:salam
Alhamdulillah... terima kasih byk2 kat panel feqh,thtl kerana menjawab persoalan saya yg lalu bertajuk Mengenai Anjing. tapi saya ada sedikit yg tak berapa faham iaitu ayat berikut:
Cuma yang najis nya (selain tahi dan kencing anjing) ialah apa jua yang dijilat oleh anjing
Apakah ini bermakna tahi dan kencing anjing juga termasuk najis berat??? saya pernah terfikir,jika anjing makan dan minum dgn lidahnya,maka yg dijilat mknn dan air itu,nanti keluar tahi/kencing,maka dikira najis berat. apakah betul macam 2? sebab setakat ni,saya masih berpegang bahawa hanya jilatan anjing sahaja. jadi,bagi saya,tahi dan kencing anjing tak lah najis berat,tapi najis seperti najis tahi ayam dan lain2. jika saya fikir tahi dan kencing anjing itu najis berat,maka saya rasa terbeban sebab saya begitu sensitif dan berhati-hati sangat... sehingga kan perkara2 yg tak jelas pun blh dibayangkan dlm fikiran saya. mohon penerangan lanjut.
1 lagi,macam mana nak bezakan antara berhati-hati dgn was-was? apakah itu sama? apakah itu berbeza? sebab saya keliru dlm memahami hakikat ini. saya tersepit di antara berhati-hati dgn was-was. cth,ada kalanya saya tengah wuduk itu,tiba2 saya rasa dubur saya macam ada tergerak2/terlepas angin. mungkin itu hanya was2. tapi saya ni jenis berhati-hati,saya fikir jika wuduk ni ada kemungkinan batal,maka nanti saya solat tak sah juga kan. jadi,terfikir macam itu,saya pun ambil wuduk sekali lagi. tapi kadang2 itu,blh wuduk berkali2 juga... adui...
utk pengetahuan panel feqh,saya ada masalah kentut/angin sejak saya mula masuk Islam sampai lah sekarang... saya masih teringat,semasa dulu solat tarawih itu,saya dah berwuduk kira-kira 10 kali pada tempoh masa yg singkat juga. akhirnya,saya tak teruskan solat tarawih. nak tau,sehingga kini,waktu Subuh,Asar,Maghrib,Isyak adalah waktu kentut2 yg agak kritikal/serius.. apatah lagi utk waktu Maghrib yg pendek. saya begitu bingung dgn masalah ini. sebab dah berkali-kali wuduk,dan ada kalanya solat pada rakaat-4,dah batal wuduk. kadang2 solat Jumaat pun begitu,sampai kena solat Zohor juga walaupun ada menghadiri solat Jumaat. saya ni agak sibuk,ada kerja2 seharian. jadi,blh terganggu pengurusan masa saya.
dulu,saya terbaca,berdosa jika terus solat apabila batal wuduk. jadi,kerana itu,dah byk juga solat saya tertinggal. oleh itu,selama ini,saya tetap solat walaupun ada kalanya itu dtgnya kentut/angin. saya cuba sedaya upaya utk menahan angin dan bertawakal je pd Allah... tapi angin ini susah ditahan kan sebab bersifat gas,walaupun kecil lubang,pun blh terlepas kot. jujur kata,ini mmg kentut/angin. bukannya was2. sebab saya tahu juga perbezaan antara kedua-dua nya.
saya ada pergi jumpa doktor Islam mengenai masalah ini. doktor itu kata dia bagi saya makan ubat,tapi kalau masih macam itu,nak buat macam mana juga kan. doktor ada kata kentut itu perkara normal,1 rahmat juga. lepas itu,saya cuba lah bertanya-tanya kat ustaz dan kwn2 mengenai masalah ini,apakah pada zaman Rasulullah SAW,ada kes yg hampir sama macam saya ke,tapi sampai sekarang tak ada saya temui. jadi,saya tak tahu apakah jalan penyelesaiannya yg lebih baik utk masalah asyik kentut/angin... ::( disebabkan masalah ini,saya kadang2 nak cepat dan tak tenang sebab dibimbangi wuduk saya batal semasa solat.
Jazaka Allahu Khairan...
:wassalam
al-Jawab:
Kembali
soalan pertama:
al-Jawab:
anda masuk Islam melalui pintu madzhab Syafi'iy, madzhab yang dominan di Nusantara dan madzhab ini terkenal dengan kerasnya dalam bab Taharah (kebersihan). Oleh kerana madzhab ini amat keras (syadid) dalam bab taharah, maka pengikut madzhab ini menjadi rigid dan boleh jatuh dalam sindrom was-was sepanjang masa.
Madzhab Syafi'iy membahagikan najis kepada tiga:
najis mughalazah (najis berat) yakni najis anjing dan babi serta keturunan keduanya)
Najis mutawassitah (najis pertengahan), meliputi kebanyakan jenis najis utamanya kencing dan tahi manusia dan hewan)
Najis mukhaffafa (najis ringan) najis dari bayi lelaki yg masih menyusu atau madzi (cecair ghairah)
Pengklasan (nomenclature najis) dalam madzhab lain sama juga, cuma najis berat hanyalah jilatan anjing sahaja, tapi dalam madzhab Malik, jilatan anjing pemburu (Hunting dogs) adalah suci.
Dalam madzhab Syafi'iy, tahi dan kecing anjing, bahkan peluh atau mani anjing dan babi atatu semua sekali yg datang dari anjing-babi adalah najis berat. Itu yang membuatkan madzhab ini menjadi fobia dgn anjing.
Manakala pada madzhab Maliki, anjing dan babi yg hidup adalah bersih sebagaimana hewan yg lain, manakala tahi dan kencingnya cuma najis pertengahan, sedangkan jilatan anjing pemburu adalah bersih. (Sahih Fiqh Sunnah oleh Prof Abdullah alMuthlaq, KSA, Riyadh: Kunz alIsbiliyyah)
Jalan keluar:
Oleh kerana pengklasan najis itu hanya masalah khilafiah, maka anda boleh memilih pendapat Malikiah atau pendapat Imam-Imam lain kerana Imam alGhazali sendiri pun mengeluh, jika sekiranya madzhab syafi'iy menyamai madzhab Malik dalam bab air." (Fiqh Sunnah ms 1/40). Itu baru bab air, belum lagi bab najis...maka and hanyalah berpegang kepada hanya air anjing sahaja sebagai najis berat kerana nas menyebutnya dengan jelas arahan menyucikan dgn tanah.
Masalah kedua:
ada beberapa istilah penting utk memahami permasalah hati-hati vs was-was.
a. Yaqin menurut Mukhtar asSihah ialah "suatu ilmu dan lenyapnya syak"
Dalam mahkamah, tertuduh hanya didapati bersalah bila pendakwa dapat membuktikan tanpa keraguan menasabah bahawa dia memang bersalah (beyond reasonable doubt) Maka yaqin atau yakin ialah keadaan tenang, teguh dan mantap seseorang terhadap sesuatu tanpa sedikitpun keraguan. Keyakinan inilah yang menjadi dasar hukum agama.
b. Dzann maksudnya berat sangka, atau prasangka, maksudnya sangkaan yang hampir kepada kebenaran tapi belum mencapai tahap yakin 100%. Ia boleh menjadi dasar hukum fiqih juga.
c. Syak maksudnya tahap keraguan dan keyakinan sama berat (50-50)
Inilah yang dinamakan was-was. Syak tidak boleh menjadi asas utk membina hukum2 fiqih.
d. Waham ialah perasaan gundah gulana seseorang kepada sesuatu tapi lebih berat kepada keraguan dan khayalan atau lintasan hati sahaja. Ia tidak langsung boleh dijadikan dasar hukum fiqih. Ini juga merupakan induk kepada permasalahan was-was. (Imam Syuyuthi, alAsybah, 154/155)
Dari empat istilah inilah orang awam tersepit dalam apa yg dikatakan istilah berhati-hati dan was-was. Tapi kata al-Qardhawi, sifat berhati-hati itu sifat orang mukmin, manakala sifat was-was itu adalah sifat dari Syaithan. Maksud hati-hati ialah seorang Islam itu tahu apa yang yakin dan dzann, dan dia menjauhi perkara yang masuk tahap syak dan waham. Manakala orang yang was-was ialah yang selalu memikirkan perkara yang waham dan syak. sedangkan ia tidak boleh dijadikan hukum fiqih.
Cth:
seseorang sedang solat sendirian, tiba-tiba ia syak, apakah ia telah solat dua atau tiga raka'at.
Sifat hati-hati yg membawa keyakinan ialah: hendaklah dia menetapkan dua rakaat.
sifat was-was ialah: dua tiga , dua tiga, dua tiga, itulah yg terus difikirkan, maka akhirnya dia berhenti solat dan start semula.
Sifat berhati-hati memang tuntutan agama, misalnya Ibn Umar ra berwudhu' lain dari kita, beliau menitiskan air ke dalam dua biji matanya kerana sifat hati-hati beliau ke arah kesempurnaan wudhu'. Itu dibolehkan kepada seseorang yang meyakininya demikian. Yang penting kita lakukan dengan keyakinan. Tapi sahabat-sahabat lain tidak melakukan demikian. Maka bagi kita yg melihat amalan Ibn Umar, janganlah pulak was-was dgn cara kita berwudhu' sebab kita melakukan berdasarkan amalan majoriti sahabat yang lain
(Cthnya: Kempen berhati-hati di lebuhraya.
Boleh bedzakan orang yg memandu dgn berhati-hati vs pemandu yang was-was?? Pemandu yang berhati-hati ialah pemandu yg berilmu terhadap permotoran, skil memandu yg baik, mahir selok belok route (atau destinasi) dan ada skil defensive driving. pemandu yg was-was ialah pemandu yang tidak cekap memandu, tidak tahu destinasi yg dituju, tidak mengerti ilmu asas permotoran dan kekurangan pada diri spt mata (rabun warna) dsbnya. maka mudahlah dia terjebak dgn kecelakaan di lebuhraya.
Begitulah orang yg memandu di lebuhraya syari'at Islam, sikap berhati-hati atau wara' di asaskan di atas ilmu dan keyakinan tinggi, vs sifat was-was kerana kejahilan dan tidak terdedah kepada keanjalan dan keluasan hukum fiqih itu sendiri. Maka mudahlah orang yg was-was ini tergelincir dalam urusan agama.
Kami syorkan anda memiliki kitab2 yang khusus dikarang untuk melenyapkan sifat was-was. tapi sayang belum banyak yg diterjemah. Tapi buku yang siap diterjemah, antaranya:
1. Kitab tahaharah oleh al-Qardhawi, lihat ms 395-410
2. Ibn Jauzi, talbis Iblis juga diterjemah oleh pustaka azzam Indonesia, juga Pustaka Nasional Singapore (cuma silap pengarang, dibubuh Ibn Qayyim), ada bab khas mengenai belitan iblis kepada orang yg was-was
3. Dzamm al-was-was oleh alMaqdisi alHanbali, juga Pustaka Azzam Id
4. Ibn Qayyim, Ighatsah alLahafan juga diterjemah oleh Pustaka Falah, ID dan Pustaka Ilmi malaysia (cuma bab was-was)
Bila anda beli & baca kitab2 tersebut kami gerenti, sifat was-was itu akan lenyap dan yg ada cuma sifat berhati-hati di atas sifat keyakinan atau ilmu yg mantap.
sekian
Masalah kedua yang anda hadapi ialah:
Kentut atau istilah yg lunak ialah angin yang keluar dari anus (dubur). Ia membatalkan wudhu' secara ijma' (Ibn Qudamah, alMughni, 1/230).
Yang menjadi was-was ialah tahap keyakinan, apakah angin telah benar-benar keluar dari anus atau belum atau apakah ia benar-benar kentut atau benda lain?
Untuk menghilangkan was-was ini, Nabi saw Abdullah bin Zaid, bagaimana Nabi saw menghilangkan sifat was-was itu yakni "Janganlah dia berhenti (solat) hingga dia mendengar BUNYI atau mencium BAU." Muttafaq alaih, alBukhari (134), Muslim (361), dan disyarah dalam al-Fath (`12/329).
Maka dua cara keluar dari was-was (syak dan waham) akan soalan, apakah tadi aku terkentut?
Maka jawabnya ialah:
1. apakah anda terdengar bunyi..ini kerana salah satu sifat kentut ialah bunyi
2. bau busuk. Ini kerana salah satu sifat kentut ialah berbau busuk.
Bunyi dan bau itu adalah sifat kentut dan itulah rahsia (kenapa) kentut membatalkan wudhu' walhal apalah salah kentut kerana ia angin semata-mata, buka kotor pun, tapi orang disekeliling merasa tidak aman atau senang dengan bunyi dan bau busuk dari kentut, maka sebab itu ia membatalkan wudhu' (tarjih al-Qardhawi, Fiqh Thaharah)
Maka jika tiada bunyi atau tiada bau, maka kita tetap yakin bahawa wudhu' seseorang masik utuh.
Masalah banyak angin dalam perut yg mengakibatkan kentut adalah disebabkan oleh pemakanan. Cuba anda berpuasa dan lihat kesannya. Ada makanan yang menyebabkan angin yg banyak spt kekacang dan ada makanan yang lembut dan sesuai dengan badan kita. Ini memerlukan ilmu nutrition (pemakanan) yang saya tak dapat paparkan di sini kerana saya bukanlah nutritionis (pakar pemakanan), tapi ada banyak buku misalnya Tibb anNabawi yg dikarang oleh Ibn Qayyim khusus membicarakan diet Nabi SAW secara detail. Orang Arab kebanyakannya tidak menghadapi masalah kentut kerana diet mereka begitu simpel berbanding dgn kita dengan budu, belacan, sambal bilis, sambal pedas, tumisan, seafood. Jadi nasihat kami, belajarlah sedikit sebanyak apa yang sesuai dengan anda dalam aspek pemakanan dan amalkan puasa 2-3 kali sebulan supaya organ usus kita sentiasa bersih dan sihat. sekian
Kami menjawab masalah anda dengan detail memandangkan anda masih baru dalam Islam dan anda layak mendapat layanan istimewa di al-Ahkam. Kembalilah kepada kami jika belum berpuas hati. WA