Al-Syama'il: Bab 15. Baju Besi Rasulullah (2 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

15

 

Baju Besi Rasulullah (2 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي صِفَةِ دِرْعِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

111

1. Zubair bin Awwam berkata:

Semasa Perang Uhud, Rasulullah memakai dua baju besi. Baginda mahu memanjat sebuah batu besar, namun tidak mampu melakukannya. Lalu, Baginda mendudukkan Thalhah dan memijak belakangnya. Dengan itu, Baginda berjaya memanjat batu besar itu. Kemudian, aku mendengar Rasulullah berkata, “Thalhah mesti masuk syurga!” (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنِ الزُّبَيْرِ بْنِ الْعَوَّامِ قَالَ: كَانَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ أُحُدٍ دِرْعَانِ، فَنَهَضَ إِلَى الصَّخْرَةِ فَلَمْ يَسْتَطِعْ، فَأَقْعَدَ طَلْحَةَ تَحْتَهُ، وَصَعِدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى اسْتَوَى عَلَى الصَّخْرَةِ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «أَوْجَبَ طَلْحَةُ»

112

2. Sa’ib bin Yazid berkata:

Semasa Perang Uhud, Rasulullah memakai dua lapis baju besi. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ، «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ عَلَيْهِ يَوْمَ أُحُدٍ دِرْعَانِ، قَدْ ظَاهَرَ بَيْنَهُمَا»

 

Disediakan oleh: zain y.s (al-ahkam.net 2014)