SJ-06-0099 : solat jamak dan qasar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0099 : solat jamak dan qasar

assalamualaikum,
kepada para sahabat al ahkam.net.di sini saya ada satu soalan yang hendak ditanyakan.

kawan saya bekerja di Kuala Lumpur.Pada setiap hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad,memang menjadi kebiasaan dia akan pulang ke kampungnya di Kota Bharu.
Persoalannya,bolehkah dia solat jamak dan qasar selama 2 hari tersebut di kampungnya di Kota Bharu?

Mohon penjelasan dari para panel.sekian,terima kasih.

Re: solat jamak dan qasar

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjwab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah

Ada satu persoalan yang perlu dijawab dahulu. Apakah tempat tinggalnya di KL sudah menjadi kediaman kekalnya dan dia tidak berniat untuk pindah ke tempat lain, atau KL hanyalah tempat tinggal sementara dan dia tidak berniat tinggal di KL.

Berikut kami petik jawapan Ustaz Izrail :

Quote:
Watan asli menurut jumhur ulama adalah merujuk tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain. Samada tempat kelahirannya atau tempat lain. Dan tempat kediaman isteri juga adalah watan asli.
أنّ الوطن الأصليّ يتحقّق عند أغلب الفقهاء بالإقامة الدّائمة على نيّة التّأبيد ، سواء أكان في مكان ولادته أم في مكان آخر ، ويلحق بذلك مكان الزّوجة

Dalam kes saudara ini, sekiranya saudara telah mempunyai tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain, kampung ibubapa saudara bukan lagi watan asli saudara. Maka dengan itu saudara boleh melakukan solat jamak dan qasar jika cukup syaratnya. Begitu juga dengan tempat kediaman mertua saudara.

Jika saudara belum menetap di tempat kediaman kekal tetapi hanya tinggal di tempat kediaman sementara, dalam kes ini, watan asli saudara adalah tempat kediaman asal saudara iaitu kampung ibubapa saudara.

Watan asli saudara yang asal berkekalan sehingga saudara meninggalkan watan asli yang asal dan berniat untuk tidak kembali menetap di situ dan kemudian menetap di watan asli yang baru dengan niat tidak pindah ke tempat lain.
الوطن الأصليّ ينتقض بمثله لا غير ، وهو أن يتوطّن الإنسان في بلدة أخرى وينقل الأهل إليها من بلدته مضرباً عن الوطن الأوّل ، ورافضاً سكناه ، فإنّ الوطن الأوّل يخرج بذلك عن أن يكون وطناً أصليّاً له ، حتّى لو دخل فيه مسافراً لا تصير صلاته أربعاً .

Sumber : SJ-06-0092 : Watan Asli
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=9&t=36967&p=157588#p157588

Jika sahabat anda menjadikan KL sebagai tempat tinggal yang tetap, atau watan asli, maka bolehlah dia melakukan solat jama’ dan qasar di Kota Baru. Jika dia hanya menjadikan KL sebagai tempat tinggal sementara (Menurut Mazhab Hanafi, dinamakan watan al-iqamah jika didiami setengah bulan atau lebih. Dinamakan watan al-sukna jika didiami kurang dari setengah bulan), maka Kota Baru masih lagi watan aslinya, dan dia tidak boleh melakukan solat qasar sewaktu berada disana. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين