Fatwa oleh para ulama kontemporari spt Syeikh Yusuf Qaradhawi dah clear psl hukum-hakam, kemaslahatan dan kefardhu-kifayahan menghasilkan produk animasi. Cuma satu bhgn yg saya dok cari x dijelaskan dgn lebih terperinci, iaitu berkenaan dgn unsur yg x masuk akal/mustahil berlaku di alam nyata ni.
Contohnya animation, filem atau kartun psl pahlawan melayu. Katakan storyline tsb bersih drpd unsur2 pencampur-gaulan laki pompuan, pemesongan akidah, keganasan dsb, tetapi ada adegan heo terbang atau kebal/kuat giler (superhuman feats) yg diwujudkan bg menambah rencah keseronokan tsb. Adakah ini juga dilarang? TK
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Agama Islam tidak pernah menghalang kreativiti seseorang. Islam tidak boleh berkhayal semata-mata tanpa melihat kepada realiti penghidupan. Tugas mendidik dan mendakwah mestilah dilaksanakan secara selari, Fiksyen boleh digunakan bagi menyampaikan mesej dakwah dan mendidik masyarakat, terutamanya kanak-kanak.
Syiekh Atiyah Saqr rh., bekas Pengerusi Jawatankuasa Fatwa al-Azhar mengatakan :
ÝÇáãÞíÇÓ åæ ÚÏã ÊßÐíÈ ÔíÁ ËÇÈÊ¡ æÈÎÇÕøÉ ãÞÑøÑÇÊ ÇáÏíä¡ æÚÏã ÇáæÕæá Èå Åáì ÛÑÖ ÓíøöÆ Ãæ ÊÑÊÈ äÊíÌÉ ÓíÆÉ Úáíå¡ ÝÇáÅÓáÇã áÇ ÖÑÑ Ýíå æáÇ ÖöÑÇÑ.
Ringkasnya - tidak mengapa menulis cerita atau syair fiction. Beberapa syarat perlu dipatuhi :-
a. Ceritanya hendaklah mempunyai tujuan yang baik. Ada pengajaran di sebalik cerita tersebut. Tujuan akhirnya tidak boleh kearah kejahatan. eg: haiwan boleh bercakap dsb.
b. Apa-apa isu yang berkenaan dengan agama, hendaklah dikekalkan keasliannya.
Selama-mana cerita fiksyen ini tidak melanggar batas-batas agama, baik dari aspek moral, aqidah, fiqh dan sebagainya, ia dibenarkan. Kisah-kisah in juga hendak mempunyai tujuan untuk mendidik masyarakat, dan bukan membuang masa sahaja, atau hanya semata-mata ingin mengaut keuntungan. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين