SJ-16-0013 : Hukum Bunuh Gangster

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0013 : Hukum Bunuh Gangster

:salam

Saya nak bertanya perihal gangster cina kafir ni...Ditempat saya gangster ni nyata membuat kerosakan seperti mewujudkan pusat maksiat,urusan dadah,menindas yang lemah,mengambil kesempatan mencari wang dengan cara (merasuah)pihak berkuasa seperti polis yang bodoh mahu tunduk dengan kehendak mereka...Ada tak dalil atau nas dari quran n hadis atau ijma sahabat serta ulama kemudian yang membolehkan untuk membunuh mereka yang nyata memudaratkan keadaan..Pihak berkuasa kebanyakannya tak dapat dipercayai sebab terikat setelah menerima rasuah atau habuan dari gangster ni...Bantu selesaikan masalah saya agar saya boleh bertindak dengan mengikut kehendak Allah n petunjuk rasul...Saya sakit hati betul dengan mereka ni sampai pernah saya bergaduh mulut dengan mereka pasal kejadian langgar mati orang tua yang mana dia orang ni bersikap kurang ajar..ikutkan hati nak bunuh ni tapi takut murka Allah n minta panel tunjukkan dalil yang membolehkan saya nak memerangi mereka...

SJ-16-0013 : Hukum Bunuh Gangster

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Menjatuhkan hukuman jenayah dan melaksanakannya adalah tanggungjawab kerajaan. Yang berhak melaksanakannya ialah pihak yang diberi bidang kuasa oleh kerajaan iaitu Mahkamah.

- Maka tidak harus dilakukan oleh mana-mana orang perseorangan atau kumpulan yang tidak diizinkan oleh kerajaan. Kerana ia akan menimbulkan kucar-kacir dalam negara, dan membawa mudarat yang sangat besar berbanding maslahah.

- Imam Qurtubi menukilkan ijmak dengan katanya, "Tidak ada perselisihan bahawa hukuman qisas (balas bunuh) tidak boleh dilakukan kecuali oleh pemimpin". (Tafsir Qurtubi 2/245)

- Ibn Rusyd juga menukilkan kesepakatan dengan katanya, "Manakala pihak yang menjalankan hukuman had ini -yakni: rotan peminum arak- maka mereka bersepakat bahawa Imam yang melaksanakannya. Begitu juga dalam semua hukuman hudud". (Bidayah al-Mujtahid 2/233).

Sekian