:salam
saya musykil berkenaan prosedur yg betul mengikut sunnah yang shahih utk mengerjakan sujud syukur sbb sy perhatikan begitu byk prosedur yg berlainan yg diajar dlm buku2 yg dijual dan melalui ceramah..adakah terdapat juga bid'ah atau tmbhan dalam hal ini??
mohon penjelasan dari panelist..sekian
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Berikut kami paparkan jawapan yang lalu mengenai sujud syukur.
Beberapa point didalam sujud syukur yang boleh kami paparkan disini.
- Sujud ini hanya di syara'kan jika kita diberikan nikmat oleh Allah swt. Tidak boleh tanpa sebab melakukannya. Bahkan beberapa ulama', termasuk Ibn Hajar alHaitami tidak menyukainya.
- Imam Nawawi dalam kitab Majmu' mengatakan bahawa semua ulama bersetuju bahawa sujud syukur tidak boleh dilakukan dalam masa bersolat, ia akan membatalkan solat.
- Tidak ada zikir khas atau do'a didalam sujud syukur.
- Sujud syukur hanya dilakukan secara bersendirian, bukan cara berjemaah.
Sekian, wassalam
خيرالأمين