SJ-11-0040 : harta wakaf jariah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0040 : harta wakaf jariah

:salam .

Saya ada masalah tentang harta sedekah jariah nak dijual. Misalnya ada orang wakaf tikar untuk solat di masjid. Selepas 20 tahun, pihak masjid nak ganti tikar baru. So, macam mana nak buat dengan tikar lama? Buang saja atau jual atau bagi kat mana-mana surau atau jual dan harga jualan itu dibeli tikar baru?

SJ-11-0040 : harta wakaf jariah

:wassalam

alJawab:

Menurut allamah Sayyid Sabiq rh dalam kitabnya Fiqh Sunnah, apabila harta yang diwaqafkan itu sudah tidak diperlukan lagi, maka boleh dijual untuk membeli barangan yang sama, tikar yang baru. Atau boleh diberi kepada mesjid yang lain. Dalam kedua-dua kes, apa yang diniatkan oleh pemilik asal masih kekal. Ini berdasarkan fatwa Ibn Taymiyah, kata sayyid Sabiq. sekian (4/333, cetakan alFath, cairo)