:salam
Saya bekerja di sebuah MNC. Boss2 saya dr luar negara ada mengajak dinner/lunch di lounge/pub spt Hard Rock, TGI, zouk dsb (ada liquor dijual ::evil:). Byk kali saya menolak dan beri alasan secara hikmah, tapi sampai bila? Mereka pun sampai fikir saya ni anti-sosial. Masaelahnya, saya pernah terlintas satu riwayat yg mengatakan tidak diterima ibadat selama 40 hr/bulan/thn jika kita melangkah masuk ke kawasan bermaksiat. Apa bener??
:wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-13-0267 : Hukum memasuki tempat maksiat
Primary tabs
Thu, 02/08/2007 - 12:07am
#1
SJ-13-0267 : Hukum memasuki tempat maksiat
wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Hadith yang menjelaskan tentang 40 hari tidak diterima solat adalah merujuk kepada minuman keras. Salah satu hadithnya adalah dari Abdulllah ibn 'Amr berkata, bahawa Nabi :saw bersabda :-
Dalam konteks kedai makan atau restaurant yang menyediakan makanan halal, pada masa yang sama ada menjual meninum keras, menurut Dr Abdul Fattah 'Ashoor (Profesor Jabatan Aqidah Universiti Al-Azhar), tidak dilarang seseorang dari memasukinya asalkan dia tidak melibatkan diri dalam meminum (termasuk membeli) arak. Lebih-lebih lagi didalam keadaan anda yang terpaksa melayan kerenah orang atasan, perkara tersebut boleh dianggap dalurat.
Akan tetapi, menurut Dr Abdul Fattah, jika restaurant tersebut memang semata-mata menjual Arak, maka seorang Islam di larang menghampiri tempat-tempat yang sedemikian. Orang Islam tidak boleh membantu kearah kemaksiatan. Firman Allah swt :-
Kesimpulannya, hadith 40 hari tidak diterima solat merujuk kepada peminum arak. Tempat makanan halal yang ada menjual arak, tiada larangan untuk orang Islam memasukinya melainkan tempat tersebut khas menjual arak. Yang jelas disini adalah anda tidak terlibat didalam membeli dan meminum arak, dan kehadiran anda disana adalah semata-mata dalam skop 'pekerjaan'.
Jika terdapatnya peluang untuk menjelaskan kepada boss-boss anda tentang orang Islam dilarang terlibat didalam aktiviti arak, bolehlah anda jelaskan kepada mereka secara berhikmah. Jika terdapat halangan semasa menjelaskan kepada mereka, maka hati anda tidak sekali-kali redha dengan hal yang sedemikan, itulah selemah-lemah Iman. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين