SJ-10-0040 : Antibiotic mengandungi gelatin.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0040 : Antibiotic mengandungi gelatin.

Assalamualaikum,

Doctor saya memberi saya ubat untuk jerawat saya dan ia mengandungi Gelatine Bovine, walaupun saya telah membaca pendapat ustaz, saya kurang pasti. Dan saya ingin tahu jikalau tidak ada pilihan lagi, dalam situasi saya, bolehkah saya mengambil kaedah fiqh dari imam Hanafi & Maliki? Terima Kasih.

Wassalam

SJ-10-0040 : Antibiotic mengandungi gelatin.

:wassalam
alJawab:

Anda menjadi keliru kerana sudah biasa dengan kerasnya madzhab Syafi'iy dalam masalah ini. Anda boleh berpegang dengan pendapat madzhab Syafi'iy jika kerajaan (yg mendakwa berada di atas madzhab syafi'iy) mampu mengawal (memantau) dan menyediakan bekalan perubatan halal sepenuhnya kepada rakyat termasuk pengilangan gelatin Halal-Jakim di negara ini. jika umat Islam belum mampu menghasilkan gelatin halal dari sumber halal, maka pendapat majoriti (Hanafi, Maliki dan Zahiri) pun dibolehkan diamalkan oleh orang spt anda. Perancangan kerajaan Malaysia ke arah menjadikan Malaysia sebagai Halal Hub (Pusat Halal) Dunia memang dialu-alukan.
Kasus Klasik:
Dulu berlaku kesulitan bakal2 Haji dari Malaysia ke Mekah untuk menunaikan Haji kerana masalah batal wudhu' bila bersentuh perempuan ketika bersesakan di Tanah Suci. Lalu pemuka madzhab Nusantara membenarkan umat Islam Malaysia mengikut madzhab majoriti yang kata tak batal. Kita lihat stand mereka boleh berubah bila berlaku kesulitan.
Jadi begitulah dalam masalah bekalan gelatin dalam industri farmasi dan perubatan. jika kita belum ada kepakaran utk menghasilkan gelatin dari punca2 halal, maka dibolehkan menggunakan gelatin impot dari negara2 Barat berdasarkan kaedah fiqih yang masyhur dalam madzhab Hanafi dan Maliki 'kaedah istihalah' atau perubahan dzat kepada bahan asas gelatin kepada suatu bentuk produk yang baru. Ramai ahli tahqiq yg memilih pendapat ini, antaranya Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan Prof Dr Yusof alQardhawi. sekian