Sumber Rujukan Islam Anda..
Soaljawab Islam
SJ-05-0076 : Membaca surah An-Nas di awal solat |
:salam Kedapatan ramai para imam atau individu memulakan solat (sebelum takbir) dengan mambaca Surah An-Nas . Adakah ini tuntutan sunnah ? Terima Kasih. |
SJ-05-0077 : doa solat istikharah |
:salam ustaz, saya nak tanya...bolehkah kita menyebut nama lelaki(calon suami) dalam doa istikharah? boleh tak ustaz berikan doa solat istikharah yang sahih dalam bahasa arab dan terjemahannya sekali? wassalam |
SJ-05-0075 : Solat Asar di waktu Maghrib |
:salam Saya keluar dari tempat kerja pada jam 6.00 petang dan memandu balik ke rumah. Tapi tak sembahyang Asar lagi . Dalam perjalanan pulang berlaku kesesakan lalulintas yang teruk dan tak dapat keluar dari lebuhraya Persekutuan. Saya hanya dapat keluar dari kesesakan tersebut setelah masuk waktu Maghrib. ( Sepatutnya saya solat Asar dahulu di tempat kerja ) Apakah status solat Asar saya ? Apa yang semestinya saya lakukan ? Terima kasih. |
SJ-13-0132 : Minta tolong : semak hadith |
:salam Ahli Panel yang dihormati :8: Saya ingin bertanya perkataan ini, saya tak pasti adakah ianya hadith, atau hanya kata2 ulama'. Kalau sekiranya ianya hadith, boleh tak dinyatakan statusnya dan siapakah perawinya. |
SJ-05-0074 : Terlepas waktu Solat |
:salam Saya bekerja di Shah Alam , ingin pulang ke rumah pada pukul 7 petang . Kebiasaannya saya boleh tiba di rumah pada pukul 7. 30 malam dan bersolat Maghrib di rumah. Namun pada suatu hari berlaku kesesakan lalulintas yang teruk . Saya tiba di rumah pada jam 9 malam. Soalan : Apakah status Solat Maghrib tersebut ? Apa yang patut saya lakukan ? Terima kasih. |
SJ-13-0109 : Sunat pada menamakan anak |
Mohon ahli panel tahqeeq hadis dibawah, 1)Sabda rasulullah ertinya: Jika seseorang dikaruniai empat orang anak lelaki tetapi tidak menamakan satupun dari anak-anaknya itu dengan namaku, berarti dia telah membenciku. Al-Kafi-hadis ke-6(Tarbiyatul Aulad) Dan sedikit persoalan, menurut sesetengah ulama' syafie, menamakan anak dengan nama Muhammad adalah sunat, bagaimana pula dengan pandangan madzhab lain. |
SJ-12-0089 : Mengandung & Air Selusuh |
Assalamualaikum wbt, 1) Isteri ana mengandung 9 bulan, dan beberapa ustazah dan adik beradik ana sering menasihatkan zaujah untuk mengamalkan kaifiat air selusuh, iaitu air yg dibaca beberapa ayat daripada ayat2 alquran dibuat selepas solat hajat. Air ini harus diminum dan disapu pada perut, moga dengan izin Allah proses bersalin akan dipermudahkan Allah. |
SJ-08-0025 : pandangan kibar muhaddith: Hikmah Puasa |
a`kum kpd fadhilah ustaz, |
SJ-11-0033 : Kerja cuci lantai di kedai jual benda haram |
assalamualaikum.. Saya memohon jasa baik ahli panel menasihati saya tentang perkara ini. |
SJ-05-0073 : Saf Imam wanita |
Assalamualaikum.. berikutan kes Aminah Wadud, banyak artikel yang ditulis. saya nak bertanya kepada panel al-ahkam adakah betul imam wanita bagi kaum wanita hendaklah duduk didalam saf yang pertama. tidak seperti imam lelaki yang berada seorang dihadapan makmun saf pertama. Hal ini adalah menurut artikel yang saya baca dari lama web jakim. penulis tersebut menyebut begitu.jadi mintak panel fiqh dalil perbuatan demikian.. jazakallah khair..wslm |
SJ-12-0091 : membenci bapa yg meninggalkan keluarga |
:salam |
SJ-13-0115 : ijazah bersanad Al fatihah |
Assalamu alaikum, Tump-ang tanya, 1. apakah amalan penerimaan al-quran @ satu2 surah nya secara 2. bagaimana kiranya bila seseorang itu mengenakan upah @ 'charge' Wallahu a'lam. wassalam. |
SJ-13-0119 : Anak yang melukis |
Assalamualaikum, Jazakallahu Khairan kasira. |
SJ-11-0035 : trading account |
:salam sebuah syarikat bank menawarkan online stock trading. Tapi utk memulakan online trading kena ada akaun dgn syarikat bank tersebut. Akaun tersebut ialah akaun konvensional. Menurut eksekutif bank tersebut, jika jumlah dlm akaun di bawah RM5000, interest tidak akan dibayar. Setakat ini islamik akaun utk online trading belum ditawarkan lagi katanya. |
SJ-11-0037 : KERJA DI SYARIKAT YG KUAT RASUAH??? |
:salam Seorang anak bekerja dgn bapanya sebagai salah seorang pengurusan atasan sebuah syarikat. Bapanya mendapat pelbagai projek daripada kawan2nya di sektor kerajaan dgn pelbagai hadiah dan habuan diberi kepada rakan2nya yg menolong memberi projek. 1) Apakah hukum anak tersebut bekerja di syarikat tersebut walau tanpa terlibat dgn aktiviti 'hadiah/habuan' / rasuah? Gajinya halalkah? 2) Bagaimana dgn wang pemberian bapa tersebut kepada cucu2nya? Halalkah pemberian tersebut? |