:salam
Adakah Nabi S.A.W. atau Sahabat-Sahabat mengerjakan Salat Qiam Al-Lail selepas Salat Terawih seperti yang dilakukan ketika ini dimesjid-mesjid?
Terima Kasih.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr Tengku dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Nabi saw menghidupkan malam khususnya 10 malam terakhir Ramadhan, malah beliau mengejutkan ahli keluarganya bersama. Disini kami ingin memetik fatwa yang telah dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi sebagai menjawab persoalan diatas :-
Pertama : Rasulullah saw bersungguh-sungguh pada malam 10 terakhir Ramadhan tidak seperti bulan-bulan yang lain dengan SOLAT, MEMBACA AL-QURAN dan BERDO'A, sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, dari A'isyah ra. bahawa Nabi saw : (Apabila masuk 10 malam terakhir, baginda menghidupkan malam dan membangunkan keluarganya dan mengetatkan pinggang) dan dari Ahmad dan Muslim (Beliau bersungguh-sungguh di 10 malam terakhir dan tidak seperti dibulan yang lainnya).
Kedua :Nabi saw menganjurkan Qiam pada malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan. Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. dari Nabi saw bersabda : (Barangsiapa yang berSolat pada malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan telah diampunkan dosanya yang telah lalu) - riwayat jama'ah kecuali Ibn Majah, dan hadith ini menjadi dalil kebenaran menghidupkan malam dengan Qiam.
Ketiga :Adalah Afdal berdoa dimalam Al-Qadr sebagaimana yang dilakukan oleh A'isyah ra. dengannya, telah diriwayatkan oleh Al-Tirmudzi dan Sahihnya, dari A'isyah ra berkata : (Aku berkata : Ya Rasulullah saw, jika aku melihat dan mengetahui mana-mana malam Al-Qadr apa yang perlu aku kata ? Sabda Baginda : Katakan : 'Allaahumma Innaka 'afuuu tuhibbul 'afwaa fa'fuanni' [Ya Allah sesungguhnya engkau pengampun dan suka kepada keampunan, maka ampunlah daku].
---------------------
Fatwa diatas jelas menunjukkan bahawa Nabi saw menghidupkan malam terakhir bukan sahaja dengan Qiam Al-Lail, akan tetapi dengan membaca Al-Quran dan juga berdo'a. Jika masjid-masjid tersebut melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw, maka itulah sebaik-baik ikutan. Apa yang ditegah oleh syara' ialah, terdapat juga dikalangan masjid atau surau mengadakan Ihtifal atau sejenis sambutan Malam Al-Qadr. Menurut fatwa tersebut :
"maka bagi sebahagian yang melakukan perayaan pada malam ramadhan, tidaklah kami ketahui akan asalnya, sebaik-baik hidayah adalah petunjukkan Nabi Muhammad saw, dan seburuk-buruk perkara dalah mengada-adakannya".
wallahu'alam, wassalam
============= Rujukan :
1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 10. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000. ms 413-414.
wa'alaikumussalam. Ramadhan Mubarak!
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr Tengku dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Nabi saw menghidupkan malam khususnya 10 malam terakhir Ramadhan, malah beliau mengejutkan ahli keluarganya bersama. Disini kami ingin memetik fatwa yang telah dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi sebagai menjawab persoalan diatas :-
---------------------
Fatwa diatas jelas menunjukkan bahawa Nabi saw menghidupkan malam terakhir bukan sahaja dengan Qiam Al-Lail, akan tetapi dengan membaca Al-Quran dan juga berdo'a. Jika masjid-masjid tersebut melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw, maka itulah sebaik-baik ikutan. Apa yang ditegah oleh syara' ialah, terdapat juga dikalangan masjid atau surau mengadakan Ihtifal atau sejenis sambutan Malam Al-Qadr. Menurut fatwa tersebut :
wallahu'alam, wassalam
=============
Rujukan :
1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 10. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000. ms 413-414.
خيرالأمين