SJ-13-0414 : APA MAKSUD NABI SEMPURNAKAN AKHLAK AGUNG

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0414 : APA MAKSUD NABI SEMPURNAKAN AKHLAK AGUNG

Assalamulaikum.

Ana ada soalan. Begini: Apakah maksud ayat Quran: Kamu Muhammad diutuskan demi menyempurnakan akhlak yang Agung.

Apakah dimaksudkan bahawa ia menyempurnakan akhlak umatnya yang sudah rosak ketika itu. Atau apakah ia bermaksud menyempurnakan akhlak2 yg dibawakan oleh nabi sebelum Nabi Muhammad, iaitu sebagaimana peranan nabi sebagai penutup nabi.
Jika begitu, apakah nabi dahulu tidak sempurna akhlaknya.
Atau apakah benar dikatakan nabi terdahulu hanya membawakan akhlak hanya bersesuaian dengan syariat ketika zamannya. Tetapi zaman Nabi Muhammad, baginda melengkapkan semuanya.
Contoh, syariat Nabi Muhammad mengatakan arak itu haram. Maka sesiapa yg minum akhlak adalah berdosa
dan buruk AKHLAKNYA. Akan tetapi zaman nabi sebelum nabi Muhammad syariatnya tidaklah mengharamkan arak. Jadi apakah tidak dikatakan peminum arak ketika itu tidak buruk akhlaknya. Jadi, bila nabi Muhammad datang maka arak diharamkan dan sempurnalah AKHLAK.

Harap dapat penjelasan.

SJ-13-0414 : APA MAKSUD NABI SEMPURNAKAN AKHLAK AGUNG

ÈÓã Çááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ

Ini merupakan hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad, al-Hakim sahih di atas syarat muslimdan dipersetujui oleh al-Zahabi, Imam al-Bukhari meriwayatkan di dalam al-Adabul Mufrad. Rujuk silsilah al-Sahihah al-Albani no 45.

Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÞóÇáó: ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÅöäøóãóÇ ÈõÚöËúÊõ áÃõÊóãøöãó ÕóÇáöÍó ÇáÃóÎúáÇóÞö

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi bersabda: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak yang baik.

Menyempurnakan Akhlak yang baik atau mulia satu membawa maksud menyempurnakan lagi akhlak yang sudah sedia ada di dalam masyarakat arab yang diamalkan oleh Masyarakat Jahiliyyah.

Maka ada akhlak yang baik mahmudah yang diamalkan oleh masyarakat arab antaranya pemurah, setia pada janji, berani dan sebagainya, apabaila Nabi diutuskan Nabi memperelokkan lagi akhlak-akhlak tersebut sesuai dengan syariat Islam dan membersihkan dari akhlak-akhlak yang tidak baik.

Juga yang dimaksudkan dengan menyempurnakan akhlak yang baik itu seperti yang disebut oleh Ahli Ilm ialah menyempurnakan syariat-syariat yang terdahulu.

Bila disebut menyempurnakan syariat yang terdahulu tidak bermakna membawa maksud syariat terdahulu tak sempurna dan tidak baik. Setiap Rasul membawa syariat yang tersendiri untuk kaumnya dan apabila datangnya Rasul yang baru kemungkinan sahaja syariatnya berbeza.

Maka Islam secara umumnya membawa pengertian beribadah kepada Allah dengan cara yang disyariatkan. Maka pengikut Nabi Isa contohnya mereka menyembah Allah dengan cara atau syariat yang diajar oleh Nabi Isa dan mereka dikira Islam. Begitulah seterusnya

Islam secara khusus membawa pengertian menyembah Allah dengan cara atau syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. maka sekiranya pada zaman kini ada orang yang beribadat tetapi mengikut syariat nabi terdahulu maka ianya dikira tidak Islam. Ini disebabkan Syariat Nabi Muhammad telah menasakhkan (mengganti) syariat Nabi sebelumnya.

Antara contoh yang disebutkan oleh Ulamak syariat Nabi Muhammad s.a.w. menyempurnakan syariat terdahulu dalam masalah Qisas

Sekiranya ada seorang yang melakukan jenayah kepada seorang yang lain, adakah dikenakan Qisas atau pun tidak?

Syariat Yahudi menyatakan wajib dikenakan Qisas dan waris tidak ada hak untuk memaafkannya

Syariat Nasara sebaliknya iaitu wajib memaafkannya

Tetapi Syariat kita yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. lengkap dari dua sudut. Sama ada hendak dilaksanakan atau dimaafkan. Dilaksanakan untuk keadilan dan memberhentikan jenayah. Dan dimaafkan sebagai ihsan dan kemaafan daripada waris. Maka syariat kita Alhamdulillah sempurna da menyempurnakan

Wallahu a’lam