Soaljawab Islam

SJ - 3102: {G} Anak angkat yang Soleh

:salam
Menurut satu hadith, amalan kita akan terhenti apabila kita mati kecuali tiga, salah satu daripadanya ialah doa anak yang soleh. Persoalannya, jika seseorang itu tidak mempunyai anak kandung tetapi mempunyai anak angkat yang dididik dengan baik, bolehkah ia tergolong dalam yang disebutkan oleh hadith tersebut? TQ

SU-00192: Bersugi Vs Berus Gigi

:salam
Adakah sama pahala bersugi dengan kayu sugi dan memberus gigi seperti biasa?

terima kasih.

SJ - 3076: [U] Jamak/Qasar bila byk persinggahan

assalamualaikum,
saya ingin bertanya lebih lanjut lagi tentang perkara solat Jamak/Qasar ini. Saya bekerja di Batu Pahat (Johor) dan telah bekerja di sini lebih kurang 2 tahun. Kg halaman saya adalah di Sabak Bernam, Selangor. Biasanya apabila memandu, saya akan singgah dan bermalam di Klang,selangor sebelum terus pulang ke kampung.Persoalannya :-

i) Bolehkah saya melakukan jamak/Qasar solat di kedua2 tempat ini, iaitu klang dan juga sabak bernam(jarak keduanya 120km).

SJ - 3077: Rampai perihal aurat

:salam
Q1. Jika seseorang itu menutup auratnya semata-mata kerana mengikut perkembangan fesyen terkini dan tidak terlintas padanya untuk melakukannya kerana Allah, adakah beliau mendapat pahala ibadat atas perbuatannya itu?
Q2. Jika seseorang itu bekerja dalam keadaan mendedahkan aurat dan mendedahkan aurat adalah antara sebab mengapa beliau mendapat pekerjaan itu, (eg. pramugari atau penyanyi) bolehkah rezekinya dikatakan sebagai rezeki yang halal?

SJ - 3070 : Lip Balm

:salam

Disini saya ada satu soalan ringkas. Boleh ka kita menyapu LIP BALM or lip mosturizer pada bibir, terutamanya bila bulan puasa jatuh pada musim sejuk/winter dimana bibir selalunya merekah-rekah (blistering). JZK

:bunga

SJ – 3085 : APAKAH “ FIQH ad-DAKWAH “ ITU ?

:salam

Tolong huraikan apakah dia fiqh dakwah.

SJ - 3071: Tarawih..

assalammualaikum..

sayer ingin tahu apakah niat untuk sembahyang tarawih..
adakah boleh diucap dalam BM..?
apakah perkara wajib dan perkara sunat yang mesti dan boleh dilakukan didalam solat tarawih..?
tolongla jawap agar hilang kemusykilan sayer nie..

terima kasi kerana membantu..
selamat berpuasa..

SU-00188: suntikan ubat dan inhaler

Assalammualaikum wbt..
saya ingin bertanya, saya pernah dengar org mengatakan bahawa adalah batal puasa kita apabila disuntik ngan ubat...betulkah?? dan satu lagi, bagi pesakit asma, mereka perlu menggunakan 'inhaler' untuk mengurangkan rasa semput, dan benda itu akan disemburkan ke dalam mulut..adakah akan terbatal puasa apabila menggunakan 'inhaler'? sekian

barakallahufikdaiman...

SJ - 3068: [Z] Asal Usul Perkataan Tarawikh

Assalamu'alaykum wmt wbrkt.

Bolehkah ahli panel al-ahkam terangkan asal usul perkataan tarawikh ini. Berdasarkan hadith sholat sunat ini dikenali sebagai "qiyyamu ramadhan".

Wassalam.

SJ - 3072: [G] Fiqh puasa (Haidh)

assalamualaikum....
saya nak tanya ttg hukum puasa nih bagi wanita... contohnya seorang wanita telah berpuasa di bulan Ramadhan selama 5 hari selepas tu dia suci dan teruskan menunaikan puasanya...selama 4 hari .... keesokkanya haidnya didapati ada semuladan berlanjutan 3 hari.... bagaimana dia harus menggantikan puasanya itu...adakah dia harus ganti 8 hari sahaja atau 12 hari hari... saya inginkan jawapan secara... jawapan boleh diantar ke email saya [email]dhi78@yahoo.com[/email]

SJ - 3097: [Z] Danial: Nabi or Wali ?

:salam

Di sini saya ada kemusykilan sedikit.. Adakah Nabi Danial ini Wali atau nabi? ada seorang teman saya bertanyakan soalan ni. saya kurang pasti macam mana nak jawab sebab saya sendiri kurang faham. Kalau ada antara ustaz2 yang sudi menerangkan sedikit perihal perkara ini pada saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. JZK

SJ - 3089: SJ - 3060 (Bah 2): [Z] Berlaku curang dengan baka

:salam

Menurut kedua 2 belah pendapat terdapat 2 perbezaan yg nyata iaitu boleh dan tidak boleh.

Namun perlu juga walaupun ada kelonggaraan dalm fiqh utk memilih hukum tetapi perlu kita halusi applikasinya. Jika boleh kawinlah dia dengan anak mentua yang telah dizina maka akan terdapat permasalahan dalam meneruskan hubungan keharmonian kekeluargaan disebabkan itu kedua imam itu melarang.

SJ - 3074: [G] Hukum Berbuka Puasa Bagi Wanita Hamil / Menyu

Assalamualaikum Sahabat

Saya ingin bertanya persoalan berbuka puasa bagi wanita yang hamil atau menyusukan anaknya. Sepanjang pengetahuan saya, wanita yang hamil atau menyusukan anaknya dibolehkan berbuka puasa / tidak berpuasa pada bulan Ramadhan kerana bimbangkan kesihatan anaknya.

SU-00200: SOLAT JEMAAH KEDUDUKAN SAF

Anak lelaki berusia 8 tahun, telah berkhatan sudah mumayiz tapi belum baligh. Dua anak perempuan yang sudah baligh serta isteri.Apakah betul kedudukan saf,jika kami sembahyang berjemaah dan saya menjadi iman diikuti dgn anak lelaki saf pertama dan 2 anak perempuan serta isteri di saf kedua. :wassalam

SJ - 3086 : jodoh

assalamualaikum

1. Bolehkan sepupu berkahwin sepupu? ayah perempuan adalah abang kepada ayah si lelaki. ayah dan bapa saudara adik beradik

2. adakah fenomena dimana jodoh seseorang itu telah meninggal? contohnya meninggal dunia ketika kecil. dia tidak kahwin selama-lamanya. bukankah setiap orang mempunyai jodohnya yang tersendiri.

terima kasih