Kalo telinga termasuk air, salah satu cara nak keluarkan air tu ialah dengan memasukkan sedikit air lain ke dalam telinga supaya air yang tersumbat dalam telinga tadi keluar, soalnya bolehkah time puasa kita buat begitu? Adakah kalo air termasuk ke dalam telinga (rongga), kita patut biarkan sahaja? kalo tak selesa? :srug
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
al-ahkam tidak menafikan terdapat pendapat yg mengatakan apa sahaja yg masuk dalam rongga badan, sekalipun selain mulut dan hidung, adalah membatalkan puasa. Bahkan jika kite meneliti kitab2 fiqh, kita akan dapati perkara yg membatalkan puasa melebihi 50 perkara. Sehinggakan ada yg berpendapat jika seseorang itu sedang membuang air besar, tiba2 najis itu masuk semula ke dalam(mungkin kerana sembelit), maka batallah puasa. Kebykannya diqiaskan hidung hadis berikut kpd rongga yg lain:
[="darkblue"]“Sempurnakanlah wudhu’, usaplah sela2 jari tanganmu dan sungguh2lah ketika membasuh hidung kecuali engkau berpuasa.”[HR Abu Dawud, At-tirmidzi, Ibn Majah, An-Nasa’I, Ibn Hibban dan Hakim] [/]
Pertama sekali kita cuba lihat definisi puasa terlebih dahulu. Puasa menurut syara’ bermaksud menahan dan mencegah diri secara sedar dari makan, minum, bersetubuh dgn perempuan dan hal2 semisalnya, selama sehari penuh. Yakni dari kemunculan fajar hingga terbenam matahari dgn niat memenuhi perintah dan taqqarub kpd Allah swt. Dalilnya:
“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan istri-istri kamu. Mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu sedang kamu ber-i'tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.” (QS. 2:187)
[="darkblue"]“Dia meninggalkan makanannya keranaKu, menginggalkan minumannya krnKu, meninggalkan syahwatnya krn Ku dan meninggalkan isterinya krnKu.”[HR Ibn Khudamah] [/]
Sekrang kita cuba teliti pula hadis mengenai istinsyaq(masukkan air ke dlm hidung) di atas. Hadis di atas tidak diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Namun Bukhari ada meriwayatkan hadis y lebih kurang sama tetapi tidak terdapat ayat; “kecuali engkau berpuasa.” Bahkan Bukhari berpendapat, tidak dibezakan antara puasa ataupun tidak.
Sebhgn fuqaha berpendapat memasukkan air kedalam hidung sekalipun secara berlebihan, tidaklah membatalkan puasa. Ini merupakan pendpt Hasan al-Bashri, Ahmad, Ishaq dan Abu Tsaur.
Sekalipun kita menerima pendpt istinsyaq itu membatalkan puasa, apakah boleh dia diqiaskan kpd rongga2 yg lain. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam fiqhus siyyam mengatakan tidaklah boleh diqiyaskan hidung dgn rongga yg lain. Krn illatnya tidak sama. Masuknya air ke dalam hidung membolehkan seseorang itu kenyang krn berhubungnya antara mulut dan hidung. Adapun telinga tidak. Kalau kita memasukkan air ke dalam telinga, tidak akan sampai ia ke dalam perut. Lagipun dalam hal ibadah, asalnya kita berpedoma kpd nas, tidak memperluaskan analogi, sedangkan hadis ini datang bertentangan dgn prinsip asal persoalan puasa. Ini juga merupakan pendapat Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah.
Kesimpulannya, memasukkan sesuatu ke dalam telinga tidak membatalkan puasa. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
Jawapan Ust G telah diTas-hih