:salam
Ustaz..
1) Bolehkah seorang ayah menghibahkan keseluruhan hartanya kepada anak perempuan tunggalnya dengan meletakkan syarat bahawa bahawa hartanya tersebut hanya akan menjadi kepunyaan mutlak anaknya setelah beliau meninggal dunia?
2) Bolehkah seorang ayah yang menghibahkan tanah kepada anaknya meletakkan syarat supaya anaknya tidak boleh menjual/memajak/menggadai/menyewa atau menghibah tanpa terlebih dahulu mendapat kebenarannya. Sekiranya gagal mematuhi syarat tersebut tanah tersebut akan diambil balik oleh ayahnya.
Mohon jawapan ustaz dengan kadar SEGERA.
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Maksud Hibah :- ( åí ÅÚØÇÁ ÇáÔíÁ ÈáÇ ãÞÇÈá ¡ æåí ÈåÐÇ ÇáãÚäì ÊÔÈå ÇáåÏíÉ ) “Hibah adalah memberi sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Ia sama seperti hadiah”
Hibah didalam syara’ bermaksud memberi sesuatu kepada seseorang semasa dia masih hidup secara sukarela. Sedangkan wasiat adalah pesanan atau pemberian dari orang yang masih hidup tapi dilakukannya nanti setelah si pemilik harta itu mati. Tapi jumlah maksimal hanyalah 1/3 dari jumlah harta.
Didalam hibah, harta akan bertukar milik. Maka terpulanglah pada penerimanya untuk menggunakan sendiri, menyewa atau menjual harta tersebut. Si pemberi sudah tidak lagi memiliki harta yang tidak diberikan itu. Hibah bukan sekadar janji untuk memberi sahaja tanpa bertukar milik.
Jawapan 1 – Bapanya boleh memberi keseluruhan hartanya kepada anak perempuan yang berupa anak tunggalnya. Hak milik pertukarannya efektif pada tarikh ia dipindahkan (immediate) dan bukan sehingga bapanya meninggal dunia. Harta pesanan yang dimiliki selepas meninggal dunia dinamakan wasiat.
Jika dia mempunyai anak lelaki yang lain, maka bapanya akan berdosa kerana tidak berlaku adil kepada anak-anak lelaki tersebut. Bertanya Nabi :saw :-
Jawapan 2 – Pemindahan harta tersebut hendaklah dilakukan dengan sukarela. Si-penerima akan mendapat milik penuh harta tersebut dan berhak melakukan apa yang dia mahu.
Hendaklah bapa tersebut berlaku adil (tidak berat sebelah kepada anak yang disayangi) didalam pembahagian hibah kepada anak2nya, sebagai hadith yang kami petik diatas. Imam Ahmad rh didalam komentarnya terhadap hibah yang tidak sama rata –
Sekian, wassalam
خيرالأمين