SJ-12-0365 : Hukum2 yg timbul selepas difaraqkan...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0365 : Hukum2 yg timbul selepas difaraqkan...

:salam

Moga dirahmati Allah..

Apakah hukum2 yg timbul setelah pasangan suami-isteri difaraqkan oleh mahkamah???...seperti persoalan status perhubungan perkahwinan mereka sebelum ini, persetubuhan mereka, anak2 mereka, nafkah, perwalian dan sebagainya....

Mungkin bleh pihak panel perjelaskan...terima kasih...:wassalam

Re: Hukum2 yg timbul selepas difaraqkan...

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dengan dengan kadar kemampuan yang terhad, InSyaAllah.

Hak-hak wanita dan anak-anak apabila berlaku penceraian :-

1. Tempat Tinggal – Jika perceraian tersebut adalah secara biasa atau talak raj’I, atau dengan ertikata lain, talak yang boleh rujuk kembali, seorang isteri semasa iddahnya berhak mendapat tempat tinggal dari suaminya, sebagaimana firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَلِكَ أَمْرًا
“Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan isteri-isterimu Maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya dan hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah Rabbmu. janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji”. (At Thalaq: 1)

Menurut ulama’, perbuatan mengusir isteri selepas penceraian raj’i adalah haram hukumnya.

Menurut Syeikh Ibn Utsaimin rh, semasa dalam iddah, dia masih boleh bercakap-cakap dengan isterinya, auratnya masih sama sebagaimana ia masih isteri sebagaimana firman Allah swt :-

وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ
“Dan suami-suaminya paling berhak merujukinya dalam masa menanti itu.” (Al Baqarah: 228)

2. Nafkah – Semasa didalam Iddah, isteri berhak mendapat nafkah, termasuklah makan, minum dan pakaian.

3. Muta'ah - Di samping mendapat nafkah, isteri juga berhak menuntut mutaah iaitu pemberian sagu hati oleh suami kepada bekas isteri yang diceraikan tanpa sebab.

4. Harta sepencarian - iaitu harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa perkahwinan mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.

5. Hadhanah - iaitu hak penjagaan anak di peringkat umur tertentu dan belum mumaiyyiz sesudah berlaku perceraian antara kedua-dua ibu bapa mereka.

6. Nafkah Anak-Anak – Menurut Seksyen 72 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : “Maka adalah menjadi kewajipan seorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya”.

Sekian, wassalam

خيرالأمين