SJ-13-0092 : tampal ayat Quran di cermin kereta...?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0092 : tampal ayat Quran di cermin kereta...?

Assalamualaikum,

Disni saya ada satu permasalahan,bolehkah kita menampal ayat al-quran di cermin kereta atau dalam kereta seperti yang biasanya kita nampak seperti ayat kursi,doa naik kenderaan dan lain-lain.saya ada dapat satu email yang mengatakan tidak boleh,diharap ustaz dapat memberikan jawapannya.

Sekian.

Re: tampal ayat Quran di cermin kereta...?

:wassalam

Jawab

Hal ini merupakan hukum-hukum fiqih yg baru kerana perkara ini tidak ujud di zaman silam kerana tiada teknologi canggih lagipun tidak menasabah menampal stiker di punggung unta atau kuda!

Maka ia dikembalikan kepada maslahat dan mafsadat (kebaikan dan keburukan) hasil dari tindakan penampalan stiker itu dan NIAT penampalnya.

Alasan orang yg menegahnya ialah kerana faktur berikut:

1. terjatuh dalam perbuatan bid'ah kerana tiada contoh sebelumnya dari salaf.
2. ditakuti ayat2 suci itu dihina dan diapa-apakan oleh orang kafir ketika kenderaan itu diservis atau dibaiki
3. fitnah kepada non-muslim bila pemandu yg ada sticker itu memandu dgn cara yg bahaya dan tidak beretika di jalanraya
4. riak dan ujub

Alasan orang yg membolehkan ialah:

1. sebagai syi'ar Islam
2. saluran dakwah
3. menzahirkan dia adalah pemandu beragama Islam kepada pemandu yg lain

Maka buat masa ini saya memilih sticker yg baik dilekatkan ialah sticker promosi laman web Islam spt al-Ahkam.net, islam on line (IOL), www. qaradawi.net, Jesus is the Prophet of Islam...
adapun sticker ayat2 suci tu sebaiknya dielakkan, lagipun orang Islam bukan reti nak baca arabic. Tapi kalau sticker tu hanya terjemahan spt
" the only religion accepted by God is Islam" 3:19

itulah jawapan saya kerana saya belum menemui fatwa2 resmi dalam hal ini. Mungkin syaikh kamin kita ada kot?

:aklam

Re: SJ-13-0092 : tampal ayat Quran di cermin kereta...?

Assalamu'alaikum

Sekadar menambah, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh pernah ditanya mengenai hukum mengantung ayat al-quran atau membawanya didalam kereta, cuma bukanlah menampal ayat al-Quran sebagai sticker :-

íÚáÞ ÈÚÖ ÇáäÇÓ ÂíÇÊ ÞÑÂäíÉ æÃÍÇÏíË äÈæíÉ Ýí ÛÑÝ ÇáãäÇÒá Ãæ Ýí ÇáãØÇÚã Ãæ ÇáãßÇÊÈ ¡ æßÐáß Ýí ÇáãÓÊÔÝíÇÊ æÇáãÓÊæÕÝÇÊ íÚáÞæä Þæáå ÊÚÇáì " æÅÐÇ ãÑÖÊ Ýåæ íÔÝíä " æÛíÑ Ðáß .. Ýåá ÊÚáíÞ Ðáß íÚÊÈÑ ãä ÇáÊãÇÆã Çáãäåí ÚäåÇ ÔÑÚÇ ¡ ÚáãÇ ÈÃä ãÞÕæÏåã ÇÓÊäÒÇá ÇáÈÑßÇÊ æØÑÏ ÇáÔíÇØíä ¡ æÞÏ íÞÕÏ ãä Ðáß ÃíÖÇ ÊÐßíÑ ÇáäÇÓí æÊäÈíå ÇáÛÇÝá ¡ æåá ãä ÇáÊãÇÆã æÖÚ ÇáãÕÍÝ Ýí ÇáÓíÇÑÉ ÈÍÌÉ ÇáÊÈÑß Èå ¿

ÝÃÌÇÈ ÓãÇÍÊå ÞÇÆáÇ : ÅÐÇ ßÇä ÇáãÞÕæÏ ÈãÇ ÐßÑå ÇáÓÇÆá ÊÐßÑÉ ÇáäÇÓ æÊÚáíãåã ãÇ íäÝÚåã ÝáÇ ÍÑÌ Ýí Ðáß ¡ ÃãÇ ÅÐÇ ßÇä ÇáãÞÕæÏ ÇÚÊÈÇÑåÇ ÍÑÒÇ ãä ÇáÔíÇØíä Ãæ ÇáÌä ÝáÇ ÃÚáã áåÐÇ ÃÕáÇ æåßÐÇ æÖÚ ÇáãÕÍÝ Ýí ÇáÓíÇÑÉ ááÊÈÑß ÈÐáß áíÓ áå ÃÕá æáíÓ ÈãÔÑæÚ ¡ ÃãÇ ÅÐÇ æÖÚå Ýí ÇáÓíÇÑÉ áíÞÑà Ýíå ÈÚÖ ÇáÃÍíÇä Ãæ áíÞÑà Ýíå ÈÚÖ ÇáÑßÇÈ ÝåÐÇ ØíÈ æáÇ ÈÃÓ .. æÇááå æáí ÇáÊæÝíÞ


Soalan : "Terdapat dikalangan orang yang mengantung ayat2 al-Quran dan hadith Nabi saw didalam bilik2 rumah mereka, restoran atau pejabat2. Didalam sebahagian hospital dan pejabat2 doktor juga menggantungkan ayat : "Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku" [al-Shu’ara’ 26:80] dan lain2 .... Adakah ini dianggap menggunakan tangkal/azimat yang diharamkan oleh syara', tahu akan niat disebaliknya ialah memohon berkat dan menghalau syaitan, atau mengingatkan seseorang yang pelupa dan memberi amaran kepada yang lalai? Adakah ini menyerupai penggunaan tangkal/azimat meletakkan al-Quran didalam kereta bagi mendapat keberkatan?"

Jawab Syiekh Ibn Baaz : "Jika niatnya sebagaimana yang dinyatakan iaitu memperingatkan orang atau mengajar sesuatu yang bermunafaat, maka itu tidaklah salah. Akan tetapi jika dia percaya bahawa ia (al-Quran) boleh melindungi seseorang daripada syaitan atau jin, maka aku tidak tahu akan asal perbuatan tersebut. Begitu juga didalam keadaan yang sama, tidak ada asasnya meletakkan Mushaf didalam kereta seseorang bagi tujuan melindunginya, dan perbuatan tersebut tidak dibenarkan. Tetapi jika seseorang itu meletakkan didalam kereta agar dia boleh membacanya kadangkala atau ada dikalangan penumpangnya boleh membacanya, maka ini sesuatu perbuatan yang baik, dan tidak ada salah melakukannya... WA" [Fataawa Islamiyyah, 4/29].

Permasalahan yang sama juga telah di jawab boleh Syeikh Hassanein Makhlouf, kata beliau :

Úáì Ãäå áÇ ãÇäÚ ãä Ãä íÍãá ÇáÅäÓÇä ÇáãÕÍÝ Ãæ ÌÒÁðÇ ãäå¡ Ãæ íõÚáÞ ÔíÆðÇ ãä ÇáÞÑÂä ÇáßÑíã ÃãÇãå¡ Ãæ íÖÚå Úáì ÇáãßÊÈ Ãæ Ýí ÇáÓíÇÑÉ¡ ÅÐÇ ßÇä ÇáãÑÇÏ ãä Ðáß åæ Ãä íÊÐßÑ ÇáãÓáã ÂíÇÊ ÇáÞÑÂä Ãæ íÊáæ ÝíåÇ¡ Ãæ íÓÊÍÖÑ ãÚÇäíåÇ ÈãÞÊÖÇåÇ¡ Ýíßæä Ðáß ÈÇÈðÇ áÑöÖóì Çááå æÑÖæÇäå.
"Sesungguhnya tidaklah ada tegahan manusia membawa mushaf atau sebahagian (juzu') bersamanya, atau menyangkutkan sesuatu dari al-Quran dihadapannya, atau meletakkannya di pejabat atau didalam kereta, jika apa yang dia inginkan ialah agar orang2 Islam mengingatkan ayat2 a-Quran atau membacanya, atau mengingatkan makna2nya, maka ini termasuk didalam Bab Keredhaan Allah dan Allah Redhai nya"

Beliau menasihatkan bahawa :-

æããÇ íäÈÛí ÐßÑå Ýí åÐÇ ÇáãÌÇá Ãä ÇáÞÑÂä ÇáßÑíã ÊáÒã ÕíÇäÊå æÍÝÙå Úä ãæÇØä ÇáÅåÇäÉ æÇáÊÍÞíÑ æÇáäÌÇÓÉ¡ ÝáÇ íÌæÒ ÊÚÑíÖå áãóÇ áÇ íáíÞ ÈÍÑãÊå æãßÇäÊå.
"Namun demikian, al-Quran ini hendaklah dijaga dan dipelihara (hafalan) dari kehinaan dan dari perkara yang tidak suci, maka apa2 penghinaan/ menjatuhkan kemuliaanya (defamation) tidak dibenarkan kepada sebarang perkara yang tidak sesuai dengan kemuliaan dan kedudukannya" [fatwa Islam Online. æÖÚ ÇáãÕÍÝ Ýí ÇáÓíÇÑÉ æÇáÈíÊ ááÊÈÑß. URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=27415 ].

--------------
Fatwa diatas menyentuh tentang kebenaran membawa mushaf al-Quran atau sebahagiannya (surah2 terpilih misalnya)dengan niat peringatan, penghafalan dan pembacaan. Menjadikan mushaf sebagai barang yang boleh melindungi/memberkati mereka semasa berada didalam kereta tidak dibenarkan sama sekali. Namun demikian, sebagai kitab yang mulia, al-Quran ini hendaklah dijaga sebaik2 mungkin agar tidak dihina kedudukannya sebagai Kalam Allah swt, sumber utama syariat Islam.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh thtl, dengan memaparkan terjemahan ayat2 pilihan, barulah matlamat sebagai peringatan dan dakwah dapat dilaksanakan.

:aklam, wassalam

خيرالأمين