SJ-2058: Takrifan Zina

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2058: Takrifan Zina

Assalamualaikum

Baru baru ini saya telah menerima panggilan telefon dari seorang perempuan, yang bertanyakan tentang masalah zina iaitu dalam suatu keadaan di mana lelaki dan perempuan telah bertelanjang tetapi tidak ada sebarang perlakuan di mana zakar memasuki faraj, dan disahkan perempuan itu masih ada dara. Beliau ingin tahu tentang hukum dalam Islam adakah dikira zina, dan hukumannya serta bagaimana jika ia berlaku di dua keadaan di mana perempuan itu dalam keadaan tidak sedar dan keadaan yang lain pula ia berlaku dengan suka sama suka. Harap dapat memberi jawapan yang tepat dan padat [email]shaharen@pusrawi.com.my[/email]

    Re: SJ-2058: Takrifan Zina


    Kami di Ahkam sentiasa akan memberi jawapan yg tepat dan padat sedaya upaya yg mungkin, IA.

    Zina dari definasi empat madzhab utama ASWJ:
    Syafi'iy (AsySyirazi. alMuhadzab, 2/66), Hanafi (alKasani, Bada'iy, 7/33), Hanbali (Ibn Qudamah, alMughny, 9/54), Maliki (alDusuki, Hasyiah, 4/313) menyimpulkan definasi zina ialah persetubuhan haram yg disengajakan. Ia ada dua unsur:
    1. Persetubuhan (fizikal) haram
    2. Niat jahat (sengaja melakukan)
    Maksud/huraian:
    Persetubuhan haram itu ialah bila berlaku kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan. Jika zakar tidak masuk, maka ia dinamakan muqaddimah zina atau khalwat (istilah Malaysia) dan boleh dikenakan hukum takzir (budibicara Hakim)
    Maksud niat jahat ialah keduanya secara sengaja melakukan zina tersebut tanpa ada unsur paksaan atau gila atau tidak sedar. Jika ia berzina dalam keadaan tidak sedar, misalnya perempuan itu diberi makan pil khayal, maka ia bukan zina.
    (Zakaria Ansari, Asna almatalib, 4/125; Hasyiah alDasuki, 4/413) WA