:salam Mohon pendapat tuan berdasarkan lunas syariat tentang status pendapatan yang saya perolehi ini:
i. Pada April 2008 saya diarah oleh ketua jabatan utk menanggung kerja bagi 1 pos jawatan yang baru diwujudkan. Imbuhannya saya akan dibayar sejumlah 1/4 dari gaji jawatan baru berkenaan. Bidang tugas bagi kerja yg ditanggung berkenaan dimaklumkan kepada saya dan saya telah menjalankannya.
2. Bagaimanapun pada Julai 2008 saya dimaklumkan pula didalam satu mesyuarat bahawa saya sepatutnya menanggung kerja bagi 1 tugas lain yg berbeza dari arahan tugasan asal di No.1 Dimakumkan juga bahawa tugas yg dikatakan saya tanggung dari April-Julai 2008 itu sebenarnya adalah sebahagian tugas hakiki saya dan bukannya sebahagian dari deskripsi tugas pos jawatan yang baru berkenaan.
3. maka semasa mesyuarat pada Julai 2008 berkenaan dikemukakan tugas sebenar yg sepatutnya saya tanggung bagi pos baru berkenaan. Melihatkan kpd beban kerja sedia ada saya yg memang berat jadi saya menolak utk menanggung kerja tambahan berkenaan.
Persoalannya:
Gaji tambahan bagi 'tanggung tugas' April-Julai 2008 telahpun saya terima disebabkan ianya telah disediakan awal oleh bahagian Akaun. Bila tanya kepada ketua jabatan bagaimana status gaji tambahan ini dia hanya jawab 'terpulang pada u'...jadi saya ingin mendapatkan kepastian dari segi hukum apakah saya layak mengambilnya dan digunapakai? Adakah ianya halalantoyyiban? Guna makan pakai anak isteri.. Sedangkan pada hakikatnya dari April-Julai 2008 sebenarnya saya hanya menjalankan tugas hakiki. Mohon pandangan yg ahli. t.kasih.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Sebaik sahaja anda tahu bahawa kerja yang anda jalankan itu (April - Jun) adalah sebenarnya sebahagian dari tugas hakiki anda, maka duit imbuhan yang anda dapat itu bukan sebagaian dari pendapatan anda. Anda hendaklah memulangkan kembali wang tersebut. Wang tersebut adalah hak ahlinya, Firman Allah swt :-
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya” [surah a;-Nisaa’ : 58].
Bekas Mufti Arab Saudi pernah ditanyakan dengan soalan ini : Kami bekerja di sebuah Jabatan Kerajaan, dan kadangkala mereka dibayar overtime tanpa kami melakukan apa-apa kerja. Mereka juga menganggap sebagai bonus kepada pekerjanya. Pada ketika itu, Ketua Jabatan juga sedia maklum. Tolong nasihat kami, apakah duit ini halal atau tidak? Apa yang perlu kami lakukan terhadap duit yang telah kami ambil dahulunya.
Jawan Syiekh : "Menurut apa yang telah anda jelaskan, perkara ini adalah salah dan tidak dibenarkan, malah adalah satu pengkianatan. Anda hendaklah mengembalikan duit tersebut kepada perbendaharan. Melainkan jika tidak ada cara (tiada prosedur, dsb), hendaklah anda bersedekah kepada fakir miskin atau menjalankan projek kebajikan; anda hendaklah bertaubat kepada Allah :swt dan berazam tidak akan melakukan perkara tersebut lagi. Kerana tidak dibenarkan seseorang Islam mengambil duit dari BaitulMaal (perbendaharaan) melainkan dengan cara yang sah dan diluluskan. Allah adalah segala punca kekuatan" (Fataawa bin Baaz, 19/344).
Jawapan penuh syeikh :-
إذا كان الواقع ما ذكرت فذلك منكر لا يجوز بل هو من الخيانة ، والواجب رد ما قبضت من هذا السبيل إلى خزينة الدولة، فإن لم تستطع فعليك الصدقة به في الفقراء المسلمين وفي المشاريع الخيرية مع التوبة إلى الله سبحانه والعزم الصادق ألا تعود في ذلك ، لأنه لا يجوز للمسلم أن يأخذ شيئا من بيت مال المسلمين إلا بالطرق الشرعية التي تعلمها الدولة وتقرها ، والله ولي التوفيق
Sekian, wassalam
خيرالأمين