:salam
Saya ada kemusykilan mengenai zakat terutamanye ttg haul dan nisab.
1)Apakah maksud sebenar haul dan nisab?
2)Apabila saya menerima gaji bulanan sy,sy membelanjakan wang itu sehingga pada akhir bln tersebut, tiada lg wang yg tinggal. Soalannya, adakah gaji sy itu ttp perlu dibayar zakatnya?
3)Saya ada mendengar pendapat bahawa jika pendapatan kita itu digunakan sehingga tiada simpanan yg dpt dibuat, zakat pendapatan tidak perlu dibayar. Adakah ini benar?
:wassalam
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ
NISAB:
ialah kadar harta yg mewajibkan dibayar zakat padanya. contohnya:
-emas: 20 dinar
-perak: 200 dirham
-unta: lima ekor
-lembu: 30 ekor
-kambing 40 ekor
-tanaman: 300 gantang
manakala wang tunai yg ada sekarang ini: telah diputuskan dengan kesepakatan ulama ia mengambil hukum emas dan perak. apabila mencapai kadar salah satu daripada nilai emas atau perak, maka diwajibkan zakat padanya.
HAUL:
ialah jangka masa setahun bermula daripada cukupnya haul. contoh, pada bulan muharram 1426 duit kita mencapai kadar nisab, maka pada muharram 1427, dikira telah cukup satu haul.
ia dikira berdasarkan kalendar islam.
jawapan bagi soalan ini boleh dirujuk:
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=28178&highlight=dinar
wallahu a'lam.
http://abuumair1.wordpress.com