SJ-04-0056 : Bersuci(urgenttttttttt)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0056 : Bersuci(urgenttttttttt)

salam,
Sebelum mandi wajib jika kita mandi biasa dengan membasuh kemaluan kita agar bersih dari bekas air mani dan selesai dari itu baru lah kita mulakan mandi wajib dengan dimulakan dengan wudhu seterusnya mandi wajib adakah dibolehkan???Ini untuk elakkan dari memegang kemaluan lagi ketika mandi wajib?

SJ-04-0056 : Bersuci(urgenttttttttt)

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Benar sebagaimana yang ada perkatakan. Sebelum melakukan perbuatan diatas ini, pastikan telah terlintas niat untuk mandi wajib didalam hati, kemudian di ikuti dengan membersihkan bahagian-bahagian anggota sulit. Seterusnya sebagaimana yang di riwayatkan oleh A'isyah ra. :-

Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ßÇä ÅÐÇ ÇÛÊÓá ãä ÇáÌäÇÈÉ ÈÏà ÝÛÓá íÏíå ¡ Ëã ÊæÖà ßãÇ íÊæÖà ááÕáÇÉ ¡ Ëã íÏÎá ÃÕÇÈÚå Ýí ÇáãÇÁ ÝíÎáá ÈåÇ ÃÕæá ÔÚÑå ¡ Ëã íÕÈ Úáì ÑÃÓå ËáÇË ÛÑÝ ÈíÏíå ¡ Ëã íÝíÖ Úáì ÌáÏå ßáå .
dir="ltr">"Nabi :saw apabila membersihkan diri dari janabah akan memulakabn dengan membasuh tangan, kemudian berwudhu' sebagaimana untuk bersolat, kemudian memasukan jari-jari kedalam air dan membuatkan air tersebut memasuki akar rambut, kemudian dia akan menyiram kepalanya 3X, menyeduk air tersebut dengan kedua2 tangannya, dan menyiram air dikeseluruhan badannya" [Hadith riwayat Bukhari #248]

Komentar Al-Haafiz mengenai hadith al-Bukhaari didalam al-Fath (1/362) :

æÇÓÊÏá Èå ÇáÈÎÇÑí ÃíÖÇ Úáì Ãä ÇáæÇÌÈ Ýí ÛÓá ÇáÌäÇÈÉ ãÑÉ æÇÍÏÉ ¡ æÚáì Ãä ãä ÊæÖà ÈäíÉ ÇáÛÓá Ëã Ãßãá ÈÇÞí ÃÚÖÇÁ ÈÏäå áÇ íÔÑÚ áå ÊÌÏíÏ ÇáæÖæÁ ãä ÛíÑ ÍÏË .
dir="ltr">"Al-Bukhaari juga memahami makna bahawa wajib melakukan mandi bagi membersihkan diri dari janaabah dengan sekali basuhan, dan sesiapa yang melakukan wudhu' dengan niat mandi dan membasuh keseluruhan badannya, maka tidak perlu mengulangi wudhu' jika tidak berlaku apa-apa perkara yang membatalkannya"

Berikut kami petik tatacara mandi wajib yang di ringkaskan dari beberapa hadith oleh Syeikh Muhammad Salih al-Munajjid :-

"Mula-mula, seorang Islam itu hendaklah berniat didalam hati bagi tujuan membersihkan diri dari janaabah, kemudian membersihkan tempat-tempat sulit. Kemudian ia mengambil wudhu' sebagaimana dilakukan untuk solat, kemudian menyiram air dari sebelah kanan badan, diikuti sebelah kiri. Air hendaklah disiram dari atas kepala, meliputi keseluruhan badan. Juga telah diriwayatkan didalam sunnah bahawa membasuh kaki di tangguh sehingga akhir mandi. Sebagaimana yang dilaporkan dari A'isyah ra. yang berkata Rasulullah saw apabila melakukan mandi dari janabah akan membasuh tangannya, kemudian membasuh anggota sulitnya dengan tangan kiri. Kemudian melakukan wudhu' sebagaimana didalam solat. Kemudian baginda mengambil air dan memasukkan jarinya ke akar rambut sehinggakan baginda menggunakan tiga kali tangan berisi air keatas kepalanya. Kemudian dia akan menyiram air ke baki badan dan membasuh kakinya. (sebagaimana riwayat Muslim #479). Didalam riwayat al-Bukhari menyatakan bahawa baginda akan tukar sebelah badan (kanan kemudian kiri) dan membasuh kaki".

Sebagai kesimpulan, sebagaimana yang di katakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar rh didalam al-Fath al-Bari bahawa cara mandi wajib diatas tadi tidak memerlukan wudhu' diulangi semula, melainkan jika berlakunya perkara yang membatalkan wudhu', eg: tersentuh zakar dsb.

Sekian, wassalam

خيرالأمين