:salam
Maaf sbb saya memang masih kurang jelas fasal apa yang diutarakan olah VHoutenJr - SJ-13-0040, dr jawapan yg diberi oleh tuan kamin, saya hanya paham bila ia dikatakan ada unsur perjudian tidak dibenarkan dan jika ada persetujuan antara pemain dibenarkan.
Kalau katakan jika pemain yang ingin bermain dimestikan membayar deposit RM 1000 (katakan) dan wang itu tetap akan dipulangkan selepas game tu, kalah atau menang sekalipun.. bagaimana pula kalau mcm tu?
:roll:
Hope i can get more info 'bout dis!
Thank You! :)
-Allah Maha Besar, Allah Maha Besar-
wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr annahs dengan kadar yang mampu, Insyallah.
kamin menulis didalam SJ-13-0040 :
Maksudnya : walaupun jika semua pemain bersetuju, si-kalah kena bayar kepada si-pemenang, maka ini merupakan unsur BETTING atau PERTARUHAN, dan tidak dibenarkan didalam Islam. Prinsip permainan yang dibenarkan ialah, kalah atau menang, tidak merugikan kos keatas mana-mana pihak. Pertandingan yang merebut 'prize money' hanya dibenarkan bagi pertandingan yang berunsur jihad and Islam secara umumnya menurut maksud hadith ini :-
Jika scenario yang sdr bawa tadi iaituh pemain kena mendepositkan sejumlah wang dan selepas permainan akan dipulangkan, ini tidak menjadi masalah, kerana kalah menang tetap akan menerima wang deposit tersebut. Ia tidak mengandungi unsur perjudian. Menurut Shiekh al-Mawirdi al-Shaafa'i :
Jika tidak terdapat mana-mana pihak yang rugi dan tidak ada unsur-unsur pertaruhan, maka sesuatu pertandingan itu tidak dikira berjudi, melainkan terdapat unsur-unsur haram yang lain i.e. buka aurat, melepaskan percakapan yang kotor dsb.
Sila rujuk soalan lepas :
SJ-13-0003 : Status Pertandingan (SMS) Dlm Islam ??? : url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26428
WA, wassalam
خيرالأمين