Assalamualaikum,
Pertanyaan ini lebih menjurus kepada proses selepas kelahiran seseorang bayi bagi sesebuah keluarga Islam. Menurut sesetengah orang, terdapat pelbagai cara / proses yang dilakukan ke atas URI tersebut. Sebagai contoh, URI akan dibasuh dengan air, garam kasar & asam jawa. Selepas itu URI tersebut dibungkus dengan kain ela putih & dimasukkan ke dalam bekas tanah bersama2 sepotong ayat suci Al-Quran. Seterusnya URI tersebut akan ditanam. Terdapat sesetengah pandangan / kepercayaan orang2 tua dimana URI harus ditanam mengikut jantina bayi tersebut i.e. jika bayi lelaki akan ditanam dibelakang rumah & jika bayi perempuan pula ditanam dihadapan rumah.
Soalannya, apakah menurut pandangan Islam mengenai perkara tersebut dan adakah terdapat sebarang cara / kaedah dari segi syarak, nas2 & sunah2 yang betul untuk diikuti serta dipraktikkan oleh setiap orang Islam.
Harap sudi kiranya sesiapa dapat membantu.
Sekian, wassalam.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SU-00183: Pertanyaan & Kemusykilan Mengenai Uri Bayi
Primary tabs
Tue, 14/10/2003 - 8:10pm
#1
SU-00183: Pertanyaan & Kemusykilan Mengenai Uri Bayi
:salam
soalan ulangan. Sila ke URL berikut:
SU-00153: URI BAYI
Tambahan:
Sekiranya sesuatu amalan itu mempunyai tujuan terentu seperti mengelakkan bau atau mengelakkan daripada dihurng lalat atau serangga lain, maka itu tidak dilarang. Sekiranya amalan menanam itu diniatkan kerana Allah, insya Allah kita akan mendapat pahala kebaikan. Kerana sesungguhnya Allah itu sukakan kebersihan. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.