SJ-11-0226 : Zakat Pendapatan dan Zakat Simpanan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0226 : Zakat Pendapatan dan Zakat Simpanan

Assalamualaikum ustaz,

Saya nak tanya, perlu ke saya bayar zakat pendapatan kalau saya dah bayar zakat simpanan? Sebab sebahagian pendapatan saya (selepas ditolak semua perbelanjaan saya), saya simpan dlm tabung haji. Jadi, perlu jugak ke saya bayar zakat pendapatan?

SJ-11-0226 : Zakat Pendapatan dan Zakat Simpanan

Wa'alaikumussalam ,

Bismillahi wal hamdulillah....

Pertamanya , kami memohon maaf di atas kelewatan menjawab soalan ini.

Berkenaan dengan soalan saudara , sekiranya nilai atau jumlah pendapatan saudara setahun mencapai kadar yang diwajibkan untuk zakat , maka saudara wajib mengeluarkan zakat pendapatan tersebut.

Ini kerana , zakat simpanan dan zakat pendapat adalah berbeza.Zakat simpanan dikenakan kepada harta / wang yang disimpan.Manakala zakat pendapatan pula adalah dikenakan kepada keseluruhan sumber pendapatan saudara setahun selepas ditolak dengan segala perbelanjaan yang wajib saudara keluarkan seperti perbelanjaan untuk diri sendiri , isteri , anak , pemberian kepada ibu bapa dan termasuk juga caruman kepada tabung haji dan sebagainya.

Maka jumlah lebihan daripada perbelanjaan tersebut jika mencapai kadar zakat , maka saudara wajib mengeluarkannya.Jika tidak sampai , tidak wajib.

Untuk memudahkan saudara menyemak atau mengira jumlah pendapatan dan pengeluaran pendapatan saudara serta melihat adakah saudara dikenakan zakat pendapatan atau tidak , sila kunjungi url dibawah ini.

http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com