SJ-04-0068 : batal tak wudu sentuh antara laki & perempu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0068 : batal tak wudu sentuh antara laki & perempu

salam ustz...

Ada org tanya kpd sorang ustz tentang 'batal atau tidak wudu antara laki-perempuan'. Si penanya berkata bahawa ada kata batal, ada kata tak batal.

Ust tu jawab: 'Jika tidak ada kemampuan bljr dalil mrk yg kata boleh, elok pegang saja mazhab Syafie yg kata tak boleh'.

So, soalan saya:
a. susah sangat ke nak belajar dalil ni? cukup tak kalu saya hanya tahu hadis nabi cium isteri sambil berwudu, terus solat. Nabi tak ambik wudu baru pun. Saya terbaca hadis tu dan dengar juga Dr Asri ceramah. Lepas dgr tu, terus saya ambik pendapat yg kata lelaki-perempuan tak batal wudu'. OK ke macam tu? wajib ke saya kena hafal hadis tu...

b. bukan ke mazhab org awam adalah mazhab org yang ditanya? maknanya dia hanya ikut pendapat ust yg ditanya tu.

thankls...

SJ-04-0068 : batal tak wudu sentuh antara laki & perempu

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

a. Seseorang awam yang beriltizam dengan sesuatu mazhab tertentu, kemudian dia melakukan suatu yang menyalahi mazhabnya TANPA taqlid kepada seseorang alim lain, atau TANPA disebabkan dalil yang menuntutnya menyalahi mazhabnya, atau TANPA ada uzur syarak, telah dianggap mengikut hawa nafsunya dan dia melakukan suatu yang diharamkan syarak.

Tetapi jika jelas dan nyata di dalam jiwanya bahawa sesuatu pendapat itu lebih rajih, samada kerana dia mampu mengetahui dan memahami dalil-dalinya secara terperinci (tidak wajib hafal dalil), ataupun kerana kepercayaannya terhadap seseorang alim/mufti lebih kuat daripada pendapat lain, maka HARUS dia berpegang kepada pendapat tersebut. Malahan sesetengah salaf meWAJIBkannya.
(Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 10/12)

b. Syarak mewajibkan orang yang tidak mengetahui bertanya kepada ahli ilmu, sebagaimana Quran menyebut:
ÝóÇÓúÃóáõæÇú Ãóåúáó ÇáÐøößúÑö Åöä ßõäÊõãú áÇó ÊóÚúáóãõæäó
maksudnya: Maka tanyalah orang-orang yang berilmu sekiranya kamu tidak mengetahui. (Al-Anbiya: 7)

Wallahu A'lam.