Soaljawab Islam

SJ-2327: Harga jualan Barangan (untung maksima)

Assalamualaikum…

Benarkah terdapat larangan dalam Islam kepada para peniaga supaya menjual barangan mereka dengan mengambil keuntungan tidak melebihi 100 % daripada barang yang dijual? WA

SJ – 2320 : PERSOALAN HANTU-SETAN LAGI

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Lanjutan daripada soalan ana tempoh hari berkenaan dengan persoalan hantu dan roh… bukanlah begitu sebenarnya yang ana maksudkan untuk bertanya…..

SJ-2326: Pekerja yg tidak Amanah

Assalamualaikum…
Seseorang guru merupakan kakitangan kerajaan yang bekerja dan dibayar gaji oleh pihak kerajaan mengikut jumlah waktu, dan masa yang telah ditetapkan….

Soalannya… jikalau guru tersebut tidak mematuhi waktu dan masa tersebut, bukankah dia telah dikira melanggar amanah? Dan adakah disebabkan itu, maka gaji yang diterimanya juga adalah haram? Jika ya, kepada siapakah dia harus memohon maaf atas kesalahan tersebut?

SJ-2323: Berlebih-lebihan dlm Wudhu' dan Do'a

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Sahihkah hadis – “akan tiba suatu umat yang berlebih-lebihan dalam wudhu’ dan doa”
Jika ya, bagaimana pendapat ustaz dengan kebanyakan Muslimin pada hari ini yang gemar memanjangkan doa mereka? WA

SJ – 2321 : BERGURU DGN BUKU = BERGURU DGN SYAITAN ?

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Sahihkah pendapat yang mengatakan… “berguru dengan buku/kitab itu sama dengan berguru dengan SYAITAN” ?……atau ia adalah hadis…?

WA

SJ – 2322 : ASMAUL HUSNA ( 99 NAMA ALLAH YANG MAHA INDAH )

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Berkenaan dengan 99 asma’ul Husna… siapa yang mengumpulkan kesemua 99 nama Allah tersebut? Atau sememangnya pernah dinyatakan oleh Rasulullah sendiri melalui hadisnya? WA

SJ – 2319 : ISYARAT KE ATAS = ‘ARASY ALLAH TA’ALA ?

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Kalau kita membicarakan sesuatu berkenaan dengan Allah….spt “semua ni kuasa Tuhan…” biasanya seseorang itu akan menunjukkan jari dan tangannya kea rah langit… Bolehkah begitu? Adakah arasy itu dirujuk berada di “atas” !? Macam mana ni….!?

SJ – 2318 : MENGAPA BERMATA JULING ?

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Sahihkah hadis yang mengatakan apabila seseorang lelaki itu mendatangi isterinya daripada belakang, maka anak yang dilahirkannya adalah juling?

SJ-2314: Susulan SJ-2308 (Sujud Sahwi)

:salam

Terima kasih kerana menjawab soalan2 sebelum ini. Cuma ada beberapa kemusykilan lanjut dari situ.

1.Tentang jawapan tuan mengenai sujud sahwi:

c. Sujud sahwi kerana meninggalkan sesuatu sunat solat
Dalil: Subulus Salam (1:285 dari Tsauban) "setiap kelupaan itu dua sujud." (Abu Daud)

Q1: adakah maksud di sini sunat ab'ad sahaja atau termasuk juga sunat2 hai'ah?

2. Tentang makmum tak sempat menghabiskan fatihah dan imam telah sujud:

SJ-2313: Nama seperti Abdul Rasul, Abdul Nabi dan sepertinya

(1) Telah dilaporkan di dalam sebuah media bahawa seorang panglima mujahidin Afghanistan yang bernama Abdul-Rasul Sayyaf telah menukar nama beliau kepada Abdur-Rabb Sayyaf untuk menyesuaikannya dengan ajaran Islam. Ini berlaku semasa beliau berdamping dengan mujahidin Salafi dari Arab Saudi seperti Osama bin Laden. Kenapakah nama seperti tersebut dianggap tidak Islamik oleh Osama bin Laden ?
(2) Bagaimana pula dengan nama seperti Azim, Aziz, Hakim yang tidak dimulai dengan `Abdul'.

SJ – 2315 : CARA MEMBETULKAN SOF & MASALAH KELUAR 3 HARI

Assalamualaikum Wmt Wkt, Jkk atas jawaban ahli panel THTL yang terdahulu,

1. Bagaimana cara meluruskan sof solat yang sebenar mengikut sunnah...ada yang kata meluruskan sof dengan melihat tumit kaki dan ada yang kata dengan meluruskan ibu jari semua jamaah.....

2. Benarkan keluar 3 hari, atau 40 yang JT buat berdasarkan sunnah Rasul dan sahabat yang keluar meninggalkan Semenanjung Arab...jadi kita kena ikut jugalah sebab Nabi dan Sahabat buat macam itu?

Wassalam

SJ – 2316 : HUKUM MEMPELAJARI TAJWID

:salam

Apakah hukumnya jika seseorang itu tidak pandai membaca Al-Quran, jika org tersebut sudah berumur adakah masih wajib keatasnya. Ada pihak menyatakan belajar membaca Al-Quran itu tidak wajib, tetapi apabila hendak membaca Al-Quran mempelajari Tajwid itu wajib :confused:

Wallahualam

SJ-2312: "Perang armageddon"

:salam
Saya ingin meminta pendapat ustaz berkenaan "perang armageddon".... ini :svet

SJ-2311: Islam Kaffah

:salam

Surah al-Baqarah ayat 208 ada perkataan "as-silmi" dan "kaaffatan". Kebiasaannya diterjemahkan sebagai "...masuklah Islam secara menyeluruh..."
Permintaan saya boleh tak diterangkan secara detail mengenai perkataan "as-silmi" dan "kaaffatan".

Sekian. :wassalam

SJ-2310: [U] Hukum Talfiq

:salam

Bercakap pasal soal talfiq ini, saya ada beberapa persoalan. Adakah hukum talfiq ini wujud semasa zaman Rasulullah s.a.w. atau pun ketika zaman imam-imam mujatahid itu sendiri? Sekiranya tidak, siapakah yang menetukan hukum talfiq ini dan bila? Dan berdasarkan dalil yang mana?