Soaljawab Islam

SJ-01-0031 : Menangis? : tidak redha dgn ketentuan Tuhan ?

assalamu'alay-kum

satu kemusykilan sebenarnya..

adakah terlalu banyak menangis kerana hal-hal keduniaaan beerti kita kurang redha dengan ketentuan Illahi?


kerana Allah SWT telah berfirman, jangan sia-siakan air matamu kerana hal dunia, menangislah kerana dosa-dosa yang telah dilakukan....

minta penjelasan.......

WA

SJ-13-0058 : Kaifiyat KIRIM SALAM ?

assalamu'alay-kum...

berhubung ngan soalan lepas di

http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=22963&highlight=salam

maka... bgmana pula yg selalu ana dengar sblm ni...

iaitu..cara menjawab slm yg DIKIRIM ialah :

'alaika wa'alaihimu-ssalam.. ??

WA

SJ-11-0055 : Dari pelaburan tukar ke zakat

Assalamu'alaikum

Panel Ahkam yg budiman

Saya telah membuat satu pelaburan (RM15K) ke dalam sebuah institusi pendidikan pra-sekolah (islamik). Dalam masa yang sama, saya memperolehi keuntungan daripada perjalanan pra-sekolah tersebut.

Soalan saya :
1. Setelah mengambilkira kesemua aspek, saya bercadang utk menukar pelaburan tersebut kepada zakat pendapatan @ harta. Adakah ia dibenarkan.?

SJ-10-0015 : air 'new water' singapore

a'kum sahabat sekelian,
mungkin soalan ini pernah diajukan, maaf jika soalan ini berulang. tapi sy dah cuba searh dulu n x jumpa pun...

jadi sy cuma nak tahu, halal ke x air new water singapore nie? sebagaimana yg kita ketahui, air nie hasil 'pembersihan' dari sisa kumbahan najis. sy pun dah cuba surf web MUIS. tapi x jumpa jugak. mungkin isu dah lama kot...

harap para ilmuan sekelian dapat membantu

wassalam

SJ-03-0025 : minta tahkik hadis ini, Ustaz Ziyad

Diriwayatkan oleh Abi Amamah bahawa Rasulullah saw. telah bersabda yang bermaksud:

SJ-03-0018 Sambungan soalan bangkai anjing

Assalamualaikum.

Terima kasih panel ahkam kerana membaca soalan ini. Oleh keran soalan saya ynag terdahulu masih belum dijawab, saya kemukakan solan lanjutan, diharap dapat dijawab keduanya sekali.

Pakaian saya yang terkena najis bangkai anjing itu telah saya basuh dahulu menggunakan air mutlak sahaja, kemudian saya masukkan ke dalam mesin basuh dan dibsuh bersama pakaian lain, menggunakan serbuk cuci.

Dipaksa tinggalkan agama

Assalamuallaikum,

Katalah dikepala telah diacukan dengan pistol dan diberi arahan,

"Tinggalkan Islam kamu akan selamat"
"Setia bersama Islam kamu akan dibunuh sekarang"

Apa yang patut dibuat?

SJ-12-0103 : wanita terpaksa menumpang!

salam ustaz

saya ada persoalan, apakah hukumnya saya terpaksa menumpang kereta kawan sepejabat yg bukan mahram ketika melakukan tugas di luar daerah...hal ini terpaksa dilakukan sebab pekerjaan itu hanya memerlukan 2 org pekerja iaitu saya dan dia ditambah pula saya tidak ada kenderaan sendiri...WA

sekian

SU-00349: Imam berpelat...

Assalamualaikum wrth wbh...

Seseorang yang tidak boleh menyebut huruf dengan baik(kebanyakannya ra', atau huruf sin dsbnya) kerana kelemahan sejak kecil bolehkah ia menjadi imam...Dan seandainya ditolak menjadi imam, maka sahkah solat makmumnya? Saya pernah terdengar bahawa selagi bacaan tidak mengubah makna, maka sah solat seseorang...bagaimana? Wallahua'lam..

SU-00348: money back warranty

Assalamualaikum..

saya di beritahu oleh seorang kawan bahawa dlm Islam kita di benarkan memulangkan kembali barang yg di beli drp peniaga jika ada sebarang kerosakan. pembeli pula berhak menerima kembali duitnya semula. Jadi amalan ini telah di jalankan di eropah & amerika adalah mengikut hukum Islam.

sejauh manakah kebenaran pendapat itu?

SJ-01-0028 : benarkah nabi saw tak pernah jumpa iblis???

asssalamualaikum..

ana ada sedikit kemusykilan,adakah benar dakwaan sesetengah pihak bahawa nabi tak pernah berjumpa iblis laknatullah?mereka mendakwa bahawa hadith2 yg menjelaskan mngenainya adalah daif dan rekaan semata2?..benarkah demikian,,?

sekian ,wassalam

SJ-01-0029 : Berubahnya mazhab di dalam kalbu...ewah!

:salam

apakah hukumnya jika seseorang itu menukar mazhab lain?adakah perubahan ini akan merosakkan akidah?bolehkah kita mengikut cara mazhab lain bersolat yang agak lain sedikit dgn cara mazhab syafi'e bersolat?contohnya mazhab syafi'e kena qiam masa sembahyang tapi ada satu diantara 4 mazhab yang tidak buat qiam....Imam Syafi'e juga pernah sembahyang cara Imam Hanifah(mazhab hanafi) yang agak berlainan dgn caranya sendiri.....
:scratch:
:wassalam

SJ-01-0030 : mencari Tuhan

:idea: [align=justify]
salam sejahtera..saya nii seorang cina kristian...tapi tak begitu mendalam sgt.
saya membesar pun tidak dgn suasana yg sempurna..familipun boleh kata takde agama laa..
so..saya nak tahu....bagaimana sebnaranyaa agama islam ini mengaku sebagai agama yg benar,sedangkan semua agama mengaku dia juga benar. macam mana nak percaya sesuatu..?saya betul2 perlukan bimbingan.

SJ-01-0026 : Takdir ilahi(macam nama lagu jer....)

kata orang sesuatu yang terjadi itu adalah takdir ilahi dan takdir ilahi tidak boleh diubah....aik!luper nak bagi salam....
:salam

soalan saya adalah,adakah perogol,pembunuh,peliwat,pe'sekodeng' dan segala 'pe' telah ditakdirkan untuk merogol,bunuh,liwat?adakah takdir ilahi boleh berubah melalui godaan syaitan :hesitantdevil: ???Contohnya si A ditakdirkan menjadi orang baik tetapi akhirnya menjadi orang jahat akibat dihasut syaitan....

:wassalam

SJ-01-0027 : Akidah

saya inginkan kepastian samaada terdapat atau tidak daripada sumber-sumber Al-Quran dan Al-Hadis serta sumber -sumber lain di dalam Islam mengenai batu kristal (gemstones). Dewasa ini batu ini sangat popular dipakai oleh orang ramai samaada kerana kecantikannya sebagai bahan hiasan dan ada juga yang mempercayai (terdapat artikel/kajian yang menyatakan kuasa/khasiat yang terdapat pada batu kristal mengikut jenisnya) bahawa batu kristal mempunyai kuasa/khasiat untuk penyakit-penyakit tertentu ataupun tujuan-tujuan tertentu.