SJ-04-0114 : soalan tentang wuduk bagi yang tercedera

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0114 : soalan tentang wuduk bagi yang tercedera

salam. ingin bertanya, adakah sah wuduk bagi seseorang yang hanya mengambil wuduk disemua bahagian wajib kecuali kaki kirinya kerana patah bahagian tapak kaki itu dan kakinya dibalut (disimen) dari bahagian betis sehingga ke hujung jari berbanding menggunakan tayammum?

Re: soalan tentan wuduk bagi yang tercedera

:salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Ulama sepakat berpendapat bahawa menyapu di atas balutan kerana patah atau luka ketika berwudhuk atau mandi junub , hukumnya adalah harus.

Dalilnya sebuah hadis dari Ali bin Abu Talib r.a :

انْكَسَرَتْ إِحْدَى زَنْدَيَّ فَسَأَلْتُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرَنِي أَنْ أَمْسَحَ عَلَى الْجَبَائِرِ

“Salah satu pergelangan tanganku telah patah , lalu aku bertanya kepada Nabi saw (cara bersuci).Baginda saw memerintahkan ku supaya menyapu di atas balutannya.
(HR Ibn Majah : 649)

Jumhur ulama (Maliki , Syafi’ie dan Hanbali) mengatakan bahawa hukum menyapu di atas balutan anggota yang patah atau cedera adalah wajib.Ini kerana seseorang itu wajib menggunakan air semaksimum yang mungkin (merata / menyampaikan air keseluruh tubuh badan / anggota wudhuk) ketika berwudhuk atau mandi junub.Sekiranya ia tidak dapat berbuat demikian maka wajiblah ke atasnya untuk menyapu air di atas balutan yang membalut anggota wudhuk tersebut.

Maka , saudara boleh membasuh kesemua anggota wudhuk yang tidak sakit seperti biasa dan hendaklah menyapu dengan sedikit air selepas itu ke tempat balutan tersebut.

WA

Ruj :
Mughni al-Muhtaj 1 / 94
Al-Syarh al-Soghir 1 /202

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com