SJ - 3044: [U] Waris dan wasiat (Lihat SJ3039)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3044: [U] Waris dan wasiat (Lihat SJ3039)

:salam

Terlebih dahulu, minta maaf kalau soalan di bawah mengelirukan.
Soalan saya adalah seperti berikut:-

1) Jika si adik diberi amanah untuk mewarisi 40% daripada jumlah wang KWSP oleh si kakak untuk anak-anak beliau sehingga mereka berumur 18 tahun, adalah wajib si adik menunaikan amanah tersebut.
:confused: Tapi, adakah pembahagian itu (kepada 2 orang anak lelaki dan seorang perempuan yang berlainan umur) perlu mengikut hukum faraid? Atau, diserahkan sebahagiannya kepada anaknya yang sulung, yang mana telah mencapai umur 18 tahun terlebih dahulu? Boleh tolong terangkan?

2) Sekiranya, Kakak A selalu berpesan secara berseloroh (untuk mengingatkan anak-anaknya) kepada anaknya supaya berjimat-cermat agar bila Kakak A meninggal dunia, anak-anaknya akan tinggal dengan Adik A. Oleh itu, anak-anak kepada Kakak A tidak akan menyusahkan Adik A. :confused: Adakah ini jatuh sebagai wasiat Kakak A kepada Adik A dan anak-anak Kakak A sekiranya, Kakak A benar-benar meninggal dunia?
Jika ya, adakah Adik A wajib menunaikannya walaupun anak-anak Kakak A masih mempunyai Ayah?

Terima Kasih dan
:wassalam

:srug

Re: SJ - 3043: [U] Waris dan wasiat (Lihat SJ3039)

:wassalam
Jawab:
1. Prosedur penamaan KWSP itu bukanlah wasiat tapi amanah. Hukum yg benar ialah pesaka berupa wang KWSP itu hendaklah difaraidhkan. Ini kerana hukum faraidh telah menasakhkan hukum wasiat. Dalilnya: HR Abu Daud dan atTermidzi, " Tiada wasiat bagi ahli waris." Ayat2 Warisan telah menasakhkan ayat2 wasiat. (tafsir alMaraghi pada tafsiran ayat alBaqarah: 180)

2. Penjagaan anak2 A dinamakan Hadhanah. Jika si A meninggal dunia, maka tertib penjagaan anak2 itu di lihat pada usia kanak-kanak. Urusan hadhanah ini bukan perlu wasiat, tapi sudah ada tertibnya dalam kitab2 fiqih. Selalunya akan ada perebutan utk menjaga kanak2 itu dan mahkamah syari'ah akan menentukannya jika ada bantahan dan tuntutan. WA