SJ-07-0041 : SUNATKE SAPU TANGAN KE MUKA SELePAS BERDOA???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0041 : SUNATKE SAPU TANGAN KE MUKA SELePAS BERDOA???

Tuan,
Adakah mendapat pahala kita menyapu muka kita dgn tangan selepas berdoa?
ada hadis ke yg nabi selepas berdoa sentiasa menyapu mukanya dgn tangan?

SJ-07-0041 : SUNATKE SAPU TANGAN KE MUKA SELePAS BERDOA???

alJawab:

Sebelum ditentukan samada dapat pahala atau tidak, ia bergantung kepada pendapat mana yang dipilih oleh orang yang melakukannya menurut pendapat mana yang diyakini lebih kuat. Ini kerana isu menyapu muka selepas berdo'a ini adalah masalah khilafiah.

Dari segi hadith, terdapat 7 hadith semuanya, dan Syaikh Bakar Abdullah Abu Zayd telah menilai kesemua tujuh hadith itu sebagai semuanya dha'if. Cuma alhafidz Ibn Hajar menghimpun ketujuh-tujuh hadith itu dan mengangkat derjatnya ketaraf Hasan. madzhab Syafi'iy memilih pendapat ini, yakni hasannya derjat hadith mengusap wajah. pendapat ini didokong oleh Imam alGhazali, Ima Nawawi dan Imam Syun'ani (Subulus Salam, 4/428)
Muhaqqiqin yang lain spt Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa jld 22/519), Ibn Qayyim dan Imam al-Albani (silsilah alSahihah2/146) berpendapat hadith2 itu tidak dapat dinaiktaraf ke taraf hasan kerana kekecacatan setiap hadith itu.
Maka kita serahkan kepada Allah akan persoalan pahala kepada kedua kumpulan ini, baik yang melakukannya dengan ikhlas dan yang tidak melakukan kerana tahu akan status hadith2nya dan menjaga kesucian Nabinya dari hadith2 yg tidak tsabit.
Kepada Allah kita berserah dalam isu2 yg kita tidak ada maklumat yang mencukupi.

sekian.