SJ-13-0098 :Pakai "cap" (topi baseball), tali lehe

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0098 :Pakai "cap" (topi baseball), tali lehe

assalamualaikum... saya adalah ahli baru al-ahkam dan mengharapkan tunjuk ajar serta panduan daripada forumnist sekalian. saya ada beberapa kemusykilan.

1. pernah satu ketika, ketika menghadiri majlis membersihkan kubur di kampung saya, seorang daripada rakan saya telah dinasihatkan supaya membuka "cap" (topi baseball yang mempunyai sudu dihadapan) oleh seorang guru di kampung tersebut. dikatakan memakai "cap" tersebut adalah haram. untuk tidak membesarkannya, rakan saya tanpa soal mengikut nasihat tersebut. soalan saya, apa hukumnya memakai "cap" dan saya sangat2 menghargai sekiranya disertakan dalil yang mengharuskan/mengharamkan hukum tersebut.

2. saya sering mendengar tentang hukum yang mengharamkan pemakaian "bow". soalan saya apakah dalil yang mengharamkan pemakaiannya dan apa perbezaannya dari segi hukum bow dengan tali leher.

wallahualam. terima kasih...

Re: Memakai "cap" (topi baseball), tali leher dan

:wassalam

Jawab

Inilah masalahnya bila masyarakat berhadapan dgn MULLAH yang sewenang-wenangnya mengeluarkan hukum halal dan haram.

1. Hukum memakai topi baseball adalah harus lagipun ia adalah utk melindungi dari panas dan bahaya ketika kerja gotong royong. Sepatutnya ditanya mullah tu apakah dalilnya.

2. Bow dan tali leher inipun asalnya pakaian ala Barat. Orang yg mengharamkan menggunakan hadis: siapa yg menyerupai suatu kaum, termasuk dalam (kaum) itu juga. Maka siapa yg menyerupai Barat, maka termasuk dalam kaum Barat. memang ia menjadi isu bila ulama-ulamak Mesir khasnya ramai yang berpakaian Barat berbanding dgn ulama2 dari Hijaz dan Khaleej (Teluk) yang lebih tradisional.

Yang sebenarnya pakaian penyerupaan itu adalah pakaian keagamaan. Maka bow, neck tie dan jacket itu tidaklah melambangkan apa-apa agama cuma ia melambangkan keBaratan, sedangkan Barat adalah kuasa yg banyak menimpakan sejarah duka dan kezaliman kepada umat Islam. Yang agak universal dan paling dianggap biasa dipakai ialah tie dan coat. Maka pada hemat saya yg mengharamkan tie dan bow adalah fuqaha' dari latarbelakang Hijazi atau tradisonal kerana mengamalkan maksud zahir nas hadis menyerupai kaum yg bukan Islam.
:aklam