SJ-02-0026 : Komuniti Islam Bgabung Dgn Komuniti Kristian

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0026 : Komuniti Islam Bgabung Dgn Komuniti Kristian

Salam,

Di sesebuah IPTS, pihak atasan telah mengarahkan Komuniti Islam dan Komuniti Kristian untuk dibubarkan, kemudian diminta untuk bergabung untuk menubuhkan Kelab Kebajikan.

Rancangan / Strategi adalah, cuba berbincang dan berdiplomasi dengan Komuniti Kristian, dan kemudian Komuniti Islam & Komuniti Kristian (akan berkawan untuk) sama-sama membuat surat rayuan "untuk tidak dibubarkan" kepada pihak atasan IPTS.

Soalan saya,

1) Apa pendapat / strategi pihak tuan? Mana satu yang lebih berlandaskan syariah Islam sama ada bergabung ataupun membubarkan kedua-dua Komuniti?

2) Bolehkah Persatuan Islam bergabung dengan Persatuan Bukan Islam untuk berkerjasama melakukan program-program kebajikan? Contohnya, membuat Program Lawatan Rumah Anak Yatim dan Gotong Royong anjuran bersama Persatuan Islam dan Persatuan Kristian. Sebagai alasan, sebenarnya tidak perlu bubar dan tindakan tersebut sebenarnya lebih banyak membawa keuntungan daripada menubuhkan Kelab Kebajikan

3) Bolehkah program ceramah / sembahyang bukan Islam dilakukan di IPTS?

Terima Kasih.

SJ-02-0026 : Komuniti Islam Bgabung Dgn Komuniti Kristian

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Jawapan soalan 1:

Oleh kerana tujuan pembubaran kelab Komuniti Islam dan Kristian oleh pihak atasan IPTS tersebut adalah kerana ingin menubuhkan kelab kebajikan bagi setiap ahli komuniti ,maka ianya adalah tidak salah sekiranya kedua-dua komuniti tersebut bergabung.

Memberikan segala macam jenis kebajikan kepada ahli komuniti adalah suatu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh pihak pengajur.Maka , penggabungan tersebut tidak salah disisi Islam , selagi mana ianya tidak mencakupi soal Agama , lebih-lebih perkara yang berkait dengan akidah dan sebagainya.

Pembubaran kedua-dua komuniti akan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.Sebagai contoh , setiap rancangan / aktiviti ahli komuniti dan beberapa bentuk kebajikan yang ingin disalurkan tidak dapat diberikan dengan baik dan sempurna. Maka , sekiranya dengan penggabungan kedua-dua komuniti itu lebih banyak mendatangkan maslahah daripada mafsadah , maka jalan yang terbaik ialah melakukan penggabungan.

Malah , Allah swt tidak menghalang daripada kita bekerjasama dengan golongan non-muslim sebagaimana firman Allah swt dalam al-Mumtahanah , ayat 8 :

áÇ íóäúåóÇßõãõ Çááøóåõ Úóäö ÇáøóÐöíäó áóãú íõÞóÇÊöáõæßõãú Ýöí ÇáÏøöíäö æóáóãú íõÎúÑöÌõæßõãú ãöäú ÏöíóÇÑößõãú Ãóäú ÊóÈóÑøõæåõãú æóÊõÞúÓöØõæÇ Åöáóíúåöãú Åöäøó Çááøóåó íõÍöÈøõ ÇáúãõÞúÓöØöíäó

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”

Dan dalam Surah Al-Syuura , ayat 15 :

æóÃõãöÑúÊõ áÃóÚúÏöáó Èóíúäóßõãõ Çááøóåõ ÑóÈøõäóÇ æóÑóÈøõßõãú áóäóÇ ÃóÚúãóÇáõäóÇ æóáóßõãú ÃóÚúãóÇáõßõãú áÇ ÍõÌøóÉó ÈóíúäóäóÇ æóÈóíúäóßõãõ Çááøóåõ íóÌúãóÚõ ÈóíúäóäóÇ æóÅöáóíúåö ÇáúãóÕöíÑõ

“dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)."

Mungkin dengan penggabungan tersebut juga akan memberikan kelebihan bagi ahli komuniti Islam untuk mendekati ahli komuniti bukan Islam dalam menyampaikan dakwah Islamiah dengan lebih berkesan.

Jawapan soalan 2:

Jawapan sama seperti di atas.Ringkasnya selagi mana tidak menyentuh dalam soal agama dan akidah , selagi itulah ia dibolehkan.Ini kerana kita hanya dilarang bekerjasama dengan golongan bukan Islam dalam kerja-kerja menyebarkan dakwah Agama mereka.

Berkata As-Syaikh Muhammad Soleh Al-Munajjid :

“Kaum muslimin hendaklah tidak menahan diri untuk bekerjasama dengan golongan non- muslim dalam menegakkan kebenaran, membenteras kebatilan, menolong orang yang dizalimi, membenteras segala bahaya terhadap kemanusiaan seperti perang membenteras kekejian, dan membenteras penyakit-penyakit menular dan lain-lain.”

Jawapan soalan 3 :

Boleh , dalilnya surah al-mumtahanah di atas.

WA

Ruj:

Al-Isti'anah bi ghairil Muslimin fil fiqhi al-Islami , As-Syaikh Dr.Abdullah bin Ibrahim bin Ali Al-Thoriqi.

http://www.islam-qa.com/ar/ref/26721

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com