Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Shohor dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
1. Mungkin sdr maksudkan ialah selepas bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam. Syeikh Nasyiruddin al-Albani menyebut didalam Ringkasan Solat Nabi bahawa selepas selesai membaca Tashahud akhir :-
"Kemudian hendaklah membaca do'a untuk dirinya mana2 lafaz yang sesuai, sebagaimana yang diriwayatkan dari al-Quran dan sunnah. Terdapat banyak sekali do'a yang baik, dan jika dia tidak mengetahui akan do'a2 tersebut, berdo'alah dengan apa2 yang mudah, bagi perkara yang bermunafaat untuk dirinya dan agamanya, atau dunianya" [Talkhis Sifat Solat Nabi saw, #176].
Syarat membaca do'a hendaklah didalam Bahasa Arab, kerana seseorang itu masih lagi didalam solat. Menurut Shaykh Abdul Karim al-Khudayr :-
"Do'a didalam bahasa inggeris atau lain2 bahasa dibenarkan di luar solat, dan didalam solat tidak boleh menggunakan bahasa yang lain melainkan bahasa Arab menurut Jumhur ulama'".
Ibn Taimiyah rh mengatakan boleh bagi sesiapa yang tidak mampu berbahasa Arab, boleh membaca do'a didalam bahasa apa yang diketahuinya diluar solat (Majmu' al-Fataawa, 22/488-489).
Anda boleh merujuk kepada url dibawah ini untuk penjelasan lanjut :-
2. Kedudukan jari telunjuk berbeza mengikut Mazhab, akan tetapi sahih nabi mengerakkan jari telunjuknya semasa solat. Diantara pandangan ulama' :-
a. Mazhab Hanafi - mengerakkan jari telunjuk semasa perkataan "LA" didalam ayat "Ashadu..."
b. Mazhab Syafie - .semasa membaca "illa Allah"
c. Mazhab Maliki - mengerakkan jari telunjuk kekiri dan kekanan sehingga selesai solat
d. Mazhab Hanbali - menunjukkan jari semasa menyebut nama Allah tanpa mengerakkannya.
Bagi merumuskan kedudukan jari telunjuk didalam Tashahud, disini kita memetik Ringkasan Sifat Solat Nabi karangan Syeikh Nasyiruddin Al-Albani :-
- Hendaklah menggengam tangan kanan dan menemukan ibu jari dengan jari tengah.(æíÞÈÖ ÃÕÇÈÚ ßÝå Çáíãäì ßáåÇ , æíÖÚ ÅÈåÇãå Úáì ÅÕÈÚå ÇáæÓØì ÊÇÑÉð )
- [Ibu jari dan jari tengah] akan membentuk seperti bulatan (æÊÇÑÉð íõÍáóøÞ ÈåãÇ ÍáÞÉð)
- Jari telunjuk hendaklah mengadap qiblat (æíÔíÑ ÈÅÕÈÚå ÇáÓÈÇÈÉ Åáì ÇáÞöÈáÉ )
- hendaklah dia melihat kearah jari telunjuk (æíÑãí ÈÈÕÑå ÅáíåÇ)
- mengerakkan jari, melakukannya semasa do'a, dari tashahud sehingga selesai (æíÍÑßåÇ íÏÚæ ÈåÇ ãä Ãæá ÇáÊÔåÏ Åáì ÂÎÑå .) - perbicaraan mengenai mengerak2 jari telunjuk ini panjang. Sila rujuk kepada URL : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=11555 (Studi berkaitan jari telunjuk ketika Tasyahud).
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Shohor dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
1. Mungkin sdr maksudkan ialah selepas bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam. Syeikh Nasyiruddin al-Albani menyebut didalam Ringkasan Solat Nabi bahawa selepas selesai membaca Tashahud akhir :-
Syarat membaca do'a hendaklah didalam Bahasa Arab, kerana seseorang itu masih lagi didalam solat. Menurut Shaykh Abdul Karim al-Khudayr :-
Ibn Taimiyah rh mengatakan boleh bagi sesiapa yang tidak mampu berbahasa Arab, boleh membaca do'a didalam bahasa apa yang diketahuinya diluar solat (Majmu' al-Fataawa, 22/488-489).
Anda boleh merujuk kepada url dibawah ini untuk penjelasan lanjut :-
SJ - 2894 : Doa ketika Sujud and Sebelum Salam
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=17686&highlight=doa+bahasa+arab
2. Kedudukan jari telunjuk berbeza mengikut Mazhab, akan tetapi sahih nabi mengerakkan jari telunjuknya semasa solat. Diantara pandangan ulama' :-
a. Mazhab Hanafi - mengerakkan jari telunjuk semasa perkataan "LA" didalam ayat "Ashadu..."
b. Mazhab Syafie - .semasa membaca "illa Allah"
c. Mazhab Maliki - mengerakkan jari telunjuk kekiri dan kekanan sehingga selesai solat
d. Mazhab Hanbali - menunjukkan jari semasa menyebut nama Allah tanpa mengerakkannya.
Bagi merumuskan kedudukan jari telunjuk didalam Tashahud, disini kita memetik Ringkasan Sifat Solat Nabi karangan Syeikh Nasyiruddin Al-Albani :-
- Hendaklah menggengam tangan kanan dan menemukan ibu jari dengan jari tengah.(æíÞÈÖ ÃÕÇÈÚ ßÝå Çáíãäì ßáåÇ , æíÖÚ ÅÈåÇãå Úáì ÅÕÈÚå ÇáæÓØì ÊÇÑÉð )
- [Ibu jari dan jari tengah] akan membentuk seperti bulatan (æÊÇÑÉð íõÍáóøÞ ÈåãÇ ÍáÞÉð)
- Jari telunjuk hendaklah mengadap qiblat (æíÔíÑ ÈÅÕÈÚå ÇáÓÈÇÈÉ Åáì ÇáÞöÈáÉ )
- hendaklah dia melihat kearah jari telunjuk (æíÑãí ÈÈÕÑå ÅáíåÇ)
- mengerakkan jari, melakukannya semasa do'a, dari tashahud sehingga selesai (æíÍÑßåÇ íÏÚæ ÈåÇ ãä Ãæá ÇáÊÔåÏ Åáì ÂÎÑå .) - perbicaraan mengenai mengerak2 jari telunjuk ini panjang. Sila rujuk kepada URL :
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=11555 (Studi berkaitan jari telunjuk ketika Tasyahud).
WA, wassalam
Rujukan :
=============
1. Muhammad Nasyiruddin al-Albaani. Talkhees Sifat Salaat al-Nabi saw (ÊáÎíÕ ÕÝÉ ÕáÇÉ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã). url : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=10647
خيرالأمين