:salam
Mandikan kenderaan yg lepas kemalangan melibatkan kehilangan nyawa utk hilangkan badi kecelakaan pd kenderaan. Atau mandikan kenderaan yg terlibat kemalangan utk sebab2 tertentu.
Adakah perkara ini terdapat pd zaman Rasulullah SAW? Adakah dalil al-Quran atau hadis sahih mengenainya? Perlukah perkara ini dilakukan..?
Harap panel yg mahir dpt kemukakan dalil al-Quran dan/atau hadis sahih.
InsyaAllah..Syukran..
Salam,
Perbuatan memandikan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan untuk menghilangkan badi kecelakaan adalah perbuatan yang tidak ada sandarannya dari Rasulullah saw dan para sahabat.
Ianya lebih kepada petua dan kaedah yang biasa diamalkan oleh sesetengah masyarakat.
Kebiasaannya petua tersebut adalah datangnya dari para pengamal perubatan tradisional dan sebagainya yang beranggapan bahawa roh mangsa kemalangan tersebut akan sentiasa berkeliaran pada kenderaan tersebut selagi mana ianya tidak dimandikan dengan tujuan untuk mengusir roh tersebut dan menghilangkan kecelakaan yang mungkin akan disebabkan oleh badi roh tersebut.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com