan umum ini. Ia juga berdasarkan fatwa Ibn 'Umar ra yang menegahnya kerana membantu perbuatan yg dilarang (Ibn Qudamah, alMughny).

Madzhab Hanafi pula- makruh tahrim (hampir ke tahap haram)jika dilakukan oleh pemungut derma yg melangkah dan melintasi para jema'ah semasa khatib sedang berkhutbah.

Pentarjih, Dr Wahbah (Fiqh Islami) menyukai jika kotak derma itu diletakkan dipintu atau laluan utama mesjid supaya ahli jema'ah dapat menderma semasa memasuki dan meninggalkan mesjid tapi tidak menderma semasa khutbah.

Allah sahaja yg mengetahui apa yg yg benar dalam urusan ini.

:wassalam

Derma ketika khutbah