Soaljawab Islam

SU-00354 sunnah berambut panjang

assalamualaikum...

saya telah membaca kitab syimal muhammaddiyah...dan salah satu tajuk mnerangkan tentang nabi berambut panjang..
jadi adakah kita sunat mengikut perlakuan nabi tersebut?adakah nabi buat begitu krn sesuatu kepentingan?..atau kenapa...??
sekarang kalu kita tengok org lelaki yg rambut pjg mesti masyarakt pandang serong..betul tak? kenapa jadi begini?bukankah nabi pun rambut panjang..

kesudian pihak al-ahkam menjawab soaln ini diucapkan ribuan terima kasih..
wassalam

SJ-04-0005: sentuh al-quran tanpa wudhuk

assalamualaikum...

saya ana sedikit kemskilan,saya rasa soalan ini mungkin dah dijawab oleh ahli2 poanel namun setelah penat menjari dalam al-ahkam saya masih tak dapat jawapannya..

apakah hukum menyentuh alquran tanpa wuduk???????saya tak pasti ...
ada yg kata tak apa ia hanya adab2 terhadap al-quran..betulke?
ada pula yg kata wajib apa dalailnya?
'illalmutahharun" tu merujuk kat sape?

terima kasih atas jasa baik ustaz2 ..
wassalam...

SJ-13-0049: benarkah pintu IJTIHAD sudah tertutup

assalamualaikum..... ana ade satu kemusykilan. benarkah pintu IJTIHAD sudah tertutup ngan 4 mazhab ini syafie, hambali, maliki, hanafi? mengapa ini berlaku? apa yang dimaksudkan dgn QIAS pula? diharap kpd moderator atau sesiapa saja dapat menjawab soalan ini dangan hujah2 yang yaqin, InsyaAllah...... wassalam.

SJ-05-0026 : niat solat krn tertinggal waktu solat (terlupa)

assalamualaikum,
saya ada kemuskyilan.

Saya telah tertinggal waktu solat disebabkan tertidur atau dalam keadaan terlupa setelah masuk waktu solat yang baru. Lantas dengan teringatnya ketinggalan solat tersebut, saya terus mengerjakan solat tersebut tanpa berlengah lagi. Soalannnya ialah, perlukah niat utk solat yg tertinggal tersebut ditambah dengan 'qadaan' atau niat biasa?

terima kasih

SJ-01-0025 : Memilih untuk membunuh diri. Suatu takdir?

Assalamualaikum

Saya ingin mengemukakan soalan ini kepada para arif agama kerana saya amat jahil di dalam hal ini.

Soalannya :-

Sekiranya Allah yang menentukan jodoh pertemuan, kehidupan dan kematian, adakah benar jika saya menyatakan, bahawasanya andainya si Polan membunuh diri, maka ini adalah suratan yang ditulis oleh Allah s.w.t, diwaktu si Polan ini diciptakan olehNya?

Apakah benar, andainya Allah mentakdirkan si Polan akan mati dengan cara membunuh dirinya, maka si Polan akan mati dengan cara tersebut?

SU-00349: Samak

Assalamualaikum ??
Bagaimanakah cara-cara untuk menhilangkan najis dari jilitan anjing dan apakah niatnya ? Adakah 7 kali basuh dgn tanah yang betul atau 6 kali air dan satu tanah dan selawat satu kali bila basuhan yang akhir yang betul? Tolong terangkan sikit saya begitu keliru tentang hal ini.

SJ-05-0025 : solat jumaat kedua bg keadaan kesesakan.

assalamualikum warahmatullah..

adakalanya setiap kali solat jumaat dilakukan, berlakunya kesesakan di dlm masjid yg sempit hinggakan ada segelintir makmum dapat solat berdiri saja tanpa mampu lakukan rukuk, sujud, duduk antara dua sujud & tahiyyat di atas tangga yg sempit, lalu hanya mampu isyaratkan gerak badan saja. lalau, stlh selesai solat jumaat tersebut, segelintir itu mengulangi solat itu dgn solat zuhur scr sempurna.

persoalannya di sini.:

SJ-05-0027 : Lanjutan SJ-05-0024 : Solat Jamaah kali ke2

"bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki bersolat berseorangan dan berkata, 'Tidakkah sesiapa mahu melakukan sedekah keatas orang tersebut dan bersolat dengannya?" Maka seorang bangun dan bersolat dengannya." - [Hadith riwayat Ahmad didalam Musnadnya, Abu Daud didalam Sunannya

SJ-13-0070: perkosaan oleh bapa angkat

Seorang anak angkat perempuan yang tinggal bersama keluarga angkatnya telah diperkosa dan dicabul oleh bapa angkatnya sejak tingkatan 3 hinggalah ke tingkatan 5 (3 tahun). Anak angkat tadi tidak dapat berbuat apa-apa kerana bergantung hidup dan tiada siapapun yang percaya akan kisah malangnya ini, memandangkan kedudukan bapa angkatnya di dalam masyarakat. Walaupun perkara ini telah berlalu hampir 19 tahun dan anak angkat tadi sudah bersuami dan mempunyai anak, namun trauma yang dialami masih kekal.

SJ-05-0034 : Cara solat lelaki dan perempuan...

Assalamua'laikum whk...

Terima kasih diucapkan kerana usaha ahli panel utk menjawab soalan saya yg lepas...

Kali ini saya nak bertanya tentang cara solat bagi lelaki dan wanita.. seperti yg saya tahu ada bezanya.. boleh tak ahli panel jelaskan secara terperinci lagi perbezaannya..
Kalu katakan ada seorg lelaki menunaikan solatnya mengikut cara solat wanita, apakah hukumnya? ...

Sekian, terima kasih bebyk...

SJ-05-0024 : Solat berjemaah kali -2 di masjid jami'

Assalamua'laikum whk...

SJ-11-0054 :Proses jual-beli rumah mengandungi unsur gharar?

Assalamualaikum...

Proses jual-beli rumah sekarang menggunakan konsep "jual & bina ". Kita sedia maklum akan kesan konsep ini. Banyak rumah yg tak di siapkan, pemaju dah cabut. sedangkan duit bulan-bulan telah dibayar.
Pemaju boleh menjual rumah berdasarkan model dan air liur sahaja. Adakah ini termasuk dlm unsur gharar ( tak jelas)?

SJ-05-0029 : Sembahyang berjemaah

Assalammualaikum,

Kesyukuran kepada Allah s.w.t dgn. izinnya diberi kelapangan kepada saya untuk berbicara, bertanya didalam alahkam dot net, selawat serta salam kepada baginda rasullulah s.a.w serta kepada keluarga baginda, serta sahabat-sahabat baginda..semuga Allah s.w.t memberi petunjuk dan hidayah serta keampunan untuk kita semua.....

SJ-13-48: Tebusan dan bulan rejab

:? Assalamualikum ....
Maaf mengganggu..

:evil: Saya ada beberapa kemusykilan ...

1. Benarkah di dalam Islam kita boleh membunuh tebusan kita...
2. Apakah ada dalam sejarah silam yang menceritakan kisah tebusan ini.
3. Apakah yang Islam anjurkan berkenaan dengan tebusan ini.

4.. Soalan terakhir... dalam bulan rejab ini apakah ada amalan-amalan tambahan berdasarkan hadis-hadis yang shahih. ? ( saya ada berjumpa dengan beberapa kafiat kelebihan Rejab, tetapi tidak diceritakan sumbernya )

SJ-03-0017 Bangkai anjing

Assalamualaikum warahmatullah,