SJ-2393: Qunut Nazilah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2393: Qunut Nazilah

Assamualaikum,

Qunut Nazilah :

1) Bagaimanakah bacaan qunut Nazilah?

2) Bolehkah saya membacanya pada setiap solat fardhu dengan tujuan untuk mendoakan kecelakaan ke atas musuh-musuh Islam yang menyerang umat Islam diseluruh dunia terutamanya di Iraq pada masa ini ?

3) Bolehkah saya mengerjakan didalam solat sendirian?

Wassalam.

Re: SJ-2394: Qunut Nazilah

:wassalam
1. Qunut Nazilah bermaksud do'a yg dibaca pada raka'at terakhir solat selepas bangkit dari ruku' setelah membaca tasmi'. Nazilah bermaksud musibah yg melanda/menimpa umat Islam. Dalilnya:
dari Anas, Nabi saw tidak berqunut melainkan apabila hendak mendo'akan kebaikan bagi satu kaum atau kecelakaan atas sesuatu kaum" (Sahih Ibn Khuzaymah 1/314)
1. Bagaimana bentuk bacaannya:
Do'a Qunut nazilah tidak dikhususkan kerana musibah ini berubah-ubah dari masa kesemasa. Misalnya Amriqi dan Britania tidak ujud di zaman silam. Ia boleh disusun oleh pejabat Mufti dan disibarkan kepada takmir Imam-imam.
Contoh-contoh format itu ada dalam kitab2 hadis atau kitab kompilasi Azkar dan Do'a, misalnya: Kitab alAzkar lil Nawawi, terdapat hadis2 dalam sahih Muslim (no 675), sahih Ibn Hibban (no 1986) Sunan Abu Daud (no 1442) Musnad Ahmad (no 7455)
2. Boleh membacanya pada solat lima waktu. Dalil: Dari Ibn Abbas, ra," RasuluLlah saw pernah Qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zuhr, Asr, Maghrib, Isya' dan Subuh pada akhir tiap2 solat.." (Sunan alBaihaqee alKubra: no 2919; Sunan Abu Daud no 1443)
3. Q-Nazilah hendaklah dilakukan secara berjama'ah (dalil: "alhadis:"solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat."
Imam Ahmad (Musnad: 2/155) Qunut ini dianjurkan untuk Imam sahaja. WA